Simpan Bahan Media di Awan dengan Google Drive

4
1118

Bekerja sebagai pendidik abad ke-21 ini memerlukan kita untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai bahan rujukan dan bahan bantuan mengajar. Ada bahan yang disediakan dalam pelbagai format seperti Power Point, Words, Pdf, Video, lagu, dan pelbagai lagi. Lokasi paling untuk menyimpan bahan-bahan sebegini adalah di pemacu kecil seperi thumbdrive mahupun external hard disk.

 

google-drive

 

Namun begitu, pernahkah anda menghadapi masalah seperti thumbdrive dan external hard disk tersebut mengalami kerosakan ketika anda mahu mengambil bahan yang disimpan? Sekiranya anda menyimpan bahan-bahan tersebut di internet, sudah pasti masalah sebegini dapat diselesaikan.

 

Thumbdrive Maya Percuma

 

Di internet terdapat banyak laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan untuk menyimpan bahan atau dokumen anda di simpanan awan mereka. Namun begitu, kuantiti simpanan percuma yang disediakan mereka tidak begitu banyak dan hanya terhad untuk beberapa jenis dan format fail sahaja.

 

Google telah menyediakan kemudahan thumbdrive maya kepada pengguna yang berdaftar dengan mereka. Google Drive, aplikasi simpanan di awan ini hanya dapat diakses dengan menggunakan e-mel gmail yang didaftarkan. Pengguna berdaftar boleh menyimpan pelbagi jenis fail dan dokumen secara percuma sehingga 15GB.

 

kebaikan-google-drive

 

Aplikasi ini seakan-akan thumbdrive maya dan boleh diakses dimana-mana sahaja yang ada capaian internet. Bahan anda dapat dicapai melalui telefon pintar, tablet dan komputer. Di samping itu, anda boleh juga berkongsi bahan tersebut dengan sesiapa sahaja yang anda izinkan. Apa yang paling penting, ianya selamat dan terjamin keselamatannya.

 

Cara Menggunakan Google Drive

 

Perkara pertama yang anda perlukan ialah akaun Google. Bagi mendaftar akaun Google, hanya perlu klik di register new akaun pada laman Google Drive atau anda boleh klik pada url di bawah.

Url : https://accounts.google.com/SignUp

 

Buat Akaun Google anda

 

Bagi yang telah mempunyai akaun Google, hanya perlu log in Google Drive di sini. Klik pada Go To Google Drive pada laman di bawah.

url : https://www.google.com.my/drive/

Paparan seperti di bawah akan muncul apabila anda sudah mengakses Google Drive anda. Dalam My Drive ini, anda boleh memuat naik fail baru, mencipta fail baru dengan aplikasi yang disediakan oleh Google seperti Google Spreadsheets dan lain-lain lagi. Hanya perlu klik My Drive dan pilih butang arahan yang dikehendaki.

 

My Drive Google Drive

 

Bagi berkongsi bahan dengan rakan-rakan anda, hanya perlu klik pada dokumen yang telah dimuat naik dan klik pada ikon orang.

 

sharebahan

 

 

Bagi berkongsi url bahan di dalam Google Drive anda, hanya perlu klik pada ikon disebelah kiri ikon orang dan satu paparan url untuk bahan anda akan muncul. Salin alamat url tersebut dan anda boleh berkongsi fail itu kepada rakan-rakan anda.

 

Google Drive di Laptop, Mac dan Android

 

Bagi memudahkan anda mengaksess Google Drive, Google telah membuat aplikasi khas yang boleh dimuat turun. Pengguna laptop windows, Mac dan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan Apple OS boleh memuat turun aplikasi ini.

 

Download Google Drive Now – For Free

 

Hanya layari laman web ini dan muat turun : https://tools.google.com/dlpage/drive/index.html?hl=en#

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyimpan bahan dan dokumen di awan. Ada pertanyaan? Hanya komen di bawah dan saya akan cuba untuk membantu anda.

 

Kredit gambar : Google, Arkib CikguIK

4 COMMENTS

  1. terima kasih atas perkongsian yg sangat bermanafaat.
    Moga ada kebaikan yg dipandang Allah sebagai ibadah buatmu. amin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.