5 Google Chrome Extension Yang Perlu Guru Guna

18
1760

Kita sering menggunakan pelayar Gooogle Chrome untuk melayari internet dan menyemak email dan membuka laman sosial seperti Facebook dan Google+. Namun begitu, tidak ramai yang menggunakan Extensions yang sedia ada dan percuma ini untuk membantu memudahkan urusan kita melayari internet.

 

chrome-extension

 

Bagi yang belum memuat turun Google Chrome, anda boleh memuat turunnya di sini.

Url Muat Turun : https://www.google.com/chrome/browser/desktop/

 

Apa Itu Chrome Extension?

 

Chrome Extension adalah satu perisian atau sambungan yang dipasang kepada pelayar Chrome. Chrome Extension ini mempunyai tugasan tersendiri mengikut tetapannya tersendiri. Pendek kata ianya seperti perisian lain di dalam sistem operasi kita. Cuma ini khas untuk pelayar Chrome sahaja.

 

 

Terlalu banyak Chrome Extension yang berada di dalam Chrome Store jika hendak dipilih dan dicuba. Di sini saya kongsikan lima yang sering saya gunakan dan banyak membantu saya ketika melayari internet dengan Chrome.

 

Readability

 

Extension ini berfungsi untuk membantu pengguna Chrome membaca sesebuat laman sesawang dengan lebih baik. Ianya akan membuang elemen-elemen yang dirasakan mengganggu pembaca untuk membaca artikel yang ada pada muka laman tersebut.

 

 

 

Pembaca hanya perlu klik ikon kerusi pada penjuru kanan pelayar Chrome anda, dan muka surat pada laman yang sedang dibaca akan bertukar kepada mod yang lebih selesa untuk dibaca.

Klik sini untuk memasang Readabality. : Muat Turun SINI

 

Turn Off the Lights

 

Selalunya apabila kita hendak mengajar dan membuka video di laman Youtube akan ada gangguan seperti cadangan video-video lain di sebelah kanan video yang telah dicari. Extension Turn Off the Lights ini memboleh anda untuk menggelapkan semua kawasan di pelayar Chrome anda kecuali video sahaja.

 

 

Hanya memerlukan satu langkah mudah sahaja. Klik pada logo mentol pada penghujung alamat url laman tersebut. Tiada sudah gangguan kepada pelajar yang hendak diajar dan merka boleh fokus kepada video tersebut sahaja.

 

Klik sini untuk memasang Turn Off the Lights. : Muat Turun SINI

 

LastPass: Free Password Manager

 

Seringkali kita lupa apa kata laluan untuk setiap laman ‘E’ yang perlu kita kemaskini dan layari. E-operasi, e-mail, dan pelbagai E lagi. Namun begitu, extension ini banyak membantu saya dalam mengingati dan log masuk ke dalam laman tersebut.

 

 

 

Klik sini untuk memasang LastPass Free Password Manager. : Muat Turun SINI

 

Read and Write

 

Extension ini sangat berguna untuk mereka yang inginkan pembantu segera dalam Bahasa Inggeris. Read and Write dapat membantu membacakan apa jua perkataan Bahasa Inggeris di mana-mana laman sesawang. Hanya pilih dan klik pada butang play. Rujuk video di bawah.

 

 

Read and Write ada menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma seumur hidup untuk para guru. Bagi mereka yang hendak mendaftar dan mengetahui lebih lanjut klik sini :http://rw.texthelp.com/drive/Home/RegisterTeacher

 

Klik sini untuk memasang Read and Write. : Muat Turun SINI

 

Awesome Screenshot

 

Extension terakhir yang kerap saya gunakan untuk membuat artikel-artikel di blog CikguIK.com ini adalah Awesome Screenshot ini. Ianya membantu saya untuk merakam gambar statik dan menyimpan ia terus ke dalam komputer.

 

 

Apa yang menarik lagi, extension Awesome Screenshot ini dapat merakam gambar sebahagian atau keseluruhan laman sesawang yang hendak kita rakam.

 

Klik sini untuk memasang Awesome Screenshot. : Muat Turun SINI

 

Jika anda ada sebarang Chrome Extension lain yang anda gunakan, jangan lupa untuk komen di bawah. Boleh dikongsikan dengan pembaca lain. Selamat ber’Chrome Extension’.

 

Kredit Gambar : Arkib CikguIK, Stephen Shankland,

18 COMMENTS

  1. Assalammualaikum cg…terima kasih bebanyak diatas perkongsian yg amat berguna..hanya Allah yg dpt membalasNya…moga cg dimurahkn rezeki selalu..amiinn…

  2. Assalamualaikum..Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana cikgu sudi berkongsi ilmu untuk dimanfaatkan bersama. Susah hendak mencari orang yang sudi berkongsi bahan secara percuma di zaman sekarang ini.maklumlah semuanya kena bayar. Semoga kita dapat menggunakan ilmu yang dikongsi ini untuk anak sendiri mahupun anak didik kita.Ke dua saya cadangkan cikgu masukkan nota untuk MS office word, power point dan lain-lain lagi supaya ramai lagi boleh belajar secara kendiri..terima kasih.

  3. Terima kasih ckgu atas perkongsian ilmu. Byk ilmu yg saya dapat dr blog ckgu. Sangat bermanfaat dan dapat membantu memudahkan kerja pengkeranian mahupun utk pdp. Terima kasih cikgu…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.