Salin Data Daripada CD/DVD Bercalar atau Rosak

2
812
cara salin data dari dvd bercalar

“CD yang Cikgu beri semalam rosak. Saya tak dapat nak salin bahan dari cd tersebut”. Situasi begini mungkin pernah terjadi kepada diri anda? Sebelum kemuculan pendrive atau thumbdrive, proses pemindahan data banyak dilakukan dengan cd atau dvd.

 

cara salin data dari dvd bercalar

 

Walau bagaimanapun, kaedah perkongsian data dan maklumat dengan cd dan dvd masih lagi digunakan. Kerosakan pada cd atau dvd ini sering berlaku akibat daripada cara penyimpanan cakera liut ini. Namun usah risau, kerana terdapat beberapa perisian di internet yang dapat membantu menyelamatkan data dan maklumat di dalam cakera liut tersebut.

 

Roadkil’s Unstoppable Copier

 

Perisian ini boleh digunakan pada laptop atau dekstop yang menjalankan sistem operasi Windows sahaja. Ringan dan mudah untuk digunakan bagi menjalankan proses salinan data daripada cd atau dvd yang tidak dapat dibaca sepenuhnya.

 

roadkils

 

Paparan yang ditampilkan pada perisian ini memudahkan pengguna untuk membuat pilihan lokasi salinan cakera liut dimasukkan (drive d/e/f/ bergantung kepada laptop/komputer) dan lokasi simpanan salinan. Penerangan jelas pada paparan muka menunjukkan jumlah data yang berjaya disalin dan jumlah masa yang diperlukan.

 

Anda boleh memuat turun perisian ini di sini : MUAT TURUN

 

Copy Cat

 

Lebih ringkas berbanding Roadkil’s, perisian Copy Cat akan cuba untuk menyalin data, bit demi bit. Salinan yang lebih kecil ini dapat memaksa perisian ini untuk membaca hampir keseluruan data samada pada ruangan yang mengalami kerosakan.

 

salin maklumat daripada dvd atau cd rosak

 

Terdapat beberapa pilihan untuk pengguna membuat langkauan salinan data bersaiz lebih dari 1 bit, namun tidak digalakkan kerana berkemungkinan terdapat data kecil yang dapat membantu mengembalikan data dari cd atau dvd itu.

 

Muat turun perisian Copy Cat di sini : MUAT TURUN

 

CD Recovery Toolbox

 

Perisian percuma ini mempunyai paparan yang lebih menarik. Menjalinkan kerjasama dengan Microsoft, ianya merupakan perisian yang sesuai untuk hampir semua sistem operasi Windows. Saiz perisian ini hanya 2.35 MB sahaja, ianya ringan dan senang untuk dipasang.

 

cd-recovery-toolbox

 

Apa yang menarik tentang perisian ini, kita dapat memilih data yang hendak disalin daripada dvd atau cd tersebut. Kelajuan salinan pula bergantung kepada saiz data yang hendak disalin.

 

Muat turun perisian CD Recovery Toolbox di sini : MUAT TURUN

 

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membantu anda menyimpan data-data daripada cd dan dvd yang bercalar atau rosak ke dalam simpanan lain.

 

Kredit gambar : PhotoAtelier , Arkib CikguIK

 

 

2 COMMENTS

  1. Pkongsian yg baik. Terima kasih. Cuma nk cadangkn utk pmbetulan agar tidak mengelirukn. Cakera liut = disket, cakera optik = cd / dvd / blueray

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.