Perisian Percuma Microsoft Office 365 Education Untuk Guru dan Pelajar

74
1539
download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

Kerja-kerja menaip dan membuat persembahan pengajaran seorang guru banyak menggunakan komputer dan telefon pintar. Kebiasaannya, warga pendidik ini banyak menggunakan persisian seperti Microsoft Office Word, Power Point dan Excel bagi memenuhi keperluan tersebut.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

Di sini saya ingin kongsikan satu cara bagaimana warga guru dan pelajar boleh memuat turun dan menggunakan persisian seperti Microsoft Office Word, Power Point dan Excel secara percuma. Apa yang lebih penting, ini adalah asli, sah dan bukan cetak rompak. Anda boleh muat turun microsoft office percuma.

 

Office 365 Education

 

Buat pengetahuan warga pendidik semua, sejak awal Februari 2015, pihak Microsoft telah melancarkan satu program Microsoft Office percuma untuk pelajar dan guru di New York. Kini program tersebut telah tersebar dan boleh diakses kepada serata dunia yang mendapat Office 365.

 

 

Office 365 Education ini sama sahaja seperti Office sedia ada yang sudah dipasang di dalam sistem operasi (sekiranya anda gunakan Microsoft Office). Apa yang pasti, perisian yang dibekalkan ini percuma dan boleh dikemas kini tanpa risau ianya akan disekat.

 

Penggunaan Office 365 Education adalah percuma selagi mana anda berkhidmat sebagai seorang guru dan pelajar (selagi mana email yang didaftarkan wujud) di institusi pendidikan tersebut. Tambahan lagi, percuma 1 TB kapasiti One Drive.

 

Anda boleh rujuk FAQ berkaitan Office 365 Education di bawah ini :

 

faq

 

Cara Daftar Office 365 Education Percuma

 

Sebelum mendaftar, pastikan anda mempunyai email institusi pengajian anda. Bagi warga guru dan staff Kementerian Pendidikan Malaysia, anda hanya perlukan email Frog Vle anda dan kata laluan.

 

#1 Langkah Satu.

Klik pada link  ini : https://products.office.com/EN-MY/student/office-in-education?tab=teachers . Anda akan mendapat paparan sebegini. Masukkan email Frog VLE anda.

 

 

Masukkan emasil yes anda. Contoh [email protected]

Akan ada paparan sebegini keluar. Anda perlulah pilih I’m a teacher.

 

 

#2 Langkah Dua

Semak email Frog VLE anda. Anda boleh akses menggunakan link ini : https://mail.google.com .Masukkan email Frog VLE anda dan kata laluan. Semak inbox atau spam folder. Akan dapat satu email seperti di bawah.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

Klik pada email tersebut dan sahkan sahaja.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

#3 Langkah Tiga

Kemudian, masukkan nama dan kata laluan.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

Anda kemudian akan dibawa ke ruangan muat turun untuk memuat turun perisian Office 365. Selsai memuat turun, anda boleh memasang ia ke dalam sistem operasi anda. Ianya sesuai untuk Windows dan Mac.

 

 

Lebih menarik lagi, jika anda memerlukan perisian ini dipasang ke dalam telefon pintar anda, anda boleh melihat ia di sini : http://g.microsoftonline.com/0BX20en/1428

 

 

Untuk pengetahuan anda, anda boleh memuat turun dan pasang ia sehingga 5 komputer atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon pintar secara percuma.

 

 

Tambahan lagi anda akan mendapat 1 TB saiz simpanan One Drive. Ia bersamaan dengan menyimpan lebih kurang 200 000 buah lagu (andaikan sebuah lagi menggunakan saiz 5 Mb).

 

 

Semoga perkongsikan kali ini bermanfaat untuk anda menjadi lebih hebat dan cemerlang dalam dunia IT dan pendidikan. Jangan lupa komen di bawah dan kongsikan dengan rakan lain jika ianya bermanfaat.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK.com, Microsoft Office 365,

74 COMMENTS

      • salam cikgu terima kasih atas perkongsian

        maksud yang percuma ni..tiap2 bulan perlu update atau hanya boleh guna unk sebulan saja..?

          • assalamualaikum cikgu,, cikgu,, sye try utk masukkan email sekola,, tapi x boleh,, jadi sye try yg email cikgu bagi contoh tu,, boleh plak,, tapi tu email cikgu,, maaf cikgu,, tapi xleh nk install pon la,, sbb bkn email sekola saya,, email cikgu,, mintakk maaf ye cikgu,, maad seribu maaf cikgu,,,

  1. Salam..kalau dlm pc mmg sudah ade office ( bukan asli), boleh ke sy download office 365 yg ni tanpa remove office yg terdahulu? Tq

  2. Assalamualaikum cikgu, Langkah saya terhenti hingga Langkah #3 .. selepas saya isi pengenalan diri dan pasword, saya tekan START ..tapi tak ada arahan download. Kenapa ye cikgu..?

  3. Tuan,

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Walau bagaimanapun, saya rasa kita perlu beri perhatian soal privacy dan security kepada files / document kita apabila menggunakan office 365 jenis ini ( di bawah sekolah atau syarikat ).

