Himpunan Bahan dan Idea Sambutan Kemerdekaan Di Sekolah

27
3238

Setiap tahun, warga pendidik akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah dan di institusi pendidikan. Banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menyemai dan memupuk semangat sayangkan negara dan menghargai kemerdekaan negara. Lebih-lebih lagi kepada pewaris pemimpin negara.

 

Himpunan Bahan dan Idea Sambutan Kemerdekaan Di Sekolah

 

Di sini saya kongsikan beberapa buah fikiran dan bahan-bahan yang boleh dijadikan panduan dan digunakan di sekolah atau institusi pendidikan anda.

 

Video Berkaitan Kemerdekaan Malaysia

 

Sudah menjadi satu kewajipan untuk memaparan video berkisarkan sejarah kemerdekaan Malaysia. Banyak pengajaran dan cerita yang boleh disampaikan di dalam satu video. Salah satu contoh video yang boleh diperolehi dari Youtube adalah seperti Rising Sun Over Malaya.

 

 

Tidak asing lagi, jika sebut sahaja sejarah Kemerdekaan Malaysia, pasti akan ada cerita berkaitan tentera Jepun menakluk Malaya.

 

Muat Turun Video Di Sini : Muat Turun Video Rising Sun Over Malaya

 

Selain daripada itu lagu rasmi bagi Hari Kebangsaan pada tahun ini juga ada disediakan dalam format video dan boleh dimuat turun.

 

 

 

Muat Turun Video Di Sini : Lagu Tema Hari Kebangsaan 2016

 

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Merdeka

 

Bagi aktiviti untuk kanak-kanak pula, pertandingan mewarna boleh dilaksanakan. Ini dapat mencungkil kreativiti dan menambah pengetahuan baru berkaitan kermerkeaan negara. Di sini saya masukkan satu contoh bahan untuk digunakan bagi pertandingan mewarna kanak-kanak yang saya hasilkan sendiri.

 

mewarana-logo-kemerdekaan-58

 

Muat Turun Di Sini : Pertandingan Mewarna Logo  Kemerdekaan ke-58

 

Banting Memori Kemerdekaan

 

Tidak sah jika tidak ada hiasan seperti banting untuk mewarnai kawasan sekitar sekolah dan insitusi pendidikan anda. Saya berkesempatan untuk membuat beberapa reka bentuk banting untuk dicetak dan digunakan sebagai salah satu medium untuk menyemarakkan lagi samangat patriotik.

 

banting-design-kemerdekaan

 

Sesuai untuk dicetak pada saiz 2kaki x 6kaki dan digantung di sepanjang jalan kaki lima sekolah.

 

Muat Turun Di Sini : Reka Bentuk Banting Kemerdekaan (6.14Mb)

Lihat hasil kerja rekabentuk lain di sini : Facebook Servis Design Page

 

Nyanyian Lagu Kemerdekaan

 

Lagu-lagu bertemakan kemerdekaan dan patriotik sudah menjadi halwa telinga dan menjadi kemestian samasa pelancaran dan sambutan bulan kemerdekaan. Antara lagu-lagu yang sering dimainkan di corong-corong radio pada bulan kemerdekaan ini adalah seperti Tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang dan pelbagai lagi.

 

nyanyian-lagu-kemerdekaan

 

Saya kumpulkan sekali dan disertakan juga lirik untuk memudahkan pendengar menyayikannya bersama.

 

Muat Turun Di Sini : Koleksi Lagu Kemerdekaan dan Lirik  (13.77MB)

 

Buku Program Majlis Bulan Kemerdekaan

 

Apabila mengdakan majlis, sudah pasti akan ada buku program untuk diedarkan kepada tetamu yang hadir. Ini bagi memudahkan para tetamu yang ada di dalam majlis tersebut mengetahui tentatif majlis dan senarai tetamu-tetamu kehormat.

 

buku-program

 

Disamping itu, info-info ringkas program yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan dapat dimuatkan di dalam buku program tersebut. Untuk menggunkan buku program ini, hanya perlu gunakan perisian Microsoft Office Publisher sahaja.

 

Muat Turun Di Sini : Buku Program Majlis Bulan Kemerdekaan

 

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016

 

Biasanya juga, warga sekolah akan menceriakan sekolah dan membuat hiasan yang bertemakan bulan kebangsaan. Mungkin dengan bendera dan pelbagai lain idea kreatif yang bertemakan Hari Kebangsaan.

 

Sekiranya sekolah anda ada mengadakan ia, ambil peluang ini untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Pertandingan Keceriaan #sehatisejiwa.

 

borangpertandingan-1

 

Klik sini untuk muat turun borang pertandingan : Borang Pertandingan (Tamat)

 

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat. Kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Jika ada sebarang pertanyaan dan persoalan, mohon komen dibawah atau terus hubungi saya di SINI.

 

Kredit Gambar : Phalinn Ooi, Gloson Teh

Join My WhatsApp Channel

27 COMMENTS

  1. Terima kasih atas perkongsian Cikgu IK,saya mohon izin guna bahan-bahan daripada perkongsian ini untuk digunakan di sekolah saya ya, semoga Cikgu IK dilimpahi rezeki dan selamat maju jaya 🙂

  2. Terima kasih cikgu….bahan yang ada sangat berguna untuk saya kongsikan dengan rakan guru di sekolah saya untuk sambutan hari kemerdekaan.

  3. tq atas semua perkongsian.sgt sgt bermanfaat.
    Kalau cgu ada gimik menarik untuk penutup bulan kemerdekaan,jgn lupa untuk share kan ye….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.