=Menu

Lawat Muzium Secara Maya

Siapa kata pelajar tidak boleh dibawa melawat muzium dari dalam kelas? Dengan teknologi yang semakin canggih pada masa kini, apa yang dahulunya mustahil kini tidak lagi.

 

night-at-the-museum-3-620x305

 

Pengajaran dalam subjek sejarah dan pelbagai subjek lain boleh ditambah keberkesanannya dengan lawatan muzium secara maya ini. Ini sekurang-kurangnya memberi pengalaman kepada pelajar dan kemudahan kepada guru dan pihak sekolah yang mempunyai masalah peruntukan wang dan masa.

 

Berita Perihal Muzium Maya di Malaysia

 

Muzium Maya masih lagi dalam proses pembinaan dan persiapan. Muzium Terengganu dengan jalinan UKM saling membantu mewujudkan muzium maya pertama di Malaysia.

 

Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) Datuk Mazlan Ngah berkata dengan menjadikan muzium itu sebagai persekitaran Muzium Maya, ia bakal membuka era baru dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan institusi pemuziuman.

Petikan daripada Bernama : http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1059810&cat=tm

 

Selain itu, muzium-muzium di negeri Melaka juga tidak terkecuali dalam hal ini.

 

Sebanyak 36 muzium dan galeri di Melaka kini dapat diakses secara maya atau ‘virtual tour’ melalui capaian Google yang dibangunkan di bawah ‘Program: Muzium’ dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Kezerk Imaging.

Petikan daripada Bernama : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1135432

 

Lamat Muzium Malaysia Secara Maya

 

Buat masa ini terdapat beberapa muzium di dalam Malaysia yang boleh dilihat di dalamnya. Namun tidak dapat diakses secara keseluruhan. Hanya sebahagian tempat sahaja di dalam muzium tersebut yang boleh dilawati secara maya.

 

Berikut merupakan panduan langkah-langkah untuk melihat muzium tersebut.

1. Buka Google Maps dan taip Muzium near Melaka.

 

langkah1bukagooglemap

 

2. Klik pada ikon Muzium di peta dan klik see inside. Sekiranya muzium tersebut tiada paparan see inside, maka anda tidak dapat membuat lawatan maya ke muzium tersebut.

 

langkah2klikmana-manamuzium

 

3. Lawatan muzium ini boleh dibuat secara 360 darjah. Hanya klik dua kali pada tetikus untuk ke bahagian yang dikehendaki. Jika ingin kembali kepada peta, klik pada gambar peta di sudut kiri bawah.

 

langkah3bersiar-siar

 

Laman Web Lawatan Muzium Maya Luar Negara

 

Berbeza halnya dengan muzium di luar negara, terdapat beberapa laman sesawang yang memberi kebenaran untuk membuat akses lawatan secara maya ke dalam muzium mereka. Ini mungkin kerana faktor teknologi yang telah maju di negara mereka.

 

National Museum of Natural History

Muzium yang dibuka pada tahun 1910 ini memberi kelainan dengan membolehkan pelawat melawat muzium ini secara maya. Lawatan maya ini pula boleh diakses menerusi telefon pintar dan komputer.

 

Kebebasan yang ada pada lawatan maya ini ialah pengguna boleh menuju ke mana-mana lokasi di dalam muzium ini. Seperti filem Night at The Museum, pengguna akan berasa teruja dengan kebolehan untuk berinteraksi dengan objek-objek tertentu di dalam muzium maya ini.

 

lawat-muzium-secara-maya

 

Lawat muzium ini dengan klik pada link di bawah.

Pengguna Komputer : http://www.mnh.si.edu/vtp/1-desktop/

Pengguna Telefon Pintar : http://www.mnh.si.edu/vtp/2-mobile/

 

Boston Children Museum

Muzium Kanak-kanak Boston ini dibuat khas untuk memberi pendedahan umum kepada kanak-kanak berkaitan pekerjaan, dan pengalaman lain seperti keselamatan dan lain-lain lagi.

 

children-museum

 

Lawat muzium maya ini di sini : http://www.bostonchildrensmuseum.org/museum-virtual-tour

 

Namun begitu, sebagai warga pendidik, lawatan secara maya ini boleh dijadikan sebagai pencetus untuk pelajar sendiri berkunjung ke muzium secara realiti. Pengalaman berkunjung ke muzium sebenar berbeza dengan melawat muzium secara maya. Selamat bereksplorasi.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, 2paragraphs.com

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

1 comment… add one

Leave a Comment