Aplikasi Amaran Harga Tiket Kapal Terbang Murah

14
337

Apabila sesi cuti sekolah menghampiri atau hampir sesi persekolahan dibuka, guru-guru yang bertugas jauh dari keluarga dan di seberang laut seperti Sabah, Sarawak dan Semenanjung pasti akan membuat persediaan untuk membeli tiket kapal terbang pulang bertemu keluarga tercinta.

 

tiket kapal terbang

 

Jika ditanya bila dan masa harga tiket yang murah, sudah pasti mereka antara golongan yang boleh dikategorikan mahir berkenaan proses membeli tiket penerbangan ini. Ini kerana acapkali pulang bertemu keluarga tercinta yang jauh.

 

 

Di sini saya kongsikan aplikasi dan laman utama yang menjadi rujukan saya ketika bertugas di Sabah tempoh hari untuk membeli tiket kapal terbang. Ini juga boleh digunakan untuk mereka yang berniat untuk pergi bercuti. Lebih-lebih lagi yang mahu menggunakan kapal terbang untuk melancong. Ini antara aplikasi atau cara untuk mendapatkan makluman awal harga tiket kapal terbang murah.

 

Airpaz.com

 

Laman ini antara laman yang menjadi pilihan utama saya apabila hendak melihat dan membanding bezakan harga tiket kapal terbang daripada pelbagai agensi penerbangan di Malaysia khususnya.

 

harga tiket kapal terbang murah

 

Apa yang menariknya, harga yang dipaparkan daripada pelabagi agensi penerbangan di Malaysia di tempatkan di satu paparan. Airpaz membolehkan kita membuat tetapan untuk menyusun penerbangan daripada yang termurah dan termahal.

 

 

 

Airpaz di Android

 

Bagi pengguna Android, Airpaz ada juga disediakan di Play Store untuk dimuat turun ke dalam peranti Android anda. Hanya perlu Klik Sini untuk muat turun.

 

semak harga tiket kapal terbang

 

Buat masa ini, Airpaz masih lagi tiada untuk peranti Apple. Mungkin pada masa sesi akan datang akan ada.

 

Panduan Tetapan Amaran Harga Tiket Kapal Terbang

 

Cara paling mudah, adalah dengan menggunakan kemudahan tetapan amaran harga tiket kapal terbang yang ada disediakan di kebanyakan laman web semakan harga tiket kapal terbang.

 

Sebagai contoh di laman web Airpaz.com. Price Alert yang disediakan pada laman web itu juga membolehkan ada untuk mendapatkan notifikasi awal terus ke e-mail anda berdasarkan ketetapan yang dibuat. Ini termasuk harga tiket kapal terbang, tarik penerbangan dan destinasi.

 

semak harga tiket kapal terbang

 

 

Ada pelbagai lagi aplikasi lain yang digunakan untuk membuat carian mudah berkenaan harga tiket kapal terbang ini. Jika ada, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Cato Lien

14 COMMENTS

  1. Salam cg ihzam blh x kak nak minta ihzam share dgn org pasal apps airbnb .Kemudahan mendapatkan penginapan murah di serata dunia.Teringin nak share tp x pandai.

    • Owh, saya ada melihat perihal airbnb. Satu laman web yang memberi peluang kepada penghuni rumah untuk menyewa rumah mereka sendiri atau bilik pada masa-masa tertentu. Siap ada insurans yang ditanggung oleh airbnb (terma dan syarat).

  2. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik dan membantu ini. Saya telah mencuba aplikasi ini, tetapi harga yang tertera ada perbezaan. Contoh, apabila saya pilih tarikh berdasarkan harga yang murah, apabila saya lihat senarai flight availability, harganya dah jadi mahal pula. Ada sesuatu yang saya tertinggal ke? Harap dapat bantu. Terima kasih.

    • Waalaikumussalam. Oh, ianya akan susun berdasarkan pilihan. Jika kita buat pilihan untuk pilih harga murah hanya perlu sort sahaja pada bahagian harga setelah buat pilihan pada tarikh tersebut.

  3. […] guru, masih terdapat banyak panduan dan maklumat yang boleh dimanfaatkan seperti artikel mengenai aplikasi amaran harga tiket penerbangan yang murah […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.