4 Aplikasi Telefon Pintar Yang Membantu Kerja Guru

36
3480

Menjadi guru zaman sekarang memang sangat mencabar. Kerja-kerja pengkeranian juga sudah menjadi lumrah sebahagian daripada tugas hakiki seorang pendidik. Disulam dengan tugasan-tugasan luar, ia menjadikan tugas seorang bergelar guru itu adalah SUPER.

 

Aplikasi Telefon Pintar Yang Membantu Kerja Guru

 

Bagi membantu para guru meringankan sedikit tugasan mereka, terdapat beberapa aplikasi telefon pintar yang dapat menjadikan guru lebih produktif dan cekap dalam pekerjaan mereka.

 

Wunderlist

 

Bekerja dalam satu organisasi memang akan melibatkan banyak tugas dan aktiviti. Kadangkala bila berjumpa dengan insan A, “Eh, awak! Dah siap tak tugasan tempoh hari?” Bila berjumpa dengan insan B, “Maaf ya. Sekadar peringatan mesra. Kertas kerja untuk program akan datang belum dihantar lagi.”

 

 

Apabila aktiviti dan tugasan tidak diatur dengan baik dan disimpan di satu lokasi maka kita tidak dapat menyiapkannya dengan baik. Aplikasi Wunderlist ini bertujuan untuk memudahkan para guru menyenaraikan tugasa mereka dan tandakan tugasan yang telah siap diselesaikan.

 

Muat Turun Di Sini.

Play store : Wunderlist Android

Apple Store : Wunderlist Apple

Harga Muat Turun : Percuma

 

Handy Scanner

 

Sepanjang saya menggunakan aplikasi ini, memang ianya sangat membantu dalam menyalin dokumen-dokumen. Apa yang aplikasi ini lakukan? Ianya telah dibina khas untuk menyalin dokumen melalui kamera telefon pintar anda.

 

 

Lebih menarik lagi, aplikasi Handay Scanner ini memudahkan dokumen yang ditangkap melalui kamera itu dikecilkan pada ruang lingkup yang diperlukan sahaja (crop).  Kemudian, pilih tetapan warna pada dokumen tersebut. Setelah selesai, ianya akan disimpan dalam bentuk PDF dan boleh dikongsi melalui Telegram atau e-mail.

 

Muat Turun Di Sini.

Play store : Handy Scanner Android

Apple Store : Handy Scanner Apple

Harga Muat Turun : Percuma (terhad kepada 3 fail sahaja)

 

Evernote

 

Evernote merupakan satu aplikasi yang menggabungkan perakan suara, rakaman gambar statik dan aplikasi menulis nota. Ianya sangat berguna untuk dibawa ketika mesyuarat berlangsung. Aplikasi Evernote ini membolehkan anda untuk membuat nota dengan cara yang disebut tadi.

 

 

Kemudian ia akan disimpan di dalam satu tempat yang sama. Hanya perlu buka kembali nota yang telah ditulis, dan semua maklumat seperti gambar dan suara yang dirakam ada di sana.

 

Muat Turun Di Sini.

Play store : Evernote Android

Apple Store : Evernote Apple

Harga Muat Turun : Percuma

 

Class Timetable

 

Sebagai seorang guru, memang tidak dinafikan tugas di luar kelas juga menjadi sebahagian daripada tugasan rasminya. Tugasan seperti menghias dewan untuk majlis, kemas kini stor sukan dan pelbagai lagi tugasan lain sudah menjadi lumrah tugasan seorang guru. Ada kalanya sehingga terlupa dan terlewat masuk ke kelas untuk mengajar.

 

aplikasi telefon pintar untuk cikgu

 

Aplikasi Class Timetable ini  dapat memberi peringatan kepada penggunanya kelas yang bakal mereka ajar pada hari tersebut. Sedikit tetapan seperti memasukkan jadual mengajar harian ke dalam aplikasi ini dapat memberi notifikasi kepada guru berkenaan kelas dan sujek yang akan diajar mereka pada hari tersebut.

 

Muat Turun Di Sini.

Play store : Class Timetable Android

Apple Store : Class Timetable Apple

Bayaran : Percuma

 

Semoga apa yang saya kongsikan ini membantu kerjaya anda sebagai seorang pendidik. Jadi, jangan tunggu lagi. Muat turun dan gunakan aplikasi mudah ini.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, SamsungTomorrow,

Join My WhatsApp Channel

36 COMMENTS

  1. Alhamdulillah bertemu satu perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat kpd guru2. Insya Allah akan kongsi info dgn rakan guru yg lain. Tkasih.

  2. Terima kasih atas perkongsian yang amat memberi manfaat kepada semua warga pendidik.Semoga Allah permudahkan segala urusan cikgu..

  3. Terima kasih atas perkongsian yang amat memberi manfaat kepada semua warga pendidik.
    saya berminat dengan class time table.
    selalu terlupa jadual kelas.
    sangat membantu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.