Pendekkan URL Panjang Dengan Mudah

1
993
pendekkan-url-panjang

Berkongsi bahan memang sentiasa kita lakukan sebagai seorang pendidik yang suka berkongsi. Bak kata orang memberi itu lebih baik dari menerima. Namun adakalanya, apabila kita hendak berkongsi bahan dari Google Drive dan storan awan yang lain, alamat url yang diberi atau dijana oleh storan ini terlalu panjang dan sukar untuk diingati.

 

url-panjang

 

Adakalanya, url yang dijana dan diberi mempunyai simbol-simbol dan gabungan huruf dan nombor yang kompleks. Di internet, terdapat beberapa laman yang memberi kemudahan untuk kita memendekkan url yang kompleks ini dengan satu url yang ringkas dan mudah untuk diingati.

 

Ada diantaranya memberi kemudahan untuk analisis bilangan klik yang diperolehi dan beberapa analisis lain. Lebih mudah untuk berkongsi bahan dengan rakan-rakan lain apabila alamat url yang kita berikan itu lebih pendek dan mudah diingati.

 

TinyURL.com

 

Kemudahan yang ditawarkan oleh laman web ini sangat ringkas dan  mudah untuk difahami. Tiada sebarang analisis diberikan. Hanya pendekkan url panjang sahaja. Apa yang menariknya, ianya kita dapat membina alamat pendek dengan pilihan perkataan sendiri. Lihat contoh yang terhasil pada gambar dibawah.

 

tinyurldotcom-pendekkan-url-panjang

 

 

Alamat url yang panjang seperti https://www.cikguik.com/rumah-peranginan-untuk-kakitangan-awam.html saya mudahkan kepada http://tinyurl.com/rumahcuti. Kedua-dua alamat url ini membawa kepada destinasi yang sama, cuma lebih mudah untuk diingati dan dikongsi.

 

Bitly.com

 

Saya galakkan anda untuk mendaftar di laman ini terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahannya. Ini kerana, hanya yang mendaftar sahaja dapat mengakses kemudahan seperti laporan statistik klik, lokasi klik, dan pelbagai lagi.

 

bitlydotcom-pendekkan-url-panjang-2

 

 

Perincian dalam laporan yang dikeluarkan oleh Bitly ini dapat memberikan gambaran, berapa rami yang melayari bahan dikongsi anda.

 

Dp.my

 

Laman yang dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia ini, lebih unik kerana selain daripada anda dapat memendekkan alamat url yang hendak dikongsi, kata laluan juga dapat diselitkan dan bilangan pengunjung yang membuka alamat url tersebut dapat dihadkan.

 

pendekkan-url-panjang

 

Tambahan lagi tarikh tamat untuk membuka alamat url yang dipendekkan itu juga dapat ditetapkan. Apa yang menariknya lagi, QR code juga terbina bagi memudahkan perkongsian melalui telefon pintar.

 

Anda boleh cuba layari alamat url yang telah saya pendekkan dengan dp.my. Saya cuba gunakan kata laluan untuk url yang dipendekkan ini.

 

Url : http://dp.my/rumahcuti

Password : cikguik

 

Banyak lagi sebenarnya laman-laman yang menyediakan kemudahan untuk pendekkan url yang panjang. Namun bagi saya ini adalah antara yang mudah dan memberi pelbagai kemudahan untuk para pendidik berkongsi bahan sesama rakan.

 

Jika ada yang ingin berkongsi laman web lain yang mudah untuk pendekkan url yang panjang, boleh komen dibawah. Moga ianya memberi kebaikan kepada kita semua.

 

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, imgur.com

Join My WhatsApp Channel

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.