Ketika zaman kecil, mengira nombor satu hingga sepuluh menjadi latihan dimulut dan jari. Teringat zaman kecil-kecil dahulu mengira menggunakan kaki. Namun apabila meningkat ke zaman sekolah menengah, kalkulator saintifik pula merupakan mainan di jari.
Apabila zaman semakin canggih, kaedah penyelesaian soalan matematik menjadi semakin mudah dan senang untuk diproses. Soalan-soalan rumit lebih mudah untuk diketahui jalan penyelesaiannya. Namun begitu, sebagai pendidik, perkara ini boleh dijadikan sebagai pencetus untuk pelajar-pelajar berminat dalam matematik.
Laman Sesawang Kira-kira Matematik
#1 Wolframalpha
Seperti yang tertera pada gambar di atas, anda hanya perlu masukkan soalan matematik yang hendak dikira. Wolframalpha akan memberikan penyelesaiannya. Langkah demi langkah anda ditunjukkan.
Namun begitu, bagi perkiraan yang rumit, operasi langkah demi langkah hanya akan ditunjukkan bagi langganan berbayar.
Klik sini untuk ke laman tersebut : http://www.wolframalpha.com/
#2 Quickmath
Laman ini merupakan alternatif kepada wolframalpha. Ianya memerlukan pengguna untuk memilih topik perkiraan yang sesuai sebelum memasukkan soalan matematik tersebut.
Namun begitu, Quickmath juga memerlukan langganan dan sejumlah bayaran bagi mendapatkan aksess untuk jawapan langkah demi langkah. Hanya soalan yang ringkas sahaja akan dipaparkan langkah demi langkah yang penuh.
Klik sini untuk ke laman tersebut : http://www.quickmath.com/
#3 Webmath
Apa yang ditawarkan kepada pengguna laman webmath adalah ianya percuma jika dibandingkan dengan dua laman yang dikongsikan di atas. Proses langkah demi langkah yang ditunjukkan tidak memerlukan sebarang bayaran.
Namun begitu, ianya hanya terhad untuk soalan-soalan bagi pelajar sehingga sekolah menengah sahaja dan mungkin juga pra-Universiti. Apa yang perlu anda lakukan ialah pilih topik yang berkenaan dan masukkan soalan.
Klik sini untuk ke laman tersebut : http://webmath.com/
Aplikasi Telefon Pintar Kira-Kira Matematik
#1 Mathway
Bagi pengguna Android dan Apple, aplikasi Mathway membolehkan anda untuk membuat perkiraan soalan matematik. Namun begitu, ianya masih memerlukan internet untuk melakukan perkiraan tersebut.
Langkah demi langkah juga ditunjukkan. Jika ingin mencuba versi mobile laman web kira-kira mereka, boleh klik di sini : https://m.mathway.com/
Muat turun aplikasi Andoird Mathway
Muat turun aplikasi Apple Mathway
#2 Photo Math
Ini merupkan antara aplikasi telefon pintar yang menjadi kegemaran saya. Hanya perlu halakan kamera telefon pintar pada soalan matematik yang kita kehendaki, dan penyelesaian langkah demi langkah akan muncul.
Aplikasi kasi ini masih dalam proses tambah baik dari masa ke masa. Jadi tidak semua soalan dapat diselesaikannya. Jadi, anda boleh mencuba dengan pelbagai soalan. Hanya perlu halakan kamera anda ketika aplikasi ini dibuka. Pastikan talian internat anda ada dan aktif.
Muat turun aplikasi Android PhotoMath
Muat turun aplikasi Apple PhotoMath
Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat memuat turun dan mencuba.
Kredit gambar : Arkib CikguIK, hercdirectors,
Join My WhatsApp Channel
terima kasih cikgu, bleh bagitaw kat adik saya ni.. 🙂
Sama-sama. Silakan. 🙂
terima kasih banyak2 atas perkongsian maklumat tersebut.
Sama-sama. MOga ianya dapat membantu. 🙂
terima kasih di atas perkongsian
Sama-sama. Moga membantu. 🙂
Terima kasih atas perkongsian tersebut
Sama-sama. Mudah untuk membantu mengira soalan-soalan matematik dan menimbulkan minat para pelajar.