=Menu

Panduan Membeli Projektor Untuk Mengajar

Pengajaran menggunakan VLE Frog kadangkala memerlukan kita untuk menggunakan projektor bagi memudahkan semua pelajar mendapat maklumat dengan jelas dan terang. Penggunaan alatan ict ini juga digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

 

pengajaran-abad-21

 

Namun begitu, kadangkala terdapat kelemahan yang tidak dapat kita atasi akibat daripada kekurangan bekalan projektor di sekolah. Ada kalanya perlu membuat tempahan dan berkongsi dengan rakan-rakan pendidik lain. Jadi, untuk atasi masalah ini, ada pendidik yang mengambil inisiatif untuk membelinya dengan wang saku sendiri.

 

Jika melihat dipasaran, terdapat pelbagai jenis projektor dengan harga yang berbeza. Setiap projektor menawarkan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terserah kepada pembeli untuk memilih yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluannya.

 

Panduan Membeli Projektor Untuk Guru

 

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat sebelum membeli sebuah projektor. Antara faktor utama pebelian sebuah projektor ialah harganya.

 

Harga Projektor

Harga sebuah projektor di pasaran semasa adalah di antara RM200 hingga RM3000. Namun, bagi kegunaan biasa di dalam kelas, projektor di dalam lingkungan harga bawah RM2000 sudah memadai. Penetapan harga ini bergantung kepada kategori dan jenis projektor itu sendiri.

 

harga-projektor-lazada

 

Projektor mini dan projektor bersaiz biasa mungkin menjadi pilihan ramai guru. Setiapnya memberi kelebihan masing-masing. Jika mahu dapatkan senarai harga porjektor terkini, carian boleh dilakukan di Google dengan kata kunci Projectors Pricelist Malaysia atau buat carian di Kedai Online Seperti Lazada.

 

Kualiti Gambar

Kualiti gambar sesuatu projektor itu bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah jenis projektor itu sendiri. Projektor mempunyai beberapa jenis iaitu LCoS, DLP dan Laser. Jika untuk kegunaan di dalam kelas sahaja, jenis DLP sudah memadai dan ianya merupakan jenis yang banyak dipasaran.

 

Baca di sini untuk pemahaman lanjut berkaitan LCoS, DLP dan Laser : https://www.cnet.com/news/dlp-vs-lcd-vs-lcos-projector-tech-pros-and-cons/

 

Syndiant-6-way-projector-comparison-photo-full.preview

 

 

Di samping itu, kecerahan (ANSI LUMENS) juga perlua diambil kira. Kita kadangkala mengajar pada waktu selepas rehat dan suasana sedikit cerah. Jadi sebaiknya pilih nilai ANSI LUMENS yang tinggi.

 

Paparan resolusi juga perlua dilihat. Resolusi minimum yang digalakkan ialah 848×480. Ini bagi memastikan paparan yang terhasil berkualiti dan dapat dilihat dengan baik.

 

Bagi kontras pula, dicadangkan pilih nilai yang tinggi. Contohnya 2000:1. Ini sudah memadai. Mengapa perlu memilih kontras yang tinggi? Warna memainkan peranan penting bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar. Jadi persembahan dengan warna yang menarik dapat memberi kelebihan kepada guru yang mengajar menggunakan projektor dengan pilihan ini.

 

Sambungan Port

Projektor tanpan sebarang sambungan port memberi sedkit kesulitan kepada guru untuk membuat penerangan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Pilihlah mengikut keperluan. Ada guru yang suka membuat persembahan mengguanak komputer atau laptop, jadi seeloknya mereka memilih projektor yang mempunyai port VGA dan HDMI atau USB.

 

port-projektor

 

Penting untuk memilih projektor yang mempunyai port ini kerana ianya sangat membantu untuk kegunaan pengajaran. Bayangkan jika kita membeli projektor yang tidak menyediakan sebarang port untuk sambungan ke laptop atau komputer. Kita perlu memindahkan dokumen yang hendak dipaparkan pada projektor ke dalam memory card dan memasangnya pada projektor semua.

