Computer desk with hard drives, cables, and keyboard; data recovery setup.

“Alamak! Pendrive kena format la pula! Sudahlah ada data penting dalam pendrive tu.” Pernahkah situasi sebegini terjadi kepada diri anda? Lebih-lebih lagi sekiranya dalam pemacu kecil itu terdapat dokumen tesis atau kertas kerja yang hendak dihantar segera.

 

Computer desk with hard drives, cables, and keyboard; data recovery setup.

Advertisement

 

Sangat bernasib baik jika ada buat salinan di tempat lain, namun jika tiada? Sudah pasti anda perlu membuat dokumen atau bahan tersebut bermula dari awal.

 

Dapatkan Kembali Data Anda

 

Tidak mustahil untuk anda dapatkan kembali data atau bahan yang telah dipadam atau terpadam daripada pendrive atau thumbdrive anda. Hanya perlukan perisian yang tepat bagi menjalankan tugas ini. Jika di pasaran, terdapat perisian yang berbayar dan tidak berbayar. Hal ini tidak dapat dijalankan bagi pendrive atau thumdrive yang sudah rosak dan tidak dapat dibaca oleh sistem operasi.

 

[sociallocker id=1421]Di sini saya kongsikan perisian yang tidak berbayar bagi memudahkan anda menyelesaikan masalah ini. Antara perisian yang menjadi kegemaran saya bagi mendapatkan data yang telah saya delete ialah Recuva.

 

Recuva data recovery software interface showing empty scan results.

 

Perisian yang kecil dan ringan ini mampu mendapatkan kembali data daripada Recycle Bin, Sd Card, Thumbdrive, dan data di dalam komputer anda. Namun begitu, perisian ini hanya boleh digunakan pada komputer yang menjalankan sistem operasi Windows.

 

Lima Langkah Mudah Recuva Kembalikan Data Yang Hilang

 

Perkara pertama yang perlu ialah memuat turun perisian ini ke dalam komputer anda. Perisian ini boleh dimuat turun di laman web rasmi mereka.

Muat turun di sini : https://www.piriform.com/recuva/download/standard

Selesai memuat turun, pasang perisian tersebut ke dalam sistem operasi komputer anda. Mulakan perisian Recuva dan satu paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada butang next untuk meneruskan ke paparan seterusnya.

 

Recuva Wizard welcome screen: Recover deleted files easily.

 

 

Anda akan dibawa ke paparan di bawah. Anda dikehendaki untuk memilih jenis data yang hendak dikembalikan. Terdapat beberapa pilihan seperti gambar, lagu, dokumen, video, data berkompress dan email. Jika anda tidak tahu hendak memilih, hanya kli pada pilihan All Files.

 

Recuva Wizard file type selection: All Files, Pictures, Music, Documents, Video, Compressed, Emails.

 

 

Seterusnya klik next. Anda akan diminta pula untuk memilih lokasi data tersebut dipadam. Jika data yang hendak dikembalikan itu terletak di dalam Pendrive / Thumbdrive anda, hanya perlu pilih On my media card or iPod. Recuva akan mulakan carian di dalam Pendrive / Thumbdrive anda. Pastikan ianya dicucuk ke dalam slot usb komputer anda terlebih dahulu.

 

Recuva Wizard file location selection screen. Choose where to search for lost data.

 

Kemudian klik next dan mulakan carian anda dengan menekan butang Start. Terdapat juga pilihan Deep Scan pada paparan ini. Deep Scan ini bertujuan untuk carian yang lebih terperinci. Namun begitu ianya memakan masa yang agak lama. Saya hanya galakkan Deep Scan ini dibuat sekiranya data yang dicari tidak dijumpai dengan carian tanpa Deep Scan.

 

recuva-step-4

[/sociallocker]

Setelah selesai, hanya perlu klik pada dokumen yang dapat diselamatkan dan dan klik pada butang Recover. Anda akan diminta untuk pilih lokasi data tersebut dikembalikan. Pertanyaan? Klik hubungi kami.

 

Kredit gambar : Arkid CikguIK, Brian Carter,

Advertisement