=Menu

Halang Virus dari Pendrive

Kita sering menggunakan pendrive rakan-rakan untuk berkongsi bahan. Adakalanya, kita berkongsi bahan dan maklumat dengan mereka menggunakan pendrive/thumbdrive. Namun, sedarkah bahawa komputer dan laptop anda berpotensi dijangkiti virus melalui perkongsian ini.

 

halang-virus-di-pendrive-dengan-mudah

 

Kebiasaannya, virus atau malware akan cuba untuk menyerang komputer anda dengan cara memuat turun perisian atau virus dengan autorun.inf. Apa itu autorun.inf? Ianya merupakan satu file atau komponen yang digunakan oleh sistem operasi Windows untuk menggerakkan sistem tertentu secara automatik.

 

Kebiasaannya, virus dan malware akan mengubah kandungan data pada autorun ini bagi menyuntik perisian bahaya ke dalam sistem operasi komputer.

 

Halang Virus dari Pendrive Secara Automatik

 

Antara perkara paling mudah untuk dilakukan ialah dengan membuat sedikit konfigurasi pada perisian anti virus komputer anda. Buat tetapan untuk membuat imbasan secara automatik pada konfigurasi anti virus bagi menghalang virus dari pendrive.

 

halang virus dari pendrive

 

Jika tiada tetapan sebegitu, pastikan anda membuat imbasan terlebih dahulu sebelum membuka pendrive tersebut. Ini boleh dilakukan secara manual juga.

 

Halang Autorun.inf di Pendrive

 

Membina halangan dan semakan ringkas pada file autorun.inf juga dapat membantu menghalang virus dari memasuki komputer. Antara perisian yang boleh digunakan bagi tujuan ini ialah Autorun Eater. Perisian yang kecil ini akan berjalan secara automatik dan memastikan tiada sebarang pemasangan tanpa izin oleh virus di Pendrive melalui file autorun.inf.

 

halang virus dari pendrive

 

Pemasangan perisian autorun eater ini akan menghalang autoplay dari dilancarkan.

Muat Turun di sini : http://www.softpedia.com/get/Security/Secure-cleaning/Autorun-Eater.shtml

 

Seladin daripada menggunakan Autorun Eater, terdapat satu lagi perisian yang dibangunkan oleh rakyat Indonesia iaitu Smadav. Antara pelindung USB yang popular digunakan, ia merupakan salah satu perisian yang ringan dan tidak memerlukan kemaskini yang kerap.

 

 

Muat Turun Smadav di sini : http://www.smadav.net/

 

Anti Virus Percuma

 

Bagi yang masih belum mempunyai sebarang perlindungan pada komputer atau laptop, boleh dapatkan anti virus versi percuma di laman web rasmi mereka. Terdapat pelabgai jenis anti virus yang ditawarkan untuk menghalang virus dan malware daripada menyerang komputer anda.

 

anti-virus

 

Muat Turun Anti Virus Percuma di Sini : http://filehippo.com/software/antimalware/

 

Namun begitu, apa yang paling penting ialah sentiasa kemaskini perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda. Hampir setiap hari akan ada jenis virus terbaru dan lebih selamat untuk anda berjaga-jaga. Di sini saya senaraikan langkah pencegahan yang boleh dilakukan.

 

  1. Kemaskini perisian anti virus kepada versi yang terkini.

  2. Sentiasa buat imbasan kepada peranti yang dipasang pada komputer / laptop anda.

  3. Elakkan daripada memuat turun perisian dan dokumen yang meragukan daripada laman sesawang yang tidak diyakini.

  4. Jangan buka atau klik url yang tidak ditahui sumbernya.

  5. Sentiasa ambil tahu dengan berita berkaitan virus terbaru yang merbahaya.

 

Banyak kesan negetif jika komputer atau laptop diserang virus ini. Antara yang paling ditakuti ialah kecurian maklumat dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu, jangkitan virus ini juga mampu melumpuhkan sistem operasi komputer.

 

Mencegah itu lebih baik dari merawat. Jadi bagus untuk kita bersedia dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi data dan sistem operasi komputer peribadi.

 

Kredit gambar : Arikib CikguIK, Yuri Samoilov

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

2 comments… add one
  • Wan Din
    February 7, 2015, 11:11 am Reply

    Perkongsian yang menarik cikgu..

  • zool
    February 12, 2015, 12:12 am Reply

    dah lama tak layan kes-kes virus ni..
    tq sebab memberi info ni

Leave a Comment