=Menu

Panduan Lulus MUET

Bahasa Inggeris memang menjadi satu kewajiban kepada semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sekurang-kurangnya tahu dan boleh bertutur dalam bahasa ini. Sejak dari bangku sekolah lagi sudah kita diajar dengan Bahasa Inggeris. Bermula daripada fonetiknya sehingga pembinaan ayat dan perbualan.

 

english

 

Namun baru-baru ini pada pembentangan belanjawan 2015, kita dikhabarkan dengan berita terdapat syarat minimum untuk melayakkan calon lepasan SPM dan STPM memasuki IPTA iaitu Band 2 bagi ujian MUET. Apa itu ujian MUET?

 

Seperti yang ramai sedia maklum, MUET ialah singkatan kepada Malaysian University English Test. Ianya dikelolakan dibawah pengurusan Majlis Peperiksaan Malaysia dan dilaksanakan tiga kali setahun, Mac, Julai dan November. Setiap keputusan, sahlakunya adalah lima tahun bagi keputusan MUET selepas tahun 2009.

 

Teknik Lulus MUET

 

Terdapat empat komponen yang diuji di dalam ujian MUET ini. Iaitu Listening (45), Speaking (45), Reading (120) dan Writing (90) dengan markah keseluruhan 300. Bagi memenuhi syarat minumum kelayakan ke IPTA, Band 2 perlu diperolehi setiap bakal mahasiswa dan mahasiswa dengan markah di antara 100 hingga 139.

 

 

MUET

 

 

Garis Panduan Kelayakan Minimum IPTA

 

Bermula pada Januari 2015, kelayakan minimum kemasukan pelajar ke IPTA adalah mengikut bidang pengajian yang hendak mereka ceburi.

 

Syarat MUET bagi Kemasukan ke IPTA

  1. MUET Band 2 : Pengajian Sastera dan Sains Sosial
  2. MUET Band 3 : Pengajian Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik atau STEM
  3. MUET Band 4 : Pengajian Undang-undang dan Perubatan

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Bagi syarat untuk bergraduan pula telah ditetapkan untuk setiap bidang pengajian di atas meningkat satu tingkat Band.

 

Syarat MUET bagi Mahasiswa dan Mahasiswi Bergraduan

  1. MUET Band 3 : Pengajian Sastera dan Sains Sosial
  2. MUET Band 4 : Pengajian Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik atau STEM
  3. MUET Band 5 : Pengajian Undang-undang dan Perubatan

 

Teknik Lulus MUET

 

Ujian sememangnya dibuat untuk memberi cabaran dan tekanan kepada setiap calon. Namun terdapat langkah-langkah dan teknik serta cara untuk lulus MUET dengan mudah. Persediaan rapi dengan cara yang betul dapat memastikan calon lulus dengan mudah.

 

Antara perkara yang perlu dilakukan bagi calon-calon peperiksaan MUET ini adalah seperti berikut :

  • Membaca dan berlatih untuk keempat-empat seksyen peperiksaan yang dinilai.
  • Berbincang dengan calon-calon lain tentang cara dan teknik yang mereka lakukan
  • Memiliki slip panggilan peperiksaan MUET dan kad pengenalan ada dalam simpanan
  • Tahu lokasi peperiksaan MUET akan dijalankan dan sudah merancang kaedah untuk ke sana
  • Berdoa dan memohon untuk diberikan kekuatan dan kemudahan menjalani ujian MUET

 

Selain daripada itu, calon juga perlu untuk cuba untuk menjawab set-set soalan yang terdiri daripada komponen yang diuji dalam MUET itu sendiri. Bagi calon yang ingin mendapatkan set-set soalan dan panduan lengkap teknik lulus MUET, rahsia lulus MUET, dan panduan lulus MUET boleh dapatkan di link bawah.

 

Panduan Lengkap Lulus MUET :  https://www.cikguik.com/MUET

 

Rahsia Lulus MUET

 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit info kepada anda semua tentang MUET dan persediaan yang perlu dilakukan. Semoga berjaya menghadapi peperiksaan MUET kelak.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Howard Lakekedoink kedondeng

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

15 comments… add one
  • Azzahairi
    February 20, 2015, 7:06 pm Reply

    Jangan ambil mudah peperiksaan muet ni. Bahasa inggeris sangat penting zaman sekarang ni. 🙂

  • norliza bt hamid
    March 1, 2015, 8:16 pm Reply

    Cemerlang muet

    • ARIF RAMLI
      May 5, 2016, 6:05 pm Reply

      sisterrr sya ade soalan nak tnya kat bawahh niii…tahu takk?

  • sakirin
    February 28, 2016, 7:35 pm Reply

    very good

  • ARIF RAMLI
    May 5, 2016, 6:03 pm Reply

    bole ke klau kita nak buat semula exam muet untuk certain paper sahja? mcm ambik test untuk paper reading and speaking sahaja? huhu…hahahah…nmpak sngt dpt rendah bahagian tu…huhuhuurmmm tsk tsk

    • Ihzam Khairi
      May 10, 2016, 3:06 pm Reply

      Waalaikumussalam. Kebisaannya, apabila hendak membuat peperiksaan ulangan bagi MUET ini, perlu mengambil semua bahagian. Tidak boleh untuk mengambil hanya sebahagian sahaja. Untuk lebih lajut, mohon hubungi pihak Lembaga Peperiksaan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

  • irfan
    May 18, 2016, 9:23 pm Reply

    salam, saya mendapat 7A 2D dlm spm. Subjek D saya ialah BI & ADDMTH . saya merupakan pelajar akaun. Soalan saya, adakah saya perlu mengambil semula exam BI untuk mendapat gred C ke atas utk saya memasuki IPTA atau tidak perlu kerana mempunyai MUET?

    • Ihzam Khairi
      May 19, 2016, 7:59 pm Reply

      Waalaikumussalam. Syarat terkini untuk melayakkan masuk ke ipta, seharusnya SPM atau yang sama taraf dengannya memiliki BI minimum kredit. Namun jika MUET dapat band 4 saya rasa tiada masalah untuk tidak perlu mengambil semula exam BI.

    • Ihzam Khairi
      May 19, 2016, 7:59 pm Reply

      Walau bagaimanapun, mohon untuk rujuk semula dengan pihak lembaga peperiksaan.

  • mahmad taufiq mahmad tabib
    June 24, 2017, 1:43 am Reply

    ebook yg dah purchase akan hantar by email ke macam mana?

  • farah syahana
    August 27, 2017, 9:45 am Reply

    Bagaimana sya nak lulus muet sekuran-kurannya band 3 untuk permohonan syarat biasiswa.
    Bagaimana saya nak dptkan Buku Panduan Mudah Muet tersebut.

Leave a Comment