Classroom of adults watching a video presentation on a large screen.

Pembelajaran abad ke-21 banyak memerlukan kreativiti guru untuk menarik perhatian pelajar dengan alat bantu mengajar yang menarik. Salah satunya ialah menggunakan video bagi memberikan penjelasan tentang satu-satu topik pembelajaran.

 

Namun begitu, adakalanya menjadi masalah kepada para guru apabila hendak membuat paparan video secara live streaming kerana gangguan capaian internet di sekolah. Bagi menyelesaikan masalah ini, adalah lebih selamat untuk para guru memuat turun video berkenaan di dalam komputer atau laptop dahulu.

Advertisement

 

video-teach

 

Terdapat beberapa aplikasi atau perisian yang dapat membantu para guru memuat turun video daripada laman-laman web ternama seperti Youtube, Vimeo dan sebagainya. Di sini saya kongiskan cara untuk memuat turun video dari internet dengan mudah.

 

Muat Turun Video dari Internet di Laptop atau Desktop

 

Dengan paparan dan saiz yang besar, lebih mudah untuk menjalankan muat turun video dari peranti ini. Hanya perlu layari laman SaveDeo dan masukkan alamat url video yang hendak dimuat turun.

Url : http://savedeo.com/en

 

saveDEO

 

Hanya perlu masukkan alamat url video yang hendak dimuat turun dan klik pada butang download.

 

Screenshot of website interface for downloading videos; URL input field, download button, and social media logos are visible.

 

 

Setelah itu, paparan seperti dibawah akan muncul. Anda hanya perlu memilih saiz dan kualiti yang anda ingin untuk dimuat turun. Untuk memuat turun fail berbentuk mp3 (hanya suara), klik pada mp3. Jika mahu video yang berkualiti tinggi, klik pada ruang download yang mempunyai resolusi tinggi.

 

Download options for "This Is The Way We Brush Our Teeth" nursery rhyme video. Various resolutions and audio-only formats are available.

 

Setelah itu, anda boleh simpan dan gunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang sebagai persediaan.

 

Muat Turun Video Youtube dari Peranti Android

 

Hampir setiap dari kita mempunya peranti android. Ianya lebih mudah dibawa dan lebih senang untuk diuruskan bebanding lapto dan desktop. Jika ingin memuat turun video dari Youtube dari peranti Android, gunakan aplikasi TubeMate.

 

Namun begitu pastikan anda memuat turun perisian ini daripada laman rasmi mereka. TubeMate tidak terdapat di dalam Playstore. Jadi anda boleh memuat turun di lama web di bawah.

Url : http://www.androidfreeware.net/download-youtube-tubemate.html

Klik pada butang INSTALL APP untuk memuat turun .apk file.

 

 

tube-mate

 

 

Setelah memuat turun, klik pada file yang telah dimuat turun dan mulakan pemasangan ke dalam peranti anda. Pastikan anda telah tick pada rungan Unknown Sources di ruangan security pada setting peranti Android anda.

 

Android security settings showing options for SIM card lock, passwords, device administrators, and unknown sources.

 

 

Setelah selesai memasang aplikasi tersebut, anda boleh mula memuat turun video dari laman Youtube dan pelbagai lagi. Anda akan melihat paparan seperti di bawah.

 

tube-mate-1

 

Untuk memuat turun, mulakan carian pada ikon kanta yang paling atas dan masukkan kata kunci carian anda. Kemudian klik go.

 

tube-mate-2

 

Paparan sebegini akan muncul untuk anda muat turun video yang dipilih. Hanya klik pada ikon anak panah yang berwarna hijau di atas.

 

Smartphone screen showing video download options from TubeMate app. "This Is The Way We Brush Our Teeth" video is selected.

 

Buat pilihan untuk mana-mana versi dan saiz video yang anda kehendaki. Lebih besar resolusi, lebih besar saiznya. Kemudian klik download. Video yang dimuat turun itu akan tersimpan di dalam peranti Android anda.

 

Semoga ianya dapat membantu anda untuk membuat persediaan pengajaran yang lebih baik. Selamat mencuba.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, woodleywonderworks

Advertisement