Setiap kali bermula sesi persekolahan yang baru sudah pasti setiap guru akan mendapat jadual untuk mengajar dengan jumlah waktu mengajar yang telah diputuskan oleh pihak pentadbir.
Jika kita layari secara atas talian, terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk membina jadual waktu mengajar dengan mudah. Jika dahulu, guru mungkin perlu membuat jadual waktu secara manual. Pembinaan jadual waktu perlu dibuat satu persatu dan mungkin terdapat kekerapan pengubahsuaian jadual waktu kerana ada guru yang mengajar dua kelas pada satu-satu masa.
ACS Timetable
Perisian ini merupakan perisian kegemaran para Guru Jadual Waktu yang ingin membuat jadual waktu sekolah. Namun begitu, perisian ini adalah berbayar bagi kegunaan sesebuah sekolah.
Apa yang menariknya tentang ASC Timetable ini, paparan antaramukanya yang ringkas dan mudah sangat membantu penggunanya menjana jadual dengan mudah.
Terdapat beberapa ciri menarik yang ditawarkan oleh ASC Timetable, antaranya pilihan kelas bergabung, pilihan untuk kekangan guru dan pelbagai lagi.
Harga : unknow
Trial Download : Ada
Laman Web : www.asctimetables.com
Sistem Penjadualan Sekolah, SPJS
Sistem ini dibangunkan oleh sebuah syarikat Malaysia. Produk buatan Malaysia ini mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh kerana ianya adalah buatan Malaysia, lebih mudah untuk pengguna berhubung terus bagi mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada pembekal sistem penjadualan sekolah ini.
Harga : RM400 hingga RM750
Trial Download : Ada
Laman Web : www.myedusoft.com
Winjaws
Sebuah perisian yang dibangunkan juga oleh sebuah syarikat anak tempatan, Winjaws tidak asing lagi dengan kebanyakan guru jadual waktu di sekolah.
Harga : unknow
Trial Download : Ada
Laman Web : www.dmhtechnology.com
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda. Muat turun perisian yang telah dikongsikan dengan melayari laman web mereka. Semoga dapat membantu anda mewujudkan jadual waktu yang lebih teratur dan efisyen.
Kredit gambar : breity, arkib CikguIK,
Join My WhatsApp Channel
assalamualaikum cikgu..1 lg perisian jadual waktu ciptaan anak tempatan…harga lebih murah, nampak mudah dan hanya menggunakan perisian excel..boleh cuba (sy pun x cuba lg..)rujuk sini http://www.ringgitbuilder.com/jws.php