    Notice to End Users
    If you sign up for Microsoft business websites, services and products with a work or school email address, your administrator may subsequently be able to assume control of your account and obtain access to your data and prior network activities.

    Boleh rujuk link ini : https://login.microsoftonline.com/privacy

    Kalau saya tidak salah faham, Jika menggunakan office 365 menggunakan kaedah ini ( school email address ), admin berhak mencapai data kita yang terkandung akaun office 365 kita.

    • Betul tu Tn. Namun begitu, kita digalakkan untuk menyimpan semua dokumen kita di dalam komputer tanpan menyimpan ia di atas talain. Jadi ianya lebih privacy dan selamat.

  4. macammana saya nak activate office 365?bila saya tekan sign in, saya xleh nak masukkan emel..keras cam tu je..jadi,office saya skarang ni masih belum actiated…terima kasih

  5. Hanya yang ada line Yes jer ke yg dpt perisian ini? Sy dah cuba beberapa kali tak dpt….x terima apa2 mail pun…sy guna stremyx.

  6. Assalamualaikum. nak tanya. dia kata “as long as you are working at a qualified school” so kalau student yang dah habis study, automatik dah tak boleh guna lagi? atau kat malaysia berbeza sikit, masih boleh pakai walaupun dah habis study?

  7. kenapa sy tak boleh download……

    ini yg keluar

    Sorry…

    We can’t sign you up right now because we can’t verify your school is on our list of eligible institutions. Check back in a few days to see if your school is eligible.
    And just in case: look for typos in the email address you entered. That could be the problem.

  8. As Salam

    Kenapa ye saya tak boleh download? Adakah tempoh sudah tamat atau sbb sy guna Windows 10?

    Harap Tuan dapat membantu.

    • Waalaikumussalam.

      Ramai yang mencuba tapi tidak berjaya. Mungkin pihak Microsoft Office sudah menyekat bagi pengguna Yes. Boleh cuba untuk gunakan dengan email .edu.my pula.

  9. salam…terima kasih atas perkongsian. Saya dah cuba langkah2 yang ditunjukkan tapi tak muncul bahagian ‘install’. Bila saya cuba install dari sidebar, hanya boleh download one drive manakala office pula dia tulis ‘Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps.’ Siapa admin yang dimaksudkan?

  10. Salam. Saya cuba klik dokumen di emel. Tetapi muncul pula sebegini ‘Sorry, the link you used to complete your signup was invalid or has expired’. Apa saya patut buat? Tk.

  11. ‘Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps.’ Siapa admin yang dimaksudkan? macam mana hendak dia assigned saya satu license?

  12. rasanya dah xbleh download dah, dah diberhentikan…tp untuk mereka yg sempat download sblum ini, mreka masih lagi dpt guna kmudahan ini sperti biasa…sejak bila mereka tutup sy xpasti…

  13. Cikgu,
    Slm sjhtera. Saya dh cuba dftar mnggunakn akaun frogvle sbg admin. Tp bila nak truskn sistem dh tak berganjak lg. Bila semak balik dlm email Yes atau gmail tetap s ada jwpn dri Office365. Kat mna ia kandas ya?

  14. ..mcm mana nak access…kluar ” Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps.”

  15. Salam. Saya dh download seperti di atas, tetapi program word, excel dan lain2 tiada. Bagaimana saya nak munculkan program tersebut dlm komputer saya ye. terima kasih

  16. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. RASANYA UNTUK TAHUN 2017 NI DAH STOP KOT UTK OFFICE 365 UTK CIKGU2…
    SBB BILA SIGN IN Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps”
    LAGI SATU KAT PAPARAN TU KELUAR “INSTALL SOFTWARE” SAHAJA, BUKAN Instaal Office 2016.

  17. salam..tuan..sy x dapat akses yg offline punya sbb ape ye..? selepas install tiada satu pun perisian office di pc..hanya di online shj yg ad..

  18. assalam, cikgu nak tanya…saya dah ikut arahan dalam gambar di atas dan berjaya daftar. malangnya tidak ada keluar button install office seperti dalam gambar tu…so apa perlu saya buat? sebab sekarang saya hanya boleh guna online sahaja…terima kasih banyak cikgu…

  19. Untuk makluman semua, jika daftar guna frog vle peribadi, anda hanya boleh gunakannya secara online sahaja. Jika sekolah anda punya domain sendiri seperti , admin sekolah perlu daftarkan dengan microsoft, barulah anda boleh daftarkan akaun yang akan keluar butang download office. Jadi maklumat yang diberi oleh laman ni dan juga btp tidak tepat. Kebanyakan sekolah tak ada domain, jadi tak dapat nak buat. Jika masih berminat anda boleh create domain untuk setahun rm50+ (domain utk website). Semoga terjawab segala persoalan.

  20. Assalamualaikum Cikgu, saya punya masalah pula berbeza sedikit? pada mula nya saya beli Microsoft Office semasa saya membeli lapotop dan sy dapat yang original punya Microsoft office selepas setahun Microsoft saya tak dapat digunakan balik? kenapa jadi macam ni cikgu? sekadar bertanya. maaf.

  21. Adakah pakej ini masih berkuatkuasa? Saya telah cuba mendaftar dengan emel yes.my saya tetapi belum terima emel pengesahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.