Sesi pembelajaran matematik kebiasaannya akan disulam bersama dengan latih tubi soalan-soalan yang sedang diajar. Seperti latihan-latihan yang mengikut topik untuk penilaian sumatif.
Kebiasannya latihan akan diberikan kepada pelajar sama ada merujuk kepada buku teks, membuat salinan daripada buku-buku latihan yang dibeli di kedai dan carian di dalam internet.
Adakalanya latihan yang diperoleh daripada sumber-sumber tadi memenuhi kehendak dan adakalanya tidak. Jika ada, mungkin tidak mencukupi bilangan soalan tersebut.
Pembina Set Soalan Matematik (Termasuk Jawapan)
Perisian yang dibangunkan oleh Microsoft Education Labs ini, dapat membantu warga guru untuk membina set soalan berdasarkan topik-topik tertentu.
Antara topik yang boleh dijana daripada perisian ‘Math Worksheet Generator’ ini ialah
- Tambah
- Tolak
- Darab
- Bahagi
- Pecahan
- Perpuluhan
- Pemfaktoran
- Linear equations
- Quadratic equations
Jadi ini membantu warga guru matematik khususnya dan para ibu bapa di rumah yang mahu memberi latihan kepada pelajar-pelajar cilik kita.
Lihat video di bawah ini. Video di bawah menunjukkan demonstrasi penggunaan aplikasi ini.
Jana Soalan Matematik Semudah ABC dan Cetak
Kebaikan menggunakan perisian ini adalah setiap soalan yang telah dijana akan dipindah terus ke Microsoft Office Word. Ini termasuk set jawapan yang diasingkan pada muka surat yang berbeza dengan