Pile of confiscated mobile phones and electronic devices in plastic bags. Police investigation.

Komputer riba dan peranti digital lain banyak memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih sebagai warga pendidik yang banyak menggunakan ia dalam melancarkan tugsa-tugas seharian.

 

Sedikit terganggu sekiranya komputer riba atau telefon pintar yang selalu menjadi teman kerja, hilang. Mungkin dicuri atau tertinggal di suatu lokasi yang kita sendiri lupa.

Advertisement

 

Pile of confiscated mobile phones and electronic devices in plastic bags. Police investigation.

 

Oleh itu, sangat bagus kiranya ada satu perisian yang dipasang bagi mengesan dan melindungai semua maklumat di dalamnya. Lebih-lebih lagi malumat yang sulit seperti salinan kad penganalan, penyata gaji dan lain-lain dokumen yang ada di simpan di dalam komputer riba mahupun telefon pintar.

 

Kesan dan Jejak Telefon Pintar

 

Terdapat beberapa cara untuk mengesan dan jejak telefon pintar yang anda hilang. Antara yang paling mudah digunakan dan percuma adalah dengan menggunakan kemudahan Andoird Device Manager. Apa yang perlu anda lakukan ialah melayari laman ini :

 

Laman : https://www.google.com/android/devicemanager

 

Android Device Manager locating lost phone LT28h in Bidor, Perak, Malaysia. Options to ring, lock, or erase device shown.

 

Android Device Manager dapat membantu jejak dan kesan telefon pintar anda. Namun begitu, ianya adalah khusus untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android sahaja. Sebaik sahaja anda mengakses laman tersebut, terdapat beberapa pilihan untuk anda gunakan. Ring, untuk anda membunyikan telefon pintar anda, Lock untuk mengunci dan membuat set semula kata laluan dan Erase untuk memadamkan semua maklumat anda.

 

Bagi pengguna Apple pula,  iCloud ada menyediakan kemudahan ini. Tidak terhad kepada iPhone sahaja, ianya boleh digunakan untuk semua peranti Apple yang didaftarkan dibawah akaun iCloud anda.

 

Laman : http://www.apple.com/icloud/

 

Find My iPhone app showing lost iPhone location on map. Lost Mode activated.

 

Anda akan dibawa ke lama utama iCloud dan buat pilihan ke menu Find My iPhone. Terdapat juga aplikasi ini di dalam Apple Store dan ianya adalah percuma.

 

Kesan dan Jejak Komputer Riba

 

Bagaimana pula dengan komputer riba? Jika komputer riba yang tidak menggunakan sistem operasi Apple mahupun Chrome OS, adakah ianya masih boleh dijejak dan dikesan sekiranya hilang? Ya, ianya masih lagi boleh dijejak dan dikesan.

 

Satu perisian yang percuma (untuk 3 peranti sahaja) diberi nama preyproject. Ianya bukan sahaja dapat mengesan dan menjejak komputer riba, malah ianya dapat juga mengesan peranti lain yang bersandarkan sistem operasi Linux, Android, Apple dan Windows.

 

Laman :  https://preyproject.com/

 

Prey software homepage: "We've Got Your Back," protecting laptops and phones from theft.

 

Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat daftar masuk dan muat turun perisian mereka berdasarkan sistem operasi yang ingin anda jejak dan kesan. Contohnya, pada komputer riba Windows 10, muat turun pada menu Windows.

 

Prey app interface showing options to add new devices for iOS, Android, MacOS, Windows, and Linux.

 

Selepas itu, buat pemasangan perisian di peranti anda dan log masuk. Sekiranya berlaku kehilangan, anda hanya perlu log ini di dalam preyproject.com dan peranti anda akan muncul.

 

Laptop location map showing Kuala Lumpur, Malaysia. Prey app interface displays device status and actions.

 

Selamatkan peranti anda dengan perkongsian saya pada kali ini. Tingkatkan keselamatan komputer riba dan telefon pintar dengan langkah-langkah ini.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, West Midlands Police

Advertisement