Fomat PDF banyak digunakan dalam setiap dokumen yang diterima kerana ianya merupakan format yang selamat dan dapat dibaca pada kebanyakan komputer. Ini termasuk komputer tablet, komputer riba dan komputer meja kerana setiap komputer ini sudah dipasang dengan perisian pembaca PDF.
Antara contoh pembaca PDF yang digermari ramai adalah Adobe Acrobat PDF Reader, Foxit Reader dan Sumatra PDF. Namun antara ketiga-ketiga pilihan ini, saya menggunakan Sumatra PDF kerana paling ringan dan cepat. Di samping ia akan menanda muka surat yang kita baca dan membuka ia kembali di tempat yang ditanda tersebut.
Tukar Format PDF kepada Format Lain
Kebiasaannya, kita sebagai guru banyak menukar format PDF kepad format lain (PDF to WORD, PDF to Power Point dll.) adalah ketika hendak menyiapkan kertas-kertas soalan peperiksaan, menyediakan kertas kerja, borang-borang dan lain-lain. [sociallocker id=1421]

Hal ini berlaku kerana kebanyakan soalan dan dokumen yang diperolehi serta dimuat turun dari internet banyak menggunakan format ini.
PDF kepada Word
Sudah diketahui umum, .doc dan .docx merupakan pengenalan file name extension kepada dokumen berformat Word. Manakala PDF pula mengguna pakai file name extension .pdf. Jadi untuk memastikan penukar format PDF kepada Word itu berjaya, hanya perlu lihat file name extension berubah setalah memlalui proses transformasi ini.

Di sini saya menggunakan aplikasi atas talian untuk tujuan menukar PDF kepada WORD (PDF to WORD). Mudah, ringan dan tidak perlu memuat turun sebarang perisian untuk dipasang ke dalam komputer.
SmallPDF.com

Laman ini dapat memberi manfaat kepada semua warga pendidik yang kerap membuat penukaran format dokumen. Lebih-lebih lagi PDF.
3 Langkah Mudah Menukar Format PDF Kepada WORD
1. Klik pada url ini dan pilih penetapan format yang hendak diubah. Contohnya PDF kepada Word.

2. Muat naik dokumen atau pilih dari Drop Box dan Google Drive.

3. Muat turun dokumen yang sudah berjaya diubah format.

[/sociallocker]
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan kemudahan kepada tugas dan kerja pejabat anda.
Kredit gambar : Smallpdf.com, Arkib CikguIK.com,

