Home Warga Guru Rumah Peranginan Untuk Kakitangan Awam

Rumah Peranginan Untuk Kakitangan Awam

90
10642
Stone building with red roof, surrounded by landscaping and white metal patio furniture.

Siapa yang tidak suka bercuti bukan? Namun masing-masing ada cara yang tersendiri untuk menghabiskan masa cuti dan berada jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kerja di tempat masing-masing. Ada yang suka menghabiskan masa bersama keluarga dan ada juga suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.

 

Stone building with red roof, surrounded by landscaping and white metal patio furniture.

 

Bagi kakitangan awam, tahukah anda bahawa terdapat satu kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan? Pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, seksyen pengurusan rumah peranginan telah memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk memohon rumah-rumah peranginan bagi tujuan berehat mahupun aktiviti kerja.

 

Percutian di Rumah Peranginan Kakitangan Awam 

 

Terdapat kemudahan secara atas talian untuk kakitangan awam membuat tempahan bagi rumah-rumah peranginan yang telah disediakan. Pendek kata, ianya memudahkan kakitangan awam untuk merancang percutian mereka berdasarkan pilihan rumah-rumah peranginan yang ada.

 

Terdapat tiga kategori pilihan rumah peranginan yang ada dan dikendalikan oleh BPH (Bahagian Pengurusan Hartanah).

  1. Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)
  2. Rumah Peranginan  Persekutuan  (Eksekutif)
  3. Rumah Transit

[sociallocker id=1421]

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan (boleh dikatakan murah). Jadi jangan lepaskan peluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

 

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

 

CikgulK.com logo: Blog info pendidikan dan pengetahuan

 

Terdapat enam pilihan rumah peranginan persekutuan premier yang disediakan. Antaranya ialah RP Bukit Fraser (The Lodge), RP Tanjung Tuan, RP Cameron Highlands, RP Singapura, RP Labuan dan RP London.

 

Kelayakan Memohon.

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kelayakan untuk menginap adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas.

 

Kadar Sewa

Seperti mana-mana hotel dan chalet, akan tetap ada kadar sewa. Boleh rujuk di bawah untuk kadar sewa rumah peranginan persekutuan Premier.

 

Table showing rental rates for Malaysian government employee holiday homes. Locations include Cameron Highlands, Bukit Fraser, Port Dickson, Labuan, Singapore & London.

 

Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

 

Various Rumah Peranginan (RPP) locations for civil servants in Malaysia.

 

Terdapat tujuk. pilihan rumah penginan persekutuan yang disedikan. Antaranya ialah RPP Bukit Frasser, RPP Morib, RPP Cameron Highlands, RPP Port Dickson, RPP Pulau Langkawi, RPP Tasik dan Kenyir, RPP Pulau Pinang.

 

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun ( 7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

 

Kadar Sewa

 

Ini adalah kadar sewa terkini rumah peranginan persekutuan (eksekutif)

 

Table showing rental rates for various government staff rest houses in Malaysia.

 

Rumah Transit (RT)

 

Rumah Transit Putrajaya: Modern apartment building for civil servants.

 

Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;

  • penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;
  • penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters;
  • penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan;
  • penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan;
  • penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya); dan
  • penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.

 

Kadar Sewa

Berikut merupakan kadar sewa Rumah Transit.

 

CikgulK.com: Education and teaching blog

 

Cara Membuat Permohonan

 

Anda terlebih dahulu perlu mendaftar di laman rasmi BPH sebelum boleh membuat tempahan. Klik url dibawah untuk ke laman rasmi BPH.

 

 

Layari : Bahgaian Pengurusan Hartanah

 

Langkah pertama klik pada mendaftar akaun seperti ditanda merah di bawah.

 

Cikgu IK.com logo: Blog info pendidikan dan pengetahuan

 

Masukkan maklumat yang diminta. Anda akan menerima email daripada sistem selepas selesai mendaftar dan semakan maklumat perjawatan akan dibuat dalam tempoh waktu bekerja.

 

Email confirmation of a successful registration for SBBPH, a program for civil servants.

 

Selepas selesai, kata laluan akan dihantar melalui e-mail dan anda boleh mula membuat tempahan. Seeloknya, buat tempahan tiga bulan sebelum bagi memastikan percutian atau aktiviti anda dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Klik pautan ini untuk membuat tempahan : http://www.bph.gov.my/

[/sociallocker]

Selamat mencuba.

 

 

Kredit gambar : Bahagian Pengurusan Hartanah, Arkib CikguIK.com

Ads

90 COMMENTS

  1. Good info.. Cuma skrg ni susah nk bookg.. Sbb sntiasa penuh. Sy mmg slalu jenguk, tp pelik..hari pertama bookg dibuka trus penuh.. Cepat btul org lain grab sdgkn sy pun online tgh mlm hri ianya dbuka.. Mgkin tiada rezki ms tu. Apapun alhamdulillah, pernah mnginap dua kali di Cameron highlands dlm thn 2009. servis staf sgt bagus. Kmudahan diupgrade lg hujung thn itu. Hrp dpt mginap d sana lg.. 😉

      • Salam, saudari dah dapat ke duit deposit tu.. baper lama tunggu yer.. saya br je menginap di RPP Cameron Highlands pd 5-7 April 2017 lepas.. staff di sana kata kena isi maklumat akaun bank untuk mempercepatkan proses pemulangan deposit.

  2. Tak pernah dapat.. Apply utk tahun berikut nya pun fully book je.. Cuba check sikit ketelusan dalam permohonan ni ..
    Golongan dg41 memanjang je tak dapat lah sampai bila2 ..
    Ke ini utk kroni je.. Feel sad

  3. Sekadar berkongsi pengalaman…semlm sy berjaya menginap di RP penang setelah byk kali jugak mengintai laman tempahan…peluang n kemudahan yg diberikan pd kita org2 gov…alhamdulillah..syukur..

  4. Peliknya semlm 31 ogos..hanya kami 3 beranak sj di RP penang tu…hanya 1 kereta kami saja…2 pak guard n 2 pekerja yg tido d situ mcm pelik ja kan..fully booking di online…check in kui 2pm..sepatutnya check out esok 11 pg esok..tapi balik aje je rumah di alor setar sebab agak sunyi berada di RP…x brani la pulak…masalahnya mrk2 tempah tapi x dtg pd hr tersebut..

  5. ssya nk tau untuk menginap di rumah transit di Labuan Sabah tu bolehkah dgn tujuan kita nak berrehat dan bersantai spt di rumah2 peranginan yg lain tu, hrp dpt pencerahan.

    • InsyaAllah boleh. Salah satu kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan untuk tujuan tersebut. Untuk pencerahan lanjut, boleh hubungi pihak BPH di talian 013 – 302 7600.

  6. assalam tuan,
    saya nak mohon utk penginapan di rumah transit putrajaya..
    bagaimana nak buat permohonan
    harap maaf sebab baru tahu ada kemudahan ni.

    terima kasih.

  7. Saya nak tempah rph di bukit fraser.boleh saya dapatkan no tel untuk saya hubungi masih ada kekosongan atau tidak memandangkan sistem belum ok lg.tq