Nampak pelik bukan dengan tajuk artikel ini? Dengan dunia tanpa sempadan melalui jaringan internet, segalanya adalah hampir boleh dilakukan. Jika dalam artikel dahulu, saya kongsikan cara untuk melawat muzim hanya dari dalam bilik darjah, (rujuk arikel ini : Lawat Muzium Secara Maya ) kini anda boleh memanjat gunung Everest yang tertinggi di dunia dengan menggunakan telefon pintar.
Baru-baru ini, Google telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar khusus untuk Android, yang diberi nama Verne: The Himalayas. Aplikasi ini dapat memberikan pengalaman yang unik dan menarik kepada anak-anak didik di dalam kelas untuk membuat eksplorasi di pergunungan Himalaya.
Verne Si Yeti Berketinggian 500kaki
Jika guru sedang mengajar sub topik dalam apa jua mata pelajaran yang melibatkan bentuk muka bumi dan cuaca, aplikasi Verne ini dapat memberikan impak yang positif dalam menarik minat pelajar. Ini kerena, ekplorasi dalam Verne diolah dalam bentuk yang menyeronokkan.
Pelajar dapat meneroka banjaran Himalaya yang jauh dengan cara menggunakan JetPack, bermain alat permainan tradisional penduduk Himalaya dan pelbagai lagi aktiviti penerokaan yang memberi maklumat tambahan kepada pelajar.
Muat Turun Verne
Sebagai langkah awal, anda boleh memuat turun aplikasi ini terus ke telefon pintar Android anda dengan pautan di bawah.
Klik sini untuk muat turun Verne.
Laman web Rasmi Verne
Semoga perkongsian ringkas ini dapat menambahkan ilmu baru yang boleh digunakan di dalam kelas bagi meransang minat pelajar-pelajar semua.
Kredit gambar : Arkib CikguIK, tpsdave