Pengajaran menggunakan VLE Frog kadangkala memerlukan kita untuk menggunakan projektor bagi memudahkan semua pelajar mendapat maklumat dengan jelas dan terang. Penggunaan alatan ict ini juga digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Namun begitu, kadangkala terdapat kelemahan yang tidak dapat kita atasi akibat daripada kekurangan bekalan projektor di sekolah. Ada kalanya perlu membuat tempahan dan berkongsi dengan rakan-rakan pendidik lain. Jadi, untuk atasi masalah ini, ada pendidik yang mengambil inisiatif untuk membelinya dengan wang saku sendiri.
Jika melihat dipasaran, terdapat pelbagai jenis projektor dengan harga yang berbeza. Setiap projektor menawarkan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terserah kepada pembeli untuk memilih yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluannya.
Panduan Membeli Projektor Untuk Guru
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat sebelum membeli sebuah projektor. Antara faktor utama pembelian sebuah projektor ialah harganya.
[sociallocker id=1421]
Harga Projektor
Harga sebuah projektor di pasaran semasa adalah di antara RM200 hingga RM3000. Namun, bagi kegunaan biasa di dalam kelas, projektor di dalam lingkungan harga bawah RM2000 sudah memadai. Penetapan harga ini bergantung kepada kategori dan jenis projektor itu sendiri.
Projektor mini dan projektor bersaiz biasa mungkin menjadi pilihan ramai guru. Setiapnya memberi kelebihan masing-masing. Jika mahu dapatkan senarai harga porjektor terkini, carian boleh dilakukan di Google dengan kata kunci Projectors Pricelist Malaysia atau buat carian di Kedai Online Seperti Lazada.
Kualiti Gambar
Kualiti gambar sesuatu projektor itu bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah jenis projektor itu sendiri. Projektor mempunyai beberapa jenis iaitu LCoS, DLP dan Laser. Jika untuk kegunaan di dalam kelas sahaja, jenis DLP sudah memadai dan ianya merupakan jenis yang banyak dipasaran.
Baca di sini untuk pemahaman lanjut berkaitan LCoS, DLP dan Laser : https://www.cnet.com/news/dlp-vs-lcd-vs-lcos-projector-tech-pros-and-cons/
Di samping itu, kecerahan (ANSI LUMENS) juga perlua diambil kira. Kita kadangkala mengajar pada waktu selepas rehat dan suasana sedikit cerah. Jadi sebaiknya pilih nilai ANSI LUMENS yang tinggi.
Paparan resolusi juga perlua dilihat. Resolusi minimum yang digalakkan ialah 848×480. Ini bagi memastikan paparan yang terhasil berkualiti dan dapat dilihat dengan baik.
Bagi kontras pula, dicadangkan pilih nilai yang tinggi. Contohnya 2000:1. Ini sudah memadai. Mengapa perlu memilih kontras yang tinggi? Warna memainkan peranan penting bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar. Jadi persembahan dengan warna yang menarik dapat memberi kelebihan kepada guru yang mengajar menggunakan projektor dengan pilihan ini.
Sambungan Port
Projektor tanpan sebarang sambungan port memberi sedkit kesulitan kepada guru untuk membuat penerangan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Pilihlah mengikut keperluan. Ada guru yang suka membuat persembahan mengguanak komputer atau laptop, jadi seeloknya mereka memilih projektor yang mempunyai port VGA dan HDMI atau USB.
Penting untuk memilih projektor yang mempunyai port ini kerana ianya sangat membantu untuk kegunaan pengajaran. Bayangkan jika kita membeli projektor yang tidak menyediakan sebarang port untuk sambungan ke laptop atau komputer. Kita perlu memindahkan dokumen yang hendak dipaparkan pada projektor ke dalam memory card dan memasangnya pada projektor semua.
Jangkasa Masa Hayat Lampu
Perkara ini sering terlepas pandang apabila membeli projektor. Setiap projektor mempunyai jangka masa hayat lampu pemancarnya. Pilih yang mana paling sesuai dengan kadar penggunaan anda. Kebiasaannya sebuah projektor mempunya jangka hayat lampunya selama 15 000 jam.
Jika projektor tersebut digunakan sehari selama 3 jam, maka projektor tersebut boleh digunakan selama 5000 hari bersamaan 13 tahun penggunaan. Namun ini hanya sekadar anggaran. Jika jangka hayat lampu tersebut habis, perlu untuk dihantar ke kedai bagi menggantikan yang baru untuk mengekalkan kualiti gambar yang dipancarnya.
Tempoh Jaminan (Warranty)
Tempoh jaminan perlu juga diambil kira. Lebih lama tempoh warranty lebih bagus. Namun kadangkala ianya akan melibatkan kos tambahan untuk memanjangkan tempoh jaminan. Kebiasannya tempoh jaminan ini adalah setahun daripada tarikh pembelian.
Pastikan sebelum pulang dari kedai, cuba dahulu projektor yang dibeli dan dapatkan resit daripada kedai yang dibeli. Jika terdapat kad jaminan, pastikan ianya dicop dan ditadatangan oleh pemilih kedai dan pembeli untuk memudahkan urusan kelak.
Berat dan Saiz
Bagi pengguna yang kerap menggunakan projektor secara nomad, lebih molek jika membuat pembelian projektor yang kecil dan ringan. Pendek kata, ambillah projektor mini yang tahan lasak dan berpatutan. Rata-rata berat sebuah projektor ialah 1kg dan mungkin lebih ringan dariapada itu.
[/sociallocker]
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para pendidik yang sanggup untuk mengeluarkan duit poket sendiri demi anak didik. Tahniah saya ucapkan dan selamat membeli.
Tips : Jika mahukan projektor yang agak berkualiti dan murah, boleh selalu membuka laman web jualan barang terpakai. Contohnya Mudah.my. Namun tiada jaminan (warranty).
Kredit gambar : picoprojector-info.com, academiccomputing, mrdorkesq, Sandra Schön,




