Jika ada antara anda yang meminati permainan komputer, sudah tentu anda tahu permainan Zelda. Ianya merupakan permainan yang melibatkan perlawanan dan uji minda untuk mengatasi teka teki dan halangan bagi mencapai objektif permainan.
Permainan berbentuk eksplorasi dunia maya ini sangat digemari pelajar zaman kini. Lebih-lebih lagi ianya ditonjolkan dengan gabungan grafik dan muzik yang menarik. Jadi, tidak hairanlah jika pelajar-pelajar sekarang sangat mahir menggunakan komputer meja, komputer riba dan komputer tangan dengan mudah kerana minat mereka dalam membuat ekplorasi dan bermain permainan dalam komputer tersebut.
Mathbreakers, Permainan Matematik Yang Menyeronokkan
Mathbreakers merupakan permainan berbentuk RPG (Role Playing Game) yang memerlukan pelajar menggunakan kemahiran matematik mereka dalam melepasi halangan-halangan di dalam permainan ini. Ini termasuk kemahiran menambah, menolak, pecahan dan lain-lain.
Kemahiran matematik itu digunakan dalam bentuk menembak nombor dan memilih nombor menggunakan senjata dan kelengkapan yang disediakan di dalam Mathbreakers. Sudah pasti akan menarik minat pelajar mahupun anak di rumah dan di kelas untuk bermain sambil belajar.
Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan keupayaan aritmetik pelajar di samping menambahkan kemahiran mereka dalam menggunakan komputer.
Mathbreakers di Kelas dan di Rumah
Bagi warga ibu bapa dan guru yang berminat untuk mendapatkan permainan ini untuk anak-anak dan pelajar sekolah, and boleh layari dan dapatkan ia di laman rasmi mereka.
Mathbreakers : https://www.mathbreakers.com/
Sebelum membeli, saya galakkan anda untuk mencuba dahulu ia kepada anak dan pelajar anda. Sesi percubaan boleh didapati di bawah.
Mathbrakers Trial : https://www.mathbreakers.com
Cipta Dunia Mathbreakers Sendiri
Seperti permaian Minecraft, anda boleh mencipta dan mengubah ia mengikut citarasa anda. Begitu juga dengan Mathbreakers. Ini dapat memberi peluang kepada anda untuk membina permainan matematik sendiri melalui Mathbreakers.
Daftar Di Sini : https://mathbreakers.com/
Untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini : https://www.mathbreakers.com/faq/
Semoga perkongsian kali ini dapat menarik minat anda dan juga anak anda untuk mendalami dunia matematik. Belajar sambil bermain.
Kredit gambar : Mathbreakers,