“Google Cardboard? Apa tu?” tanya rakan saya apabila sembang-sembang santai pada waktu rehat. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah pun sedia maklum tentang Google Cardboard dan mungkin ada juga yang belum.
Di sini saya ingin kongsikan satu lagi inovasi yang dibangunkan oleh Google dan dapat kita gunakan sebagai guru di dalam kelas.
Google Cardboard Membantu Di Dalam Kelas
Dalam suatu artikel yang lalu, ada dikongsikan cara untuk Lawat Muzium Secara Maya. Namun di sini, ianya lebih menarik dan meransang minat para pelajar dengan berbantukan Google Cardboard.
Google Cardboard merupakan satu platform realiti maya (virtual reality) yang dibangunkan oleh Google untuk digunakan bersama-sama dengan ‘cardboard mount’ untuk telefon pintar. Lihat video di bawah untuk lebih memahami.
Dengan berbantukan Google Cardboard ini, pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Banyak perkara akan dapat didedahkan tetapi yang penting mestilah dalam keadaaan terkawal, berilmiah dan beretika murni.
Bina Google Cardboard Sendiri
Google telah menyediakan langkah demi langkah untuk membina Google Cardboard sendiri. Di sini saya kongsikan capaian alamat untuk memuat turun langkah demi langkah tersebut.
Klik sini : Cara Membuat Google Cardboard
Banyak hasil yang menarik telah dihasilkan. Namun, terdapat juga alternatif lain untuk memudahkan para guru menyedikan ‘kadbod’ ini. Pembelian boleh dibuat secara atas talian daripada kedai-kedai maya. Klik sini untuk lihat senarai kedai ‘online’ yang ada menjual Google Cardboard ini. Klik SINI.
Selepas anda mempunyai Google Cardboard, anda boleh mula menggunakannya. Lihat video di bawah.
Aplikasi Google Cardboard Untuk Pendidikan
Aplikasi yang saya kongsikan ini tidaklah dibangunkan khas untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun, kretiviti pendidik dapat mengintegrasikan ia supaya sesuai dengan topik-topik yang diajar dan mengaitkan ia dengan objektif pembelajaran.
#Cardboard
Aplikasi ini memainkan peranan besar dalam membolehkan anda untuk mencuba keunikan Google Cardboard itu sendiri. Digalakkan untuk mencuba aplikasi ini dahulu sebelum aplikasi lain.
Klik sini untuk muat turun di peranti andoird : MUAT TURUN
#Sea Word VR
Aplikasi ini memberikan pendedahan bagaimana kehidupan di dalam lautan. Pelajar dapat melihat secara VR dengan adanya Google Cardboard.
Klik sini untuk muat turun di peranti Android : MUAT TURUN
Lebih banyak lagi pilihan yang boleh anda gunakan untuk diintegrasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran bersama Google Cardboard ini. Lihat katalog aplikasi untuk Google Cardboard di SINI dan muat turun untuk dicuba bersama Google Cardboard anda.
Melawat Dunia Luar Dengan Youtube 360
Google Cardboard juga dapat mengakses video 360 darjah. Ini bermakna anda dapat membawa pelajar meneroka dunia luar seperti mereka berada di sana. Caranya, buka aplikasi Google Cardboard dan pasangkan ia. Kemudian buka aplikasi Youtube pada telefon pintar anda. Buat carian 360 pada Youtube dan pilih mana-mana video.
Berikut merupakan arahan daripada Youtube (versi English) :
Watch 360 degree videos in Cardboard
Google Cardboard lets you experience virtual reality in a simple and fun way. With Cardboard and the YouTube Android app, you can even watch 360 degree videos for an immersive experience.
- Get Google Cardboard and assemble it
- Open the YouTube app
- Go to the 360Video house channel by searching for “#360Video” and visiting the channel. You’ll know it’s the right one if it has this avatar:
- Pick a video on the channel, and start playback
- Tap the cardboard icon . You’ll notice that the screen splits into two smaller screens
- Insert your phone into Cardboard
- Look around to view the video in 360 degrees
Semoga perkongsian ringkas saya ini dapat memberikan idea baru kepada anda untuk digabungjalinkan pendidikan dengan teknologi terkini. Selamat mencuba.
Kredit gambar : Google Cardboard, Arkib CikguIK.com,