=Menu

Dari Guru ke Penulis Buku | Panduan Menulis Buku

Setiap hari ada sahaja pelbagai karya penulisan baru yang muncul di pasaran. Pelbagai topik disajikan kepada ulat buku di rangkaian kedai-kedai buku seluruh negara. Tidak kurang pula hebatnya dalam alam maya. Blog-blog penulisan, hiburan dan e-book membanjiri internet saban hari.

 

kursus menulis, kursus penulisan buku, penduan menulis buku, proposal buku, contoh proposal buku,

 

Sebagai warga utama dalam bidang pendidikan negara (pendidik) seharusnya perlu ada inisiatif untuk menyumbang sedikit coretan yang bermanfaat kepada masyarakat umumnya dan warga seperjawatan dalam berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat.

 

Tidak Tahu Cara Hendak Mula Menulis

 

Tajuk di atas perenggan ini merupakan ayat biasa yang menjadi penghalang untuk kita mula menulis coretan-coretan ilmu. Terdapat cara paling mudah untuk mula menulis.

 

panduan menulis buku

 

#1 Tulis Pendek-pendek

 

Hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sama juga seperti bidang penulisan ini. Hendak  menjadi arif dan hebat menulis sehingga ribu-ribu patah perkataan bukannya satu perkara yang mustahil. Ianya datang bermula dengan tulis ‘pendek-pendek’.

 

#2 Tulis Topik yang Minat, Tahu dan Faham

 

Apabila menulis, kita bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Seeloknya tulislah ‘pendek-pendek’ dahulu topik yang kita tahu dan faham. Pastikan ianya daripada sumber yang sahih. Ini kerana setiap hasil penulisan yang diterbitkan akan dibaca dan akan menjadi fahaman serta pegangan satu-satu individu.

 

#3 Cari, Duduk dan Belajar dalam ‘Tribe Penulis’

 

Bagi memantapkan lagi kemahiran penulisan, cari dan berkenalanlah dengan rakan-rakan baru atau lama yang minat dalam penulisan. Tidak kira apa juga bentuk penulisan. Ini kerana kepelbagaian itu akan mendatangkan buah-buah fikiran yang unik dan menarik. Cara paling mudah adalah dengan menghadiri kursus penulisan buku atau kursus menulis buku. Ini bagi mendapatkan panduan menulis buku yang lebih tepat. Daftar SINI.

 

Cara Memilih Penerbit Bersesuaian

 

Setelah mengikut fasa menulis ‘pendek-pendek’, sudah pasti akan wujudlah artikel atau manuskrip yang panjang-panjang. Anda pasti terkejut akan hasilnya jika dilakukan dengan istiqamah.

 

kedai-buku-popular

 

Dalam diam, ada dalam kalangan kita yang minat menulis dan sudah ada helaian-helaian manuskrip yang hendak diterbitkan tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk menerbitkan karya tersebut. Terdapat beberapa cara mudah untuk melihat kepada siapa manuskrip itu harus kita usulkan.

 

#Intip Kedai Buku

 

Kebanyakan kedai-kedai buku mempunyai ruang letak buku yang teratur dan dikategorikan mengikut kesesuaiannya. Pergi ke ruang atau bahagian kategori yang dirasakan sesuai dengan isi kandungan manuskrip tersebut dan lihat siapa penerbitnya. Salin alamat dan hubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut.

 

#Intip Laman Sesawang

Kaedah yang sama juga seperti membuat intipan di kedai-kedai buku, anda hanya perlu ke laman sesawang jualan buku tersebut contoh PTS dan lihat kategori buku yang bersesuaian. Setiap laman jualan buku mereka telah dikategorikan dengan terperinci. Contohnya kategori kanak-kanak, edu-komik dan sebagainya.

 

 

Bagi membantu anda menghantar proposal ke penerbit-penerbit tersebut, saya sediakan contoh proposal buku yang berkesan. Hanya muat turun di bawah.