 

Jangkasa Masa Hayat Lampu

Perkara ini sering terlepas pandang apabila membeli projektor. Setiap projektor mempunyai jangka masa hayat lampu pemancarnya. Pilih yang mana paling sesuai dengan kadar penggunaan anda. Kebiasaannya sebuah projektor mempunya jangka hayat lampunya selama 15 000 jam.

 

lampu-projektor

 

Jika projektor tersebut digunakan sehari selama 3 jam, maka projektor tersebut boleh digunakan selama 5000 hari bersamaan 13 tahun penggunaan. Namun ini hanya sekadar anggaran. Jika jangka hayat lampu tersebut habis, perlu untuk dihantar ke kedai bagi menggantikan yang baru untuk mengekalkan kualiti gambar yang dipancarnya.

 

Tempoh Jaminan (Warranty)

Tempoh jaminan perlu juga diambil kira. Lebih lama tempoh warranty lebih bagus. Namun kadangkala ianya akan melibatkan kos tambahan untuk memanjangkan tempoh jaminan. Kebiasannya tempoh jaminan ini adalah setahun daripada tarikh pembelian.

 

Pastikan sebelum pulang dari kedai, cuba dahulu projektor yang dibeli dan dapatkan resit daripada kedai yang dibeli. Jika terdapat kad jaminan, pastikan ianya dicop dan ditadatangan oleh pemilih kedai dan pembeli untuk memudahkan urusan kelak.

 

Berat dan Saiz

Bagi pengguna yang kerap menggunakan projektor secara nomad, lebih molek jika membuat pembelian projektor yang kecil dan ringan. Pendek kata, ambillah projektor mini yang tahan lasak dan berpatutan. Rata-rata berat sebuah projektor ialah 1kg dan mungkin lebih ringan dariapada itu.

 

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para pendidik yang sanggup untuk mengeluarkan duit poket sendiri demi anak didik. Tahniah saya ucapkan dan selamat membeli.

 

Tips : Jika mahukan projektor yang agak berkualiti dan murah, boleh selalu membuka laman web jualan barang terpakai. Contohnya Mudah.my. Namun tiada jaminan (warranty).

 

Kredit gambar : picoprojector-info.com, academiccomputingmrdorkesqSandra Schön,

 

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

18 comments… add one
  • zool
    February 12, 2015, 12:13 am Reply

    kadang-kadang tak ambil berat bila beli projektor..
    tak selidik dulu sebelum beli

  • Sarinah
    April 23, 2015, 7:25 pm Reply

    Boleh cadangankan ke projektor yang sesuai di bawa ke dalam kelas dan jenama apa. Hg yang berpatutan dan senang untuk servis jika berlaku kerosakan. Sorry banyak sangat demand

    • Ihzam Khairi
      May 23, 2015, 10:18 am Reply

      Agak sukar untuk saya cadangkan. Namu pembelian boleh dibuat berdasarkan lokasi tempat servis yang dekat, jumlah pelajar, dan kecerahan kawasan. Jika cerah, maka perlu membeli lumens yang tinggi. Bagi servis pula, kedai projektor yang berdekatan adalah alternatif yang baik untuk pembelian. Mereka akan memaklumkan projektor yang mudah untuk diservis oleh pihak penjual dalam tempoh waranti tersebut.

  • starry
    April 28, 2015, 10:11 pm Reply

    Thank you.sy sudah beli brand benq.

  • nur hafizah
    August 3, 2015, 5:11 pm Reply

    salam…nak tanya led projektor yg 500 lumens sesuai tak untuk kelas yang terang..terima kasih

    • Ihzam Khairi
      August 11, 2015, 10:17 pm Reply

      Waalaikumussalam. Untuk projek 500 lumens tidak sesuai sebenarnya untuk digunakan di kelas yang terang. Seeloknya carilah yang lebih dari 1000 lumens.

  • azimah jamil
    January 1, 2016, 1:01 pm Reply

    assalam..tumpang tanya..sy sedang menyiapkan 1 kertas kerja untuk bilik tayang sek..mohon pandangan atau pencerahan drpd en. ihzam khairi spec LCD projector yang bersesuaian untuk sebuah bilik tayang beserta jenama..terima kasih.

