Lihat Kata Laluan Laman Web di Google

2
961
Lihat Kata Laluan

Setiap kali hendak mengakses satu-satu laman sesawang, sudah pasti kita akan diminta untuk mendaftar masuk dan menggunakan kata laluan yang dipilih. Ini tidak menjadi masalah sekiranya terdapat hanya satu laman sesawang sahaja yang memerlukan log masuk sebegini. Namun sekiranya lebih daripada tiga, mungkin kita akan terlupa apa kata laluannya.

 

Lihat Kata Laluan

 

Jika anda pengguna pelayar Chrome, setiap kali anda membuat daftar masuk pada satu-satu laman sesawang, satu tetingkap akan muncul bertanya samada hendak menyimpan kata laluan tersebut atau tidak. Kebiasannya, jika di komputer peribadi, saya akan menekan butang Save. 

 

Google akan menyimpan kata laluan tersebut dan secara automatik mengisi ruang kata laluan tersebut pada sesi lain kita melayari laman web itu. Ini memudahkan urusan log masuk. Namun begitu, ia membuatkan pengguna mudah lupa akan kata laluan yang disimpan kerana telalu bergantung kepada kemudahan ini.

 

Lihat Kata Laluan Laman Web di Google

 

Untuk melihat semua kata laluan yang disimpan, anda hanya perlu ke laman http://passwords.google.com. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan akaun gmail anda.

 

Lihat Kata Laluan Laman Web di Google

 

Seterusnya semua senarai laman sesawang yang telah anda layari dan bersetuju untuk menyimpan maklumat kata laluan akan muncul.

 

Lihat Kata Laluan Laman Web di Google

 

Dinasihatkan, sekiranya anda tidak mahu menyimpan maklumat kata laluan tersebut, hanya perlu menekan butang pangkah pada setiap baris laman sesawang yang dipaparkan.

 

Cipta Kata Laluan Yang Selamat

 

Kata laluan yang selamat kebiasaannya mempunyai gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Namun begitu, sekiranya anda ingin kaedah yang lebih cepat bagi mencipta kata laluan yang selmat, laman ini pasti dapat membantu.

 

Laman : https://strongpasswordgenerator.com/

 

Generator

 

Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada butang Generate Password dan satu kata laluan yang kuat akan muncul. Ia merangkumi simbol, huruf besar, huruf kecil dan nombor. Setelah menggunakan kata laluan ini, pastikan ianya disimpan dengan rapi. Saya ada kongsikan Google Chrome Extension untuk menyimpan kata laluan di sini : 5 Google Chrome Extension Untuk Guru

 

Moga perkongsian saya pada kali ini membantu dan mudahkan kerja-kerja harian anda. Selamat bereksplorasi.

 

Kredit Gambar : Arkib CikguIK, darwin Bell,

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.