Home Teknologi Pendidikan Ketahui Fungsi ‘Deep Research’ untuk Setiap GenAI Bagi Pengguna Akaun Percuma

Ketahui Fungsi ‘Deep Research’ untuk Setiap GenAI Bagi Pengguna Akaun Percuma

“Deep Researh” membolehkan pengguna percuma GenAI dapat jawapan analitis dengan rujukan. Pelajari cara aktifkan, gunakan dengan bijak, dan manfaatkan untuk tugas pendidikan lebih berkesan.

0
69
GenAI Deep Research interface: AI brain icon, search & share buttons. Free account users.

Kadang-kadang kita nak buat carian maklumat, tapi tak nak sekadar dapat jawapan ringkas. Kita nak jawapan yang lengkap, disokong data, dan lebih mendalam. Inilah kegunaan fungsi Deep Research dalam dunia GenAI.

Ramai yang ingat fungsi ini hanya untuk akaun berbayar. Tapi berita baiknya, ada cara untuk pengguna akaun percuma pun boleh manfaatkan.

Dalam artikel ini anda akan belajar:

  1. Apa itu Deep Research dalam GenAI.
  2. Bagaimana ia berbeza dengan carian biasa.
  3. Contoh penggunaan Deep Research untuk guru, pelajar dan ibu bapa.
  4. Langkah mudah guna Deep Research walaupun akaun percuma.
  5. Tips maksimumkan hasil carian mendalam.

Apa Itu Deep Research?

Abstract glowing brain with circuit board and magnifying glass, representing AI deep research.

Deep Research ialah fungsi GenAI yang membolehkan kita membuat carian menyeluruh tentang sesuatu topik. Ia tidak berhenti pada maklumat asas, tetapi akan:

  • Menyemak pelbagai sumber.
  • Menyusun semula maklumat dalam bentuk yang mudah faham.
  • Memberi rujukan atau pautan.

Bayangkan macam anda minta seorang pustakawan peribadi cari semua info penting, kemudian dia tulis nota ringkas untuk anda.


Perbezaan Deep Research vs Carian Biasa

Infographic comparing basic search with deep research for free GenAI accounts. Deep research uses AI.

Carian biasa dalam GenAI biasanya menjawab soalan secara ringkas. Contohnya, tanya “Siapa penulis Hikayat Hang Tuah?” — jawapannya ringkas: Tun Seri Lanang.

Tapi jika guna Deep Research, soalan sama akan diberi jawapan lengkap. Bukan setakat penulis, malah konteks sejarah, rujukan buku, dan maklumat pengaruh karya tersebut.

Ringkasnya:

  • Carian biasa: Jawapan cepat dan padat.
  • Deep Research: Jawapan terperinci dengan rujukan.

Contoh Penggunaan untuk Guru, Pelajar dan Ibu Bapa

Man and boy view AI brain graphic on computer screen; boy holds tablet.

Untuk guru:

  • Cari bahan pengajaran lengkap beserta aktiviti.
  • Rujukan akademik untuk persediaan kelas.

Untuk pelajar:

  • Menyediakan esei dengan rujukan tepat.
  • Mengkaji topik sains atau sejarah dengan maklumat terkini.

Untuk ibu bapa:

  • Mencari tip pendidikan anak.
  • Menyaring maklumat kesihatan yang sahih.

Cara Guna Deep Research di Akaun Percuma

GenAI Deep Research interface showing search and brain icons. Free account features.

Walaupun fungsi penuh biasanya untuk akaun berbayar, ada trik untuk pengguna percuma:

#Langkah Satu: Gunakan prompt yang jelas dan spesifik.
Contoh: “Buatkan analisis terperinci tentang kesan teknologi AI dalam pendidikan, sertakan rujukan.”

#Langkah Dua: Gabungkan dengan carian manual.
Boleh minta AI sertakan sumber, kemudian semak sendiri di Google Scholar atau laman rasmi.

