Semak Kelajuan Internet Sekolah

0
1032
ramai-pengguna-internet

Anda tahu kelajuan internet di sekolah anda? Terdapat beberapa cara untuk menyemak kadar kelajuan internet samada di sekolah atau di tempat kerja anda. Cara yang paling popular adalah dengan menggunakan pekhidmatan yang telah disediakan oleh beberapa laman sesawang.

 

Speedtest.net

 

cara-semak-kelajuan-internet-sekolah

 

Laman ini membolehkan anda menguji kelajuan internet yang sedang digunakan. Jika anda pengguna 1bestari di bawah kendalian syarikat YTL (YES), anda akan dapat melihat paparan nama YTL / YES di bahagian bawah kiri.

 

Untuk memulakan hanya perlu tekan butang Begin Test. Aplikasi ini akan semak kelajuan internet yang sedang digunakan. Pada akhirnya, satu laporan akan dipaparkan. Dalam laporan ini, kelajuan muat turun dan muat naik akan terpapar.

 

cara-semak-kelajuan-internet-sekolah

 

Kelajuan Internet Perlahan. Apa Perlu Buat?

 

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah menyemak berapa ramai pengguna internet di sekolah anda. Kadangkala dalam satu-satu tempoh masa terdapat sehingga 20 pengguna menggunakan internet di sekolah anda serentak. Ini menjadikan internet itu perlahan untuk kegunaan anda.

 

ramai-pengguna-internet

 

Jika kelajuan internet yang dibekalkan hanya 1Mbps dan dikongsi sehingga 20 pengguna, maka 1Mbps dibahagi kepada 20, setiap seorang hanya mendapat 6.25 kBps sahaja. Internet yang asalnya laju, tidak dapat menampung kegunaan yang ramai dan menjadi perlahan.

 

Cara yang mudah untuk menyemak bilangan pengguna internet pada satu-satu masa adalah dengan menggunakan telefon pintar anda. Hanya muat turun aplikasi Wifi Inspector dari Playstore.

 

cara-semak-kelajuan-internet

 

Aplikasi ini akan memberitahu anda berapa jumlah pengguna yang bersambung dengan wifi sekolah anda.

 

Kerapkan Tukar Kata Laluan

 

Cara yang mudah untuk mengawal penggunaan internet di sekolah adalah dengan menukar kata laluan wifi. Ini dapat mengelakkan peranti akan terus terhubung kepada wifi dan menurnkan kadar kelajuan internet.

 

Bukan untuk tidak membenarkan para pendidik menggunakan internet, hanya tukar dan paparkan password di hadapan pejabat atau papan kenyataan umum. Boleh cuba untuk sebulan sekali atau paling kerap seminggu sekali.

 

Laporkan Kepada Penyedia Jalur Lebar Sekolah

 

Jika tiada pengguna yang ramai dan laporan kelajuan internet dari Speedtest.net menunjukkan kelajuan yang tidak sepatutnya seperti yang seharusnya dibekalkan, seeloknya buat laporan. Pastikan anda mengambil screenshot laporan kelajuan internet dari Speedtest tersebut dan sertakan ia bersama.

 

#1 Bestarinet

Pengguna 1Bestarinet boleh membuat laporan terus kepada 1Bestarinet selfcare.

Boleh layari laman web tersebut di sini : http://1bnselfcare.yes.my/

 

lapor-kelajuan-1bestari

 

Username dan password untuk log ini helpdesk ini adalah sama seperti anda log in Frog VLE. Cara yang lain adalah dengan email kepada [email protected] atau hubungi 018-7998787.

 

#2 Streamyx dan Unifi

Pengguna Streamyx dan Unifi dibawah kendalian TM, boleh gunakan platform perhubungan atas talian mereka seperti di sini : https://www.tm.com.my/OnlineHelp/ContactUs/Pages/default.aspx

 

lapor-kelajuan-stramyx

Selain itu, hanya dail 100 untuk melaporkan masalah kelajuan internet di sekolah anda dengan menggunakan talian tetap.

 

Naik Taraf Langganan Kelajuan

 

Jika anda merasakan sememangnya perlu untuk kelajuan yang lebih, maka cadangkan kepada pihak pentadbir untuk menaik taraf pakej langganan jalur lebar kepada kelajuan yang lebih tinggi.  Banyak pakej-pakej menarik yang boleh dibandingkan sebagai pilihan.

 

Best Fibre and ADSL Plans In Malaysia

 

Semoga info yang dikongsikan ini bermanfaat kepada anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan lain.

 

Kredit  Gambar : Tommy Ga-Ken Wan 溫嘉勤, Arkib CikguIK.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.