    • Ihzam Khairi
      January 2, 2016, 8:07 pm Reply

      Waalaikumussalam. Jika digunakan di dalam sebuah bilik tayang bersaiz sederhana, projector berjenama NEC pun sudah baik. Terdapat beberapa jenis NEC di pasaran. Cuma pastikan LUMENS nya tinggi dan tempoh Warranty yang panjang juga membantu. Jika dapat, gunakan HDMI port lebih baik untuk sambungan antara projektor ke laptop dan komputer.

  • afiqah liyana
    July 27, 2016, 10:19 am Reply

    salam admin. saya seorang pendidik.. dan saya sedang mencari peralatan IT yang memudahkan saya sepanjang proses pembelajaran.. saya ingin membeli projector sendiri utk mudah bagi saya..boleh admin share yang mana peralatan perlu saya beli? terima kasih.

    • Ihzam Khairi
      August 4, 2016, 8:30 pm Reply

      Waalaikumussalam. Maaf jika sudah pun membeli. Namun begitu saya ingin share item yang boleh guru beli untuk tujuan pdp. Perkara yang paling utama dalam pembelian projektor ialah ianya mestilah mudah dibawa dan satu kelebihan jika ianya mempunyai bateri tersendiri tanpa perlu disambungkan dengan bekalan elektrik. Namun begitu, tidak banyak projektor sebegini yang memberikan contrast cahaya yang baik dalam kedaaan yang cerah di dalam kelas. Jadi, paling mudah, beli sahaja projektor mempunyai lumens tinggi seperti EPSON EB-S31 PROJECTOR. Ini yang saya gunakan dan berpuas hati.

  • Farizal benut
    January 5, 2017, 12:22 pm Reply

    Terima kasih cikgu ….info cikgu amat membantu agar rakan sejawatan tak tersilap beli ….moga berpahala kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. Jazakallah….

    • Ihzam Khairi
      January 5, 2017, 3:49 pm Reply

      Sama-sama. Moga ianya bermanfaat buat saudara Farizal.

  • Azizah
    February 4, 2017, 10:32 am Reply

    Projector Acer wireless SVGA ok tak utk classroom

    • Ihzam Khairi
      February 4, 2017, 3:52 pm Reply

      Jika kadar lumens nya dalam 800 ke atas ok. Sebab pancaran projektor dikhuatiri tidak jelas apabila dipancarkan di dalam kelas yang cerah.

  • kak ana
    March 8, 2017, 9:33 pm Reply

    Boleh cikgu bagi pendapat…
    mana lebih baik projektor viewsonic atau epson?
    t.kasih cikgu….

    • Ihzam Khairi
      March 9, 2017, 7:20 am Reply

      Setiap projektor ada kelebihan masing-masing. Ianya mengikut no model. Namun begitu saya kongsikan pengalaman saya menggunakan epson. Saya memilih epson kerana lokasi pusat servis dekat dan waranti yang ditawarkan adalah 2 tahun. Model yang saya pilih itu pula kebetulan ada promosi dan menepati kehendak saya iaitu kadar lumens (kecerahan pancaran) yang tinggi. Setakat ini, saya hanya pernah hantar sekali sahaja ke pusat servis kerana terdapat sedikit keroskan pada kipas sepanjang 1 tahun lebih penggunaan. Dalam waranti, jadi tak perlu bayar apa-apa. Setakat penggunaan saya, masih ok dan tidak memberi sebarang masalah.

  • Noor Asma Saidin
    April 9, 2017, 8:47 am Reply

    Assalamualaikum..saya sh tgk gambar epaon eb s31…dia ada macam2 jenis..ada sgva..ada multimedia projector..yg mn aesuai ye nak guna dalam.kelas..Kalah nak beli lcd tu area kl n sgor…tahu kat man tmptnya

    • Ihzam Khairi
      April 11, 2017, 7:14 am Reply

      Waalaikumussalam. Saya akan cari lumens paling tinggi mengikut budget yang ada. Di selangor dan kl mungkin boleh cuba di Plaza Lowyat.

Leave a Comment