=Menu

Kekunci Ringkas Untuk Office Words

Mesti anda biasa menggunakan Microsoft Office Words dalam membuat kerja-kerja pejabat. Bagi pengguna operating system Windows perisian menaip yang paling terkenal digunakan ialah Microsoft Office Words.

 

word

 

Microsoft Office Words ini mempunyai beberapa version. Bermula dari 1983 dengan menggunakan MS-Dos, kemudian beralih kepada Microsoft Word 1.0 pada tahun 1989 dan terkini Microsoft Office Word 2013. Semakin banyak kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna sepanjang perubahan dan naik taraf perisian Microsoft Office Words ini. Antara kemudahannya ialah Shortcut atau kekunci ringkas bagi mempercepat tugasan pengguna Microsoft Office Words ini.

 

Kekunci Ringkas Microsoft Office Words

 

Kita seringkali menggunakan CTRL+C untuk menyalin maklumat dan menampal semua maklumat dengan CTRL+V. Hal ini tidak asing lagi kerana kekunci ringkas ini banyak digunakan bukan sahaja di dalam Words, malah di dalam perisian lain.

 

menaip-komputer

 

Di sini saya kongsikan 5 kekunci ringkas yang jarang kita gunakan tetapi dapat membantu memudahkan tugasan anda di Words.

 

#1 Membesarkan / Mengecilkan Saiz Font

CTRL+[ bagi tujuan mengecilkan Font

CTRL+] bagi tujuan membesarkan Font

Jika hendak mengecilkan font perkataan yang telah anda taip, pastikan Highlight perkataan yang anda mahu kecilkan atau besarkan.

 

#2 Kembali kepada Tindakan Sebelum / Selepas

CTRL+Z bagi tujuan kembali kepada tindakan sebelum.

CTRL+Y bagi tujuan kembali kepada tindakan selepas.

 

#3 Mencari Perkataan dan Mengganti Perkataan

Hanya peru tekan kekunci F5 di papan kekunci komputer anda. Satu paparan baru akan muncul.

Bagi carian perkaaan, klik pada tab Find dan masukkan pertaan yang dicari dan tekan find next.

 

find-f5

 

Bagi carian dan mengganti perkataan, klik pada tab Replace. Masukkan perkatan yang hendak dicari dan perkataan yang hendak digantikan. Jika anda hendak gantikan perkataan tersebut secara keseluruhan, hanya klik Replace All.

 

find-replace

 

#4 Mencetak

CTRL+P bagi tujuan mencetak.

Biasa kita mencetak dengan menggunakan tetikus ke arah ikon cetak di word. Namun dengan menggunakan kekunci ringkap CTRL+P ini lebih cepat dan mudah.

 

#5 Pergi ke Permulaan dan Akhir Dokumen

CTRL+End bagi tujuan pergi ke akhir dokumen yang ditaip

CTRL+HOME bagi tujuan pergi ke permulaan dokumen yang ditaip.

 

Sebenarnya, banyak lagi shortcut yang boleh digunakan untuk memudahkan tugasan kita di Words.  Saya kongsikan yang mudah digunakan dan banyak membantu. Jika anda mahukan lebih banyak lagi shortcut untuk dipelajari, boleh layari laman web rasmi Microsoft Words di sini.

 

Kredit gambar : Robert Scoble

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

0 comments… add one

Leave a Comment