Zaman moden dan era internet kini memainkan peranan besar kepada warga pendidik. Segala kerja hampir semua memerlukan talian internet. Pengunaan internet kadangkala memudahkan dan begitu juga sebaliknya.
Di sini ingin saya kongsikan 5 teknik berkesan carian di Google yang bakal membantu para guru mendapatkan hasil yang dikehendaki.
#1 Penggunaan Kata Kunci Filetype:xxxx
Pengunaan kata kunci filetype:xxxx dapat membantu para guru mendapatkan dokumen yang ingin dicapai di dalam internet dengan lebih spesifik dan mudah.
Sebagai contoh, anda ingin mencari kertas kerja tetapi mahu kertas kerja itu di dalam bentuk document yang boleh diedit. Maka, anda harus manaip filetype:doc kertas kerja di enjin carian Google.
Hasil carian, semua dokumen berformat doc (Word) yang mempunyai kata kunci kertas kerja akan keluar.
Terdapat beberapa kata kunci lain yang boleh anda gunapakai untuk mendapatkan carian yang bertepatan dengan kehendak anda.
Di bawah ini saya senaraikan katakunci filetype:xxxx yang boleh anda gunakan semasa membuat carian di Google beserta kegunaannya.
Filetype:doc xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Word
Filetype:pdf xxxxx – carian dokumen berformat Adobe Acrobat ( PDF )
Filetype:xls xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Excel
Filetype:ppt xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Power Point
*gantikan xxxxx dengan kata kunci carian anda.
#2 Pencarian Di Dalam Laman Sesawang Tertentu
Kadangkala kita sudah tahu laman sesawang apa yang hendak kita buka dan cari maklumat. Sebagai CikguIK.com. Terdapat kemudahan yang disediakan oleh Google untuk mencari maklumat di dalam laman web tersebut.
Gunakan kata kunci site:www.cikguik.com xxxxx untuk mencari maklumat di dalam laman tersebut. Ianya boleh digunakan untuk semua laman sesawang yang anda tahu alamatnya.
#3 Penyelesaian Matematik Ringkas
Mahu menjawab soalan matematik ringkas dengan cepat? Google mampu membantu anda menyelesaikannya dengan pantas. Pada ruang carian Google, hanya masukkan soalan matematik tersebut. Contohnya 4 x 4 x 4 x 7 x 8 x 9.
Paparan jawapan pada kalkulator Google akan terhasil. Selain itu, Google juga dapat menukar unit SI dengan mudah. Contohnya 45kg to mg. Paparan pernukaran unit SI akan muncul di enjin carian ini.
Bukan itu sahaja, penambahan masa dan waktu juga boleh dibuat di Google. Contohnya 45 minutes + 125 minutes. Anda akan mendapat jawapannya dengan segera. Google juga dapat memberitahu anda masa di satu-satu lokasi. Hanya perlu menaip Time in Phuket di enjin carian ini. Google akan memaparkan masa semasa di lokasi yang ditaip.
Buat masa ini, Google hanya dapat menerima arahan di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin suatu masa akan datang, Bahasa Melayu akan diterima dalam penggunaan aplikasi ini.
#4 Buat Perbandingan
Mungkin jarang digunakan tetapi sesuai untuk kita gunapakai di dalam kelas bagi tujuan menunjukkan kepada murid perbandingan-perbandingan tertentu.
Gunakan kata kunci vs / versus. Sebagai contoh, rice versus wheat. Google akan memaparkan kandungan dan kalori di dalam setiap gram bagi nasi dan gandum yang ditulis di dalam carian. Anda boleh cuba dengan kata kunci lain, namun bukan semua dapat disenaraikan di oleh Google.
#5 Carian Journal dan Artikel Ilmiah
Tugas guru bukan sahaja mendidik, malah menambahkan ilmu pengtahuan sedia ada. Ada antara kita yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana dan Sarjana ingin mendapatkan bahan rujukan bagi menyiapkan tesis.
Google telah membuat satu laman carian khas bagi tujuan ini. Google Scholar. Hanya gunakan kata kunci carian anda dan tekan enter untuk mencarinya. Anda akan didedahkan dengan pilihan samada bahan rujukan di dalam bentuk pdf atau artikel di dalam laman web berautoriti.
Semoga 5 teknik carian di Google ini dapat membantu anda. Sebarang komen? Hanya masukkan butiran dibawah. Saya menanti komen-komen dari anda.
Kredit gambar : arkib cikguIK, Google
trima kasih dengan informasi ini ya – kedaionlinemy.com
terima kasih…satu ilmu yang amat berguna,semoga Allah membalas jasa baik cikgu dgn berkongsi ilmu yg ade
Terima kasih Yanti. InsyaAllah akan terus usaha memberikan artikel yang berkualiti.
terima kasih atas perkongsian
Sama-sama. Moga ianya memudahkan Niza Yusof untuk membuat carian di Google.
Tahniah tuan, saya menghargai sumbangan anda.
Terima kasih. Diharapkan laman ini dapat terus memberi sumbangan. Amin.
Terima kasih cikgu. Teruskan berkongsi ilmu yg bermanfaat. Tahniah!
Terima kasih atas sokongan. InsyaAllah. Akan berkongsi dari masa ke masa. Doakan.
Terima kasih
Terima kasih atas perkongsiaan ilmu yang bermanafaat ini. Semoga Allah merahmati usaha murni tuan .
TAHNIAH!! Teruskan usaha baik tuan.