Smartphone displaying Sync School Messaging app with emergency school closure announcement due to haze.

Dahulu kita menggunakan medium kertas untuk berhubung dan kini kebanyakannya diganti dengan penggunaan telefon pintar melalui aplikasi-aplikasi yang canggih. Namun begitu, ada kebaikannya tidak menggunakan kertas iaitu kita dapat mengurangkan penggunaan pokok.

 

Merujuk kepada North Carolina Office of Waste Reduction and Recycling, sebanyak 75 000 batang pokok diperlukan dalam mencetak New York Times edisi Ahad.

Advertisement

 

Hands holding smartphone displaying a German warning message.

 

Jadi atas kesedaran itu, Sync diperkenalkan sebagai medium untuk penyampaian maklumat dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan ibu bapa. Apa itu Sync?

 

Sync Ala-Ala Telegram dan Whatsapp

 

Sync ialah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat tempatan di Cyberjaya seperti aplikasi popular Whatsapp dan Telegram.

 

Namun begitu, Sync lebih berfokus untuk menyampai berita, makluman dan acara kepada semua penggunanya berdasarkan kategori Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, Guru, Ibu Bapa dan Pelajar.

 

Sync School Messaging App

 

Namun begitu, tidak semua pengguna Sync boleh menyalurkan berita atau memberi komen kepada setiap makluman yang diberikan melaluinya. Hanya admin (maksimum 5 orang) sahaja yang boleh membuat mesej dan event (jemputan) kepada komuniti sekolahnya.

 

Pengguna yang lain hanya dapat menjawab menerima untuk menghadiri jemputan atau menolak event yang dihantar melalui aplikasi Sync tersebut. Jika mesej pula, butang terima kasih sahaja yang terpapar sebagai respon.

 

Daftar Admin Sync Sekolah

 

Bagi sekolah-sekolah yang ingin mendaftar admin bagi aplikasi Sync ini, anda boleh gunakan pautan di bawah untuk tujuan tersebut. Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti kod sekolah, bilangan semua pelajar, no pejabat, email sekolah, logo, dan nama serta no telefon admin yang hendak dilantik (maksium lima)

 

Sync School registration form: Enter school code, enrollment, contact details, and upload logo.

 

Klik sini untuk pendaftaran Admin.

 

Tugas admin adalah untuk menyebarkan dan berkongsi link untuk muat turun aplikasi ini kepada komuniti sekolah dan lain-lain.

 

Saya sertakan juga ayat yang boleh di salin dan diedarkan kepada kumpulan Whatsapp komuniti sekolah anda. Apa yang admin perlu lakukan adalah hanya perlu menukar kod sekolah dan nama sekolah sahaja pada templete ayat viral di bawah.

 


 

Salam sejahtera semua. Pihak sekolah menggunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru-guru serta murid-murid disarankan untuk muat memuat turun Aplikasi Sync School Messaging agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak kami.

 

Sila klik link berikut untuk download :

http://edu.sync.my/ABA0110

 

Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah :

SK Trolak Utara

 

Mohon share info ini dengan rakan-rakan ibu bapa dan komuniti sekolah kita.

Sekian terima kasih.

 

Untuk rujukan:

Surat Siaran Rasmi:

http://edu.sync.my/CL/ABA0110

 

Brochure Sync:

http://edu.sync.my/brochure

 


Muat Turun Sync Percuma

 

Aplikasi ini adalah percuma dan boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan IOS. Untuk langkah-langkah muat turun dan instalasi saya sertakan brochure sebagai panduan anda.

 

Sync school messaging app interface on phone, showing easy download and activation.

 

Muat Turun untuk Andoird : Klik Sini

Muat Turun untuk IOS : Klik Sini

 

Panduan Mengaktifkan Akaun Sync

 

Langkah 1.

Sync app activation: Enter mobile number to submit

 

Langkah 2

Smartphone displaying Sync app activation code entry. Step 2 of 2.

 

Langkah 3

Smartphone screen showing school search in Sync app. "Select School" and school name input field are visible.

Bagi mendapatkan surat siaran secara atas talian, hanya perlu salin url di bawah, gantikan kod sekolah dengan kod sekolah anda.

url : http://edu.sync.my/CL/BEA4614

 

Langkah 4

Malaysian flag and state flags waving at Merdeka Square.

 

Diharapkan dengan adanya aplikasi seperti ini dapat memudahkan urusan dan penyampaian maklumat antara sesama warga pendidikan dan komuniti warga pendidikan yang bertulang belakangkan sokongan ibu bapa dan pelajar.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh muat turun brochure Sync pada pautan di bawah.

Klik sini : Brochure Sync

 

Kredit gambar : Arkib CikguIk.com, Sync,

Advertisement

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.