Hampir setiap guru menggunakan internet untuk mencari bahan bantu mengajar. Namun adakalanya, terdapat sekatan ketika hendak membuka beberapa laman web di internet. Perkara ini menyukarkan dan memaksa untuk mencari alternatif dan sumber lain yang ada kalanya memakan masa akibat dariapda sekatan internet ini.
Mungkin ada antara kita pernah mendengar beberapa cara untuk membuang sekatan internet yang ada di tempat kerja anda dengan menggunakan proxy dan vpn. Tahukah anda apa itu proxy dan vpn? Dua perkataan ini sangat popular digunakan bagi mereka yang kerap melayan internet bagi tujuan memuat turun dan bermain permainan secara atas talian.
Apa itu Proxy?
Proxy boleh diandaikan sebagai sebuah komputer lain yang kita gunakan untuk memproses maklumat malaluinya. Data dan maklumat yang dimasukkan akan dihantar ke pelayan (server) dan diproses kemudian dihantar kembali kepada penghantar maklumat.
Proxy biasanya digunakan dengan tujuan untuk melenyapkan identiti (ip adress) penghantar maklumat atau lokasi individu yang melayari internet. Hal ini berlaku kerana ip adress asal digantikan dengan ip adress server proxy tersebut.
Terdapat beberapa penyedia khidmat proxy di internet yang boleh digunakan. Anda boleh Google di internet dengan menggunakan kata kunci proxy website. Namun begitu, antara pernah saya gunakan ialah Cocoon.
Cocoon, Proxy yang Membantu Membuang Sekatan Internet
Cocoon adalah salah satu proxy internet yang dimuatkan ke dalam extension bagi Mozilla Firefox dan Internet Explorer bagi peranti yang menjalan sistem operasi Windows. Buat masa ini, pengguna Mac dapat menggunakan Cocoon untuk Google Chrome tetapi masih dalam tempoh percubaan. Bagi peranti iPad dan iPhone, boleh terus memuat turun Cocoon di App Store.
Percubaan saya menggunakan Cocoon, ianya dapat menembusi pelbagai laman sesawang tanpa sebarang masalah. Cuma, apabila hendak membuat pendaftar dan pemasangan pada komputer, extension yang disediakan oleh mereka tidak dapat dipasang pada Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang terkini. Serta tidak sesuai untuk pengguna Windows 8.
Anda boleh mendapatkan Cocoon di sini : https://getcocoon.com/
Apa Itu VPN?
VPN atau sebutan panjangnya Virtual Private Network merupakan sebuah jaringan intranet yang dibina dengan pelbagai tujuan. Namun kebanyakan penyedia perkhidmatan VPN ini memberikan perkhidmatan mereka dengan tujuan yang lebih kurang sama seperti penyedia perkhidmatan proxy. Namun begitu, ada juga VPN yang dibuat khas untuk tujuan memuat turun di internet dan bermain permainan online.
VPN ini bergantung kepada penyedia perkhidmatannya. Ada yang berbayar dan ada yang percuma tetapi mempunyai had quota internet masing-masing. Terdapat beberapa VPN yang dilihat dapat memberikan kemudahan seperti yang dijanjikan mereka. Antaranya FinchVPN.
FinchVPN, VPN untuk Buang Sekatan Internet
Hampir sebulan menggunakan FinchVPN, pada semua peranti dan gadjet, ianya memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Walaupun hanya menggunakan akaun percuma, (quota 3Gig), hampir semua aplikasi pada telefon pintar Android dapat digunakan tanpa sebarang sekatan.
FinchVPN ini menyediakan perisian mereka sendiri untuk digunakan pada komputer / desktop, telefon pintar Android dan iPhone OS. Jadi ianya lebih mudah untuk diaksess pada semua peranti. Jika merasakan ianya berbaloi untuk digunakan secara berpanjangan, boleh melanggan secara bulanan pada mereka dengan yuran yang berpatutan.
Boleh dapatkan FinchVPN di sini : https://www.finchvpn.com/download/
Diharapkan agar kelebihan untuk membuka atau membuang sekatan internet ini digunakan untuk tujuan yang baik. Semoga perkongsian ini membantu kita menjadi pendidik yang lebih hebat dan berjaya.
Kredit gambar : ArkibCikguIK, Wesley Fryer
thanks for the info
wah, bagus info2 yang diberikan ni, semua software ni saya tak pernah guna lagi ni, macam finch vpn tu, dulu saya pakai surfeasy, boleh tahan performancenye, tapi sekarang itu pon dah kena block dah hahaha….
ckgu ik, ajar sy utk format hp sndiri. hehe..
Lepas sekatan internet