#Langkah Tiga: Gunakan alat tambahan.
Ada extension browser yang boleh membantu AI mengakses sumber lebih banyak.


Tips Maksimumkan Hasil Carian Mendalam

Tips for using AI: Lightbulb and pen on checklist.
  1. Gunakan kata kunci yang tepat.
  2. Minta rujukan dalam bentuk pautan aktif.
  3. Gunakan ayat arahan seperti “terangkan secara terperinci” atau “analisis lengkap”.
  4. Jangan takut untuk membuat soalan susulan.

Deep Research pada ChatGPT

Mathway app on tablet and smartphones. Solve math problems online or offline.

Jika dilihat fungsi Deep Research mempunyai had penggunaan. Berdasarkan maklumat dari OpenAi, model yang digunakan adalah 04-mini(lightweight) dan terhad kepada 5 tugasan sebulan.


Deep Research pada Perplexity

Perplexity AI interface showing "Deep research on any topic" and limited free queries. Upgrade to Pro option is also visible.

Perplecity lebih “bermurah hati” dengan memberikan quota sebanyak 5 queries sehari secara percuma untuk akaun biasa. Jadi bolehlah pengguna ChatGPT melompat ke Perplexity apabila habis quota.


Deep Research Pada Mistral Ai

Le Chat AI interface showing "Deep Research" feature with 10x speed and limited free searches remaining.

Untuk Mistral AI kuota yang diberikan sama sahaja seperti ChatPGT. 5 sebulan. Ini juga boleh dijadikan alternatif untuk pengguna percuma.


Kimi AI

2016 Malaysian school calendar: Start and end dates for each school term, including holidays.

Kimi AI pula mempunyai limit 3 kali sehari. Jadi gunakan dengan bijak.


Qwen AI

2016 Malaysian school calendar: school holidays, term dates

Bagi Qwen, tiada pula maklumat lanjut sebanyak mana carian yang boleh digunakan. Biasanya, jika situasai begini berdasarkan pengalaman saya, tidaklah banyak. Ianya akan bergantung kepada token/usage.


Copilot

Google search results page showing techniques for teachers.

Untuk Copilot pula, limit bagi akaun percuma ialah 5 kali sehari. Jadi ini boleh juga dijadikan sebagai fungsi alternatif jika kehabisan quota.


Gemini

Students on a bus, funding education projects. Fund classrooms.

Gemini pula memberikan 10 kali untuk digunakan secara percuma bagi kemudahan deep research ini. Hasil deep research ini akan dibentuk dalam canvas dan membolehkan user untuk expert / menukar bentuk maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk Quiz, Infografik atau Aplikasi. Jom cuba.


Pilihan Deep Research Akademik Scispace

Screenshot of a research AI assistant interface showing options for "Deep Search," "Search Papers," "Write a Report," and other research tasks. Free account users can utilize "Deep Research" functionality.

Scispace pula menggunakan kaedah token. 300 token diberikan sebulan. Ianya bergantung kepada panjang informasi dan carian. Lebih panjang, lebih cepat habis token.


Masa Depan Deep Research untuk Pengguna Percuma

Google search results page showing techniques for teachers.

Banyak syarikat AI kini mula membuka fungsi Deep Research secara terhad kepada pengguna percuma. Tujuannya untuk menggalakkan lebih ramai mencuba dan akhirnya menaik taraf.

Ini berita baik untuk warga pendidikan. Kita boleh akses maklumat berkualiti tanpa kos besar. Namun, tetap perlu bijak menilai maklumat — AI pun boleh silap.

Kesimpulan

Fungsi *Deep Research* dalam GenAI memberi peluang kita mendapatkan jawapan yang lebih lengkap dan tepat. Bagi pengguna akaun percuma, ia tetap boleh dimanfaatkan dengan teknik yang betul.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk guru, pelajar dan ibu bapa. Kongsikan dengan rakan jika berguna.

Rujukan:

Ads

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.