Menjadi cikgu bukan sahaja bererti mengajar dan mendidik. Menghias kelas dan kemas kini dengan informasi terkini juga menjadi sebahagian daripada rutin sebagai seorang cikgu. Ada masanya, sumber kewangan menjadi penghalang dan cikgu perlu menjadi kreatif untuk menghias dan membuat face make-up bagi kelas di bawah seliaan mereka.
Berdasarkan satu artikel yang dikeluarkan oleh Ryan Hannah , Western Michigan University bertajuk The Effect of Classroom Environment on Student Learning (December 6, 2013), hasil kajian beliau mendapati informasi yang digantung di dalam kelas dapat membantu perkembangan pelajar dan menunjukkan bahawa guru ambil peduli hasil kerja murid-murid.
Ini bererti, hiasan dalaman yang berinformasi dan hasil kerja murid yang dipaparkan dapat membantu meransang minat dan kecenderungan pelajar untuk terus belajar di dalam kelas. Namun begitu, ada beberapa kekangan seperti masalah kewangan yang perlu diatasi dalam menjadikan kelas lebih menarik dan berkesan untuk pelajar.
YTL Foundation Solusi Untuk Transformasi Kelas
Frog VLE adalah perkara yang tidak asing lagi buat warga guru di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penggunaan Virtual Learning Envirement yang sesuai dan diterapkan dengan elemen pembelajaran abad ke-21 dapat memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelajar.
Pihak YTL, pengendali kepada Frog VLE akan membantu warga guru yang ingin melakukan transformasi kelas mereka menjadi sebuah kelas yang kondusif dan berinformasi. Masalah kewangan yang diperlukan warga guru dalam menghias kelas dapat mereka bantu.
YTL Foundation menyasarkan 1000 kelas untuk dibuat transformasi sehingga penghujung tahun 2016. Sehingga artikel ini ditulis, sudah 52 buah kelas berjaya diubah ke Kelas Frog dan 305 permohonan sudah diluluskan.
Jadi, kepada warga guru, apa tunggu lagi. Mohon untuk dapatkan dana tersebut yang boleh digunakan untuk membuat perubahan kosmetik untuk kelas anda. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu warga guru semua menjadikan kelas lebih ceria dan kondusif untuk pelajar.
Klik di sini : www.frogclassroom.com
Kredit gambar : Arkit Cikguik, akshayapatra