Setiap tahun, warga pendidik akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah dan di institusi pendidikan. Banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menyemai dan memupuk semangat sayangkan negara dan menghargai kemerdekaan negara. Lebih-lebih lagi kepada pewaris pemimpin negara.
Di sini saya kongsikan beberapa buah fikiran dan bahan-bahan yang boleh dijadikan panduan dan digunakan di sekolah atau institusi pendidikan anda.
Video Berkaitan Kemerdekaan Malaysia
Sudah menjadi satu kewajipan untuk memaparan video berkisarkan sejarah kemerdekaan Malaysia. Banyak pengajaran dan cerita yang boleh disampaikan di dalam satu video. Salah satu contoh video yang boleh diperolehi dari Youtube adalah seperti Rising Sun Over Malaya.
Tidak asing lagi, jika sebut sahaja sejarah Kemerdekaan Malaysia, pasti akan ada cerita berkaitan tentera Jepun menakluk Malaya.
Muat Turun Video Di Sini : Muat Turun Video Rising Sun Over Malaya
Selain daripada itu lagu rasmi bagi Hari Kebangsaan pada tahun ini juga ada disediakan dalam format video dan boleh dimuat turun.
Muat Turun Video Di Sini : Lagu Tema Hari Kebangsaan 2016
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Merdeka
Bagi aktiviti untuk kanak-kanak pula, pertandingan mewarna boleh dilaksanakan. Ini dapat mencungkil kreativiti dan menambah pengetahuan baru berkaitan kermerkeaan negara. Di sini saya masukkan satu contoh bahan untuk digunakan bagi pertandingan mewarna kanak-kanak yang saya hasilkan sendiri.
Muat Turun Di Sini : Pertandingan Mewarna Logo Kemerdekaan ke-58
Banting Memori Kemerdekaan
Tidak sah jika tidak ada hiasan seperti banting untuk mewarnai kawasan sekitar sekolah dan insitusi pendidikan anda. Saya berkesempatan untuk membuat beberapa reka bentuk banting untuk dicetak dan digunakan sebagai salah satu medium untuk menyemarakkan lagi samangat patriotik.
Sesuai untuk dicetak pada saiz 2kaki x 6kaki dan digantung di sepanjang jalan kaki lima sekolah.
Muat Turun Di Sini : Reka Bentuk Banting Kemerdekaan (6.14Mb)
Lihat hasil kerja rekabentuk lain di sini : Facebook Servis Design Page
Nyanyian Lagu Kemerdekaan
Lagu-lagu bertemakan kemerdekaan dan patriotik sudah menjadi halwa telinga dan menjadi kemestian samasa pelancaran dan sambutan bulan kemerdekaan. Antara lagu-lagu yang sering dimainkan di corong-corong radio pada bulan kemerdekaan ini adalah seperti Tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang dan pelbagai lagi.
Saya kumpulkan sekali dan disertakan juga lirik untuk memudahkan pendengar menyayikannya bersama.
Muat Turun Di Sini : Koleksi Lagu Kemerdekaan dan Lirik (13.77MB)
Buku Program Majlis Bulan Kemerdekaan
Apabila mengdakan majlis, sudah pasti akan ada buku program untuk diedarkan kepada tetamu yang hadir. Ini bagi memudahkan para tetamu yang ada di dalam majlis tersebut mengetahui tentatif majlis dan senarai tetamu-tetamu kehormat.
Disamping itu, info-info ringkas program yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan dapat dimuatkan di dalam buku program tersebut. Untuk menggunkan buku program ini, hanya perlu gunakan perisian Microsoft Office Publisher sahaja.
Muat Turun Di Sini : Buku Program Majlis Bulan Kemerdekaan
Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016
Biasanya juga, warga sekolah akan menceriakan sekolah dan membuat hiasan yang bertemakan bulan kebangsaan. Mungkin dengan bendera dan pelbagai lain idea kreatif yang bertemakan Hari Kebangsaan.
Sekiranya sekolah anda ada mengadakan ia, ambil peluang ini untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Pertandingan Keceriaan #sehatisejiwa.
Klik sini untuk muat turun borang pertandingan : Borang Pertandingan (Tamat)
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat. Kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Jika ada sebarang pertanyaan dan persoalan, mohon komen dibawah atau terus hubungi saya di SINI.
Kredit Gambar : Phalinn Ooi, Gloson Teh
Join My WhatsApp Channel
terima kasih atas perkongsian cikgu! boleh la idea sikit nk sambut merdeka peringkat universiti atau jabatan nnt.. tqsm
Terima kasih atas perkongsian Cikgu IK,saya mohon izin guna bahan-bahan daripada perkongsian ini untuk digunakan di sekolah saya ya, semoga Cikgu IK dilimpahi rezeki dan selamat maju jaya 🙂
Sama-sama Cikgu Onny. 🙂 Boleh. Gunakan aja. Sampaikan salam untuk warga guru di atas sana.
Ade contoh buku program majls persaraan guru x? Share kt sy…saufiyah_huda@yahoo.com
Buat masa ini masih belum ada. Sentiasa ikuti artikel baru di CikguIK.com ya. InsyaAllah saya akan hasilkan dan kongsikannya kelak.
Terima kasih. banyak bahan untuk program kemerdekaan sekolah.
Sama-sama. Moga perkongsian ini dapat membantu Pn Shimah.
Terima kasih cikgu…bahan yang sangat berguna…semoga Allah merahmati cikgu atas usaha murni cikgu…
Terima kasih cikgu atas perkongsian…..moga Allah memberkati usaha cikgu……
Salam tuan..ada contoh kertas kerja sambutan kemerdekaan dak..thanks tuan..
Salam Tn. Maaf, tiada dalam simpanan saya. Saya akan maklumkan sekiranya ada.
tq atas perkongsian yang bermanfaat
Terima kasih cikgu.. Banyak info dan bahan berguna.. Dan sy senang nak gunakan.. Terima kasih banyak2..
terima kasih. sgt2 berguna.
Terima kasih cikgu….bahan yang ada sangat berguna untuk saya kongsikan dengan rakan guru di sekolah saya untuk sambutan hari kemerdekaan.
tq atas semua perkongsian.sgt sgt bermanfaat.
Kalau cgu ada gimik menarik untuk penutup bulan kemerdekaan,jgn lupa untuk share kan ye….
Terima kasih cikgu. Sumbangan anda sangat berguna…
terima kasih cikgu. sesumgguhnya amat membantu melancarkan bulan kemerdekaan.
Tqvm cikgu..
Satu perkogsian yang baik…tahniah cikgu
Terima kasih. Sambutan bulan kemerdekaan pun sudah menghampiri penghujungnya. Harap dapat membantu.
Terima kasih di atas perkongsian ilmu.
Sama-sama Pn Jalila. Selepas ini sambutan untuk Raya Haji pula.
Tahniah bro. kipidap.
tqvm diatas perkongsian yg sgt membantu..jazakallah
terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat
terima kasih atas perkongsian….halalkan segalanya….moga dimurahkan rezeki selalu
Sama-sama. Moga dimurahkan rezeki juga kepada kita bersama. Amin.