Rata-rata, kita jarang menyemak apakah gambar berkaitan kata kunci nama sendiri di enjin carian Google. Keperluan untuk membuat carian kata kunci nama sendiri, sama penting dengan kita membuat servis kereta. Kekerapannya bergantung kepada diri sendiri. Seperti saya, sebulan sekali atau setiap enam bulan sekali.
Mengapa hal ini penting? Ini adalah untuk memastikan tiada gambar yang kurang sesuai masuk ke dalam enjin carian Google dan boleh dilihat kepada umum. Bagi wanita, faktor gambar yang seksi atau kurang sesuai ditatap khalayak ramai menjadikan ia sebagai satu sebab yang kukuh untuk lebih kerap menyemak.
Cara Semak Kata Kunci dan Gambar di Enjin Carian Google
Google adalah antara enjin carian yang kerap digunakan. Antara kaedah mudah untuk menyemak gambar-gambar yang ada kaitan dengan anda adalah dengan menyenaraikan terlebih dahulu beberapa kata kunci. Kata kunci yang boleh saya cadangkan adalah dengan menggunakan nama penuh anda atau nama singkatan anda. Boleh gunakan juga email.
Sebagai contoh di sini, saya letakkan nama saya Ihzam Khairi atau boleh juga gunakan nama blog saya cikguik. Rata-rata gambar yang dimuat naik di internet atau satu-satu laman web akan dimasukkan ke dalam enjin carian Google dengan syarat, tetapan pada web tersebut membenarkan Google Bot untuk crawl masuk membuat index gambar anda dengan kata kunci yang diberikan pada gambar tersebut.
Selesaikan anda membuat senarai beberapa kata kunci yang sesuai, anda boleh klik pautan ini untuk terus ke Google Search Image.
Buat carian berdasarkan kata kunci yang anda telah senaraikan tadi. Jika anda ada dapati, beberapa gambar yang tidak sesuai, ikuti langkah seterusnya.
Delete Gambar di Search Result Google
Pihak Google ada menyediakan kaedah untuk anda membuat laporan gambar-gambar yang tidak sesuai dimasukkan dalam keputusan carian kata kunci tersebut. Walau bagaimanapun, setiap gambar yang dimasukkan ke dalam carian adalah daripada satu-satu laman web.
Langkah terbaik yang patut anda lakukan adalah dengan melihat sumber lokasi gambar tersebut. Di setiap gambar yang dipamerkan di Google Image Search Engine, akan ada lokasi laman web yang memaparkan gambar tersebut. Boleh rujuk gambar di bawah pada anak panah merah.
Pihak Google tidak akan membuang gambar tersebut dengan pantas kerana pada hemat mereka, gambar tersebut adalah kepunyaan webmaster atau pemilik blog tersebut. Jadi langkah paling mudah adalah dengan menghubungi pemilik laman web tersebut untuk menurunkan atau membuang atau menggantikan gambar.
Ada beberapa syarat yang pihak Google tetapkan untuk membuang maklumat tersebut daripada dipaparkan di atas talian. Ini antaranya.
Apa yang perlu anda buat selepas webmaster membuang gambar tersebut? Semak sekali lagi di Google Search Engine untuk melihat samada gambar tersebut masih wujud atau tidak. Berikan masa 24 jam ke 48 jam untuk hilang daripada paparan carian.
Jika masih anda, klik link ini Google Remove Outdated Content, dan masukkan url keputusan carian gambar tersebut untuk pihak Google membuang ia.
Sebelum memuat naik gambar di internet, pastikan anda berfikir dua kali. Jika sudah naik di internet, agak sukar untuk memadamnya. Klik dengan bijak. Semoga perkongsian kali ini membantu anda.
Kredit gambar : Arkib CikguIK
Sy sudah gunakan delete tapi masih keluar lagi image Tu. Ada cara lain ke bagaimana hendak buang terus gambar itu
Image itu di mana ya? Jika di dalam folder boleh gunakan aplikasi khas untuk membuang file tersebut secara kekal. Boleh cuba muat turun fail tersebut di sini : https://filehippo.com/download_wise_force_deleter/
Bagaimana nak buang nama dalam carian google.nk padam nama sendiri di google search.
Contohnya seperti di mana ya? Jika contoh di carian utama ada nama, cuba semak dan buat report kepada sumber asalnya untuk remove nama kita.
salam, encik… saya ada cuba untuk delete gambar dari tahun lepas . tapi tidak menjadi. Tolong bantu saya untuk clear semua gambar saya.
Salam shasha. Adakah gambar tersebut masih lagi boleh dicari oleh Google dari tempat asalnya?
Bagaimana utk hubungi cikgu saya ada masalah dgn carian google xtau nak buat bagaimana..harap cikgu akan reply
Masalah yang macam mana ya tu Ejad?
Selamat kenalan encik. Saya ingin delete gambar saya di Google search dan laman yg keluar kan gambar saya ialah melalui Instagram. Iaitu gambar saya di follower orang lain. Bagaimana saya nak delete gambar tersebut encik?
Selamat kenalan. Jika item atau gambar itu adalah diupload oleh individu tersebut, boleh request untuk delete daripada individu tersebut atau mohon kepada penyedia perkhidmatan website tersebut.