Muat Turun : Contoh Proposal Buku

 

Belajar Dari Yang Pakar

 

 

Tidak kira anda masih baru dan bercita-cita hendak mempunyai sebuah atau lebih buku untuk berkongsi idea dan pandangan kepada umum, anda seharusnya tidak memadamkan semangat tersebut. Jika ingin mendapatkan nasihat dan belajar dari mereka yang telah berjaya, anda boleh hadir ke kursus penulisan buku yang akan diadakan bagi memberi bimbingan dan panduan menulis buku dengan tepat dan mantap.

 

tuan zamri

 

Ianya akan dibimbing oleh Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Ramji Rabi. Zamri Mohamad merupakan pengasas kursuspenulisan.com. Beliau telah menulis lebih 25 buah buku non fiksyen dan novel, menulis di akhbar dan majalah serta ebook. Finalis dan top-three Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian.

 

ramji-rabi

 

Manakala Tuan Ramji Rabi pula ialah individu yang bertanggungjawab ke atas kejayaan La Tahzan, buku yang menjadi fenomena dan best-seller di Malaysia. Berkemahiran membangunkan pakej buku edisi kulit keras, kulis lembut, edisi wanita dan edisi umum hanya daripada satu judul sahaja.

 

Semoga apa yang saya kongsikan kali ini bermanfaat dan memberi panduan berguna untuk anda.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Shasta Nutsuto, Hans Splinter, diwong, Perpustakaan Negara Malaysia , The Star

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

10 comments… add one
  • Uncle Zuan
    October 13, 2015, 11:00 pm Reply

    harini makin banyak hasil hasil tulisan buku yang ohsem

    • Ihzam Khairi
      October 14, 2015, 12:40 pm Reply

      Betul. Penerbit pula makin banyak. Jadi lebih banyak peluang untuk kita-kita menulis dan menerbitkan buku.

  • ahsfantasy24
    October 14, 2015, 9:10 am Reply

    Berminat, cuma kena kuat bertarung dengan masa. hehe 😉

    • Ihzam Khairi
      October 14, 2015, 12:39 pm Reply

      Hehe.. Betul tu cikgu Ayu. Jadi, mula lah menulis buku dengan skil tulis pendek-pendek. 🙂

  • Adzrif Sidek
    October 14, 2015, 10:23 am Reply

    Jarang jumpa guru sekolah yang menulis buku.

    Teringin juga nak baca karya daripada seorang guru 🙂

    • Ihzam Khairi
      October 14, 2015, 12:42 pm Reply

      Ada tu memang ada. Cuma banyak yang berkisar tentang pendidikan dan lebih kepada buku kanak-kanak. InsyaAllah topik lain, mungkin akan ada kelak. Jika kementerian pendidikan ada menyedikan platfrom untuk para guru berkarya dan diterbitkan dalam bentuk buku (beroyalti) pasti ramai yang akan membuatnya.

  • Salmiah
    October 14, 2015, 3:00 pm Reply

    Saya ingin nak menulis buku untuk early childhood edu

    • Ihzam Khairi
      October 14, 2015, 6:13 pm Reply

      Tahniah Salmiah. Boleh ikuti kursus yang bakal diadakan kelak ini.

  • Rafizah
    November 26, 2015, 5:56 am Reply

    Assalamualaikum…terima kasih ats perkongsian yg brguna, saya ingin brkongsi pngalaman menulis…saya mula menulis lakaran sajak sejak dibangku sekolah kemudian semasa di univ, cuba mnghntar
    sajak pd majalah, alhamdulillah diterima..kini sy mnruskan minat saya dlm dunia penulisan..nantikan kemunculan karya kami dlm sebuah antologi karya warga pndidik disember akn dtg.

    • Ihzam Khairi
      November 26, 2015, 9:10 am Reply

      Waalaikumussalam. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Jangan lupa untuk kongsikannya di sini kelak ya. 🙂

Leave a Comment