Sudah sinonim keperluan ICT dan guru memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi komputer riba atau laptop ini. Ada dalam kalangan pendidik yang lebih gemar menggunakan desktop kerana ia besar dan mudah untuk dinaiktaraf.
Ada pula yang gemar menggunakan komputer riba kerana lebih kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Contohnya mengajar di dalam kelas, membuat pembentangan dan lain-lain lagi. Ini antara faktor yang menjadikan komputer riba lebih sesuai untuk golongan pendidik.
Namun begitu, apabila hendak membeli komputer riba ini kita menjadi runsing dan tidak tahu hendak membeli yang mana satu. Ini kerana terdapat banyak pilihan dan tawaran ‘menarik’. Jadi saya kongsikan panduan membeli laptop untuk khas untuk guru.
#1 Nilai Kepakaran ICT Diri
Selain itu, pastikan port untuk memasangkan Projector itu ada. Pastikan jenis port tersebut sesuai dengan projektor yang sedia ada dan kerap digunakan di sekolah. Lihat samada RGB atau HDMI. Untuk tahu lebih lanjut berkaitan projektor anda boleh rujuk di artikel saya yang lepas di sini. (Panduan Membeli Projektor Untuk Mengajar)
Saya harap perkongsian ini dapat membantu anda membeli komputer riba yang sesuai untuk mengajar dan digunakan di dalam kelas dan pejabat. Semoga ianya memberi sedikit gambaran kasar sebelum melaburkan duit untuk kegunaan peribadi dan berbakti kepada anak-anak didik. Selamat membali.
Kredit gambar : Arkib CikguIK, Soumen Nath, Éole Wind, Eirik Solheim, Hungarian UNIX Portal, Neil L
Tips yang menarik! Kalau untuk pelajar punya macam mana eh?
Sama juga? Terima kasih.
Kalau untuk pelajar lebih kurang sama sahaja Tuan. Namun bergantung kepada keperluan perisian yang hendak digunakan. Jika mengambil kos reka bentuk grafik bagi siswa dan siswi, komputer meja lebih sesuai. 🙂
Asssalamualaikum….terima kasih Cikgu IK atas perkongsian….
info yg membantu..terima kasih
Sama-sama. Moga inya dapat memberi kemudahan kepada Pn Yuslina membeli laptop nanti.
t.kasih atas perkongsian..moga jd panduan utk sy membeli laptop.mmg ada cadangan sbb skrg guna notebook Aspire V5-132 2 GB DOR3 L.
Sama-sama. Moga ianya membantu Pn Nur memilih laptop terbaik mengikut keperluan diri.
Perkongsian yg sgt2 membantu…terima kasih cikgu.
Terima kasih juga sudi meluangkan masa untuk membaca. 🙂
saya masih menyimpan laptop yang terdahulu tapi tak boleh guna…budak kedai kata jam motherboard…last2 saya beli yg baru…boleh ke diselamatkan lagi laptop lama saya(acer aspire) 14′
Ada beberapa benda yang boleh diselamtkan seperti, hard disk. Hard disk boleh dijadikan external.
Assalamualaikum
Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat tuan.
Mohon cadangan jenama komputer riba yg terbaik….untuk guru dgn kadar hrg yg murah
Waalaikumussalam.
Saya gemar mencadangkan jenama ASUS. Ini berdasarkan pengalaman saya. Namun begitu masih ada juga jenama lain yang semakin bagus di pasaran seperti ACER dan LENOVO.
Assalamualaikum,
Pada saya, kelajuan PC memainkan peranan yang penting.