Koleksi Laman Bahan Bantu Mengajar Bahasa Inggeris

9
1848

Tidak saya nafikan, mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris agak mencabar jika pelajar yang diajar itu tidak mempunyai asas dalam bahasa asing ini. Berbeza bagi pelajar yang terdedah dengan gajet pintar dan berada dilokasi Urban, Bahasa Inggeris ini mungkin sudah sebati dengan mereka.

 

laman-bahan-bantu-mengajar-bahasa-inggeris-english-

 

Kali ini saya akan kongsikan beberapa laman sesawang yang mungkin bermanfaat untuk para pendidik terutamanya pengajar Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah. Laman sesawang yang disenaraikan ini, banyak mempunyai bahan bantu mengajar yang boleh dicetak dan digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris kelak.

 

ESL-KIDS.com

 

Kad imbas, sering digunakan untuk pelajar-pelajar cilik yang baru mahu mengenal Bahasa Inggeris. Penggunaan kad imbas ini dapat membantu mengaitkan bunyi dan huruf kepada mereka. Esl-kids.com ada menyediakan kemudahan untuk memuat turun pelbagai jenis Kad Imbas.

 

laman-bahan-bantu-mengajar-eslkidsdotcom

 

Esl-kids.com telah memudahkan pengguna laman web mereka dengan cara mengkategorikan kad  imbasan tersebut. Selain kad imbas, terdapat juga beberapa idea lain yang dikongsikan di dalam laman web tersebut seperti idea permainan Bahasa Inggeris di dalam kelas dan lain-lain lagi.

 

Eslprintables.com

 

Berbeza dengan laman web sebelum ini, Eslprintables.com menyediakan ruang untuk muat turun lembaran kerja, serta power point yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas. Apa yang perlu dilakukan ialah menaip kata kunci (keywords) yang bersesuaian.

 

laman-bahan-bantu-mengajar-eslprintablesdotcom

 

Apa yang anda perlu, hanya mendaftar dan kemudian memuat turun. Terdapat forum disediakan bagi membolehkan para pendidik berkolaborasi dalam perbincangan. Lebih menarik lagi, laman ini menggunakan sistem mata (point). Lebih banyak anda menyumbang, lebih banyak mata dikumpul.

 

Eslgamesworld.com

 

Penggunaan komputer di dalam pengajaran secara dua hala sangat memberi impak jika digunakan dengan baik dan terkawal. Laman Eslgamesworld.com menyediakan ratusan permainan samada secara atas talian dan dalam bentuk Power Point untuk digunakan secara offline.

 

laman-bahan-bantu-mengajar-eslgamesdotcom

 

Semua yang disediakan di dalam laman ini adalah percuma. Hanya perlu cari dan membuat sedikit eksplorasi pada laman ini.

 

E-learningforkids.org

 

Laman ini menyediakan pelbagai permainan interaktif. Kesemua permainan Bahasa Inggeris di sini memerlukan capaian internet untuk digunakan. Namun begitu, ianya adalah percuma dan dibangunkan oleh sebuah organisasi yang tidak mementingkan keuntungan.

 

 

Namun begitu, pihak e-learningforkids juga memberi peluang kepada pihak sekolah untuk memuat turun dan memasang di komputer sekolah bagi tujuan pengajaran. Hanya perlu mengisi borang dan menghantar kembali kepada mereka. Klik SINI untuk memohon perisian mereka secara percuma.

 

Semoga apa yang saya kongsikan di sini dapat membantu para pendidik mengajar Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Komen jika ada laman sesawang lain yang boleh digunakan oleh para pendidik lain.

 

Kredit gambar : Daniel Quilter, Arkib CikguIK

Join My WhatsApp Channel

9 COMMENTS

  1. Alhamdulillah..jazakallah bilkhoir…banyak info yang menarik yang boleh diaplikasikan dalm kelas. Moga Allah permudahkan segala urusan Tuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.