Empty examination hall with rows of desks and green chairs ready for exams.

Perubahan dalam sistem pembelajaran dan pendidikan sememangnya sering berlaku. Ada kebaikannya dan sebaliknya. Namun kita sebagai warga pendidik harus mengambil inisiatif untuk terus membantu memberikan yang terbaik untuk anak didik yang dahagakan ilmu.

 

Empty examination hall with rows of desks and green chairs ready for exams.

Advertisement

 

Baru-baru ini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah mengeluarkan kenyataan berkaitan beberapa perubahan julat gred baru peperiksaan dan ujian. Ini berkuatkuasa bermula tahun 2015 dan seterusnya untuk setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

 

Julat Gred SR (Sekolah Rendah) Untuk Tahun 2015

 

Bagi sekolah rendah, masih terdapat dua sistem digunakan untuk sesi 2015 ini. Pelajar tahun enam yang menggunakan format pembelajaran KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) akan menggunakan julat gred yang lama.

 

Pelajar tahap dua (darjah empat dan lima tahun 2015) yang menggunakan format pembelajaran KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) pula akan menggunakan julat gred baru peperiksaan dan ujian.

 

Table showing new grading scales for exams and tests in 2015, including ranges for grades A-E and TH (Tidak Hadir/Absent).

 

 

 

Semua pendidik boleh mula menggunakan julat baru ini untuk setiap peperiksaan dan ujian yang akan dilaksanakan nanti.

 

 

Julat Gred MR (Menengah Rendah) Untuk Tahun 2015

 

Table showing 2015 MR Grade Ranges for exams and tests. Grades A-F and TH are defined by score ranges.

 

 

Bagi sekolah menengah, julat gred ini digunakan untuk menentukan gred pencapaian pelajar di sekolah menengah bagi pelajar menengah rendah ( Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3 ).

 

Jenis Gred MA (Menengah Atas) Untuk Tahun 2015

 

Table showing the new 2015 grading scale for MA exams. Scores and corresponding grades (A+, A, A-, etc.) are listed.

 

 

Julat gred ini diguna pakai untuk pelajar sekolah menengah atas bagi setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan untuk pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.

 

Jenis Peperiksaan dan Ujian Yang Perlu Dilaksanakan

 

Pihak SAPS juga telah memuat naik makluman berkaitan jenis peperiksaan dan ujian yang perlu dilaksanakan oleh warga pendidik bagi mengisi markah dan gred ke dalam sistem SAPS ini kelak.

 

Jadual tarikh dan jenis peperiksaan: Ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, PT3.

 

 

Ujian sumatif ini dijalankan secara berkelompok dan dibuat secara berkala selepas beberapa topik dilaksanakan. Namun perlu juga diingat untuk pelajar sekolah menengah atas. Terdapat beberapa subjek yang wajib lulus untuk tingkatan empat dan tiga.

 

Table showing the compulsory subjects for passing exams in 2015 for grades 4 and 5.

 

Semoga panduan dan informasi yang dibuat ini dapat membantu para pendidiak di sekolah untuk lebih proaktif menjalankan tugas dan mengikut arus perubahan semasa pendidikan dengan cemerlang.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK.com, Pete

Sumber rasmi : http://sapsnkra.moe.gov.my/

 

 

Advertisement