Man writing "Modul" document, laptop and book nearby. Copyright symbol in background.

Pernah tak rasa risau bila hasil karya atau inovasi yang kita buat disalin orang lain tanpa izin?
Ramai guru hari ini bukan sahaja mendidik, malah menghasilkan bahan inovatif – modul, buku, video, aplikasi, atau idea kreatif lain. Semua itu sebenarnya boleh dilindungi di bawah Hak Cipta.

Ramai tak tahu, proses daftar karya di MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) sebenarnya tak rumit. Cuma perlu ikut beberapa langkah mudah.

Dalam artikel ini anda akan belajar:

Advertisement
  • Apa itu Hak Cipta dan kenapa guru perlu daftar.
  • Jenis karya atau inovasi guru yang boleh didaftarkan.
  • Langkah demi langkah daftar Hak Cipta di MyIPO.
  • Dokumen yang perlu disediakan sebelum mohon.
  • Tips elak kesilapan semasa permohonan.

Apa itu Hak Cipta?

Hak Cipta ialah perlindungan undang-undang untuk hasil karya asal yang kita cipta.
Ia memberi pengiktirafan kepada pencipta dan menghalang orang lain guna tanpa kebenaran.

Contohnya: buku teks, modul PdP, nota digital, poster pendidikan, video pembelajaran, lagu sekolah, malah aplikasi interaktif.

Hak Cipta di Malaysia dilindungi secara automatik sebaik sahaja karya dihasilkan. Tapi, daftar di MyIPO sangat penting kerana ia menjadi bukti rasmi sekiranya berlaku pertikaian.

Infographic: MyIPO guide for teachers to register works and innovations for copyright protection.

Kenapa Guru Perlu Daftar Hak Cipta?

Ramai guru kreatif menghasilkan inovasi setiap tahun, terutamanya dalam pertandingan pendidikan dan anugerah inovasi.
Kalau tidak daftar, karya mudah ditiru tanpa bukti sah siapa pencipta asalnya.

Dengan mendaftar:

  • Ada dokumen rasmi membuktikan karya milik anda.
  • Boleh guna untuk sokongan penilaian LNPT, kenaikan pangkat, atau pertandingan inovasi.
  • Elak isu plagiat bila karya dikongsi secara terbuka.
MyIPO Hak Cipta certificate for "Kaedah Bulatan Kurj," registered August 15, 2025.
Salah satu contoh karya saya yang didaftarkan dengan MyIPO baru-baru ini.

Jenis Karya Guru yang Boleh Didaftarkan

Tak semua hasil kerja guru perlu daftar, tapi karya berikut sangat disyorkan:

  • Modul & Buku – sama ada bercetak atau e-book.
  • Bahan Multimedia – video PdP, animasi, audio.
  • Reka Bentuk Pendidikan – poster, grafik, infografik.
  • Perisian / Aplikasi – sistem pengurusan kelas, kuiz interaktif.
  • Inovasi PdP – kaedah pengajaran baru, gabungan alat bantu belajar.
Teacher presenting copyright certificate (Sijil) to students. MyIPO registration.

Langkah Daftar Hak Cipta di MyIPO (Kaedah Pemberitahuan Sukarela)

Proses kini lebih mudah kerana boleh dilakukan dengan pantas di pejabat atau kiosk MyIPO.
Berikut langkah ringkas berdasarkan pengalaman peribadi saya:

#Langkah Satu: Sediakan Dokumen

  • Salinan karya penuh (fail PDF, video, gambar, kod perisian) dimasukkan dalam CD/DVD. (Pendrive pun boleh.
  • Muat Turun Borang CR1

#Langkah Dua: Isi Borang Permohonan

  • Isi borang dengan maklumat karya, kategori, dan butiran pencipta.
  • Boleh rujuk Panduan Mengiri Borang di sini.
  • Dah siap, jangan lupa cetak borang yang sudah siap diisi.

#Langkah Tiga: Pergi ke Kaunter atau Pejabat MyIPO

  • Boleh ke kaunter atau pejabat yang terdekat. Rujuk di sini untuk lokasi.

#Langkah Empat: Serah Permohonan

  • Serahkan borang CR1 dan karya penuh anda. Jika bawa pendrive, nanti akan ditanya samada nak beri sekali pendrive atau ‘burn’ dalam CD. Jika ‘burn’ dalam CD akan ada caj RM5. (Ini berdasarkan pengalaman saya ye di Kiosk Ipoh)
  • Bayaran RM200 akan dikenakan untuk setiap satu borang CR1. (1 karya 1 borang)

#Langkah Lima: Terima Sijil

  • Jika lengkap, sijil Hak Cipta dikeluarkan dalam tempoh 1 jam.
  • Pegawai akan menyerahkan sijil kepada anda.
Google search results page showing techniques for teachers.
Kiosk MyIPO di banggunan SSM, Ipoh, Perak.

Tips Elak Kesilapan Permohonan

Beberapa kesilapan biasa yang guru buat:

  • Gagal muat naik karya penuh (hanya letak ringkasan).
  • Isi maklumat tak konsisten dengan dokumen sokongan.
  • Guna karya yang sudah terbit tetapi tanpa hak milik jelas.
  • Tidak memeriksa borang CR1 yang diisi dan tidak mengikuti garis panduan mengisi borang.

Tip mudah: sediakan dulu semua dokumen dalam satu folder sebelum mula isi borang.

Mathbreakers game character customization screen: choose hat, hair, etc., then Play!

Soalan Lazim Guru tentang Hak Cipta

1. Perlu daftar setiap kali buat karya baru?
Ya, setiap karya berbeza perlu notifikasi sendiri.

2. Kalau buat secara berkumpulan, macam mana?
Boleh daftar sebagai joint authorship. Nyatakan semua nama guru yang terlibat.

3. Adakah Hak Cipta sama dengan Paten atau Cap Dagangan?
Tidak. Hak Cipta lindungi karya seni/penulisan. Paten lindungi ciptaan teknikal. Cap Dagangan lindungi logo/nama.

Flowchart: Voluntary Copyright Notification in MyIPO. Includes forms CR-1, CR-3, CR-4, CR-6, CR-7, CR-8, CR-9, CR-10, CR-11.
Carta alir bagaimana proses untuk membuat daftar hak cipta secara sukarela.

Kesimpulan

Daftar Hak Cipta di MyIPO bukan kerja rumit. Ia satu pelaburan kecil untuk melindungi karya guru yang bernilai besar. Jangan tunggu karya dicuri baru nak bertindak. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua guru, pendidik, dan pencipta karya pendidikan. Kalau rasa artikel ini berguna, kongsikan dengan rakan guru lain ya.

Rujukan rasmi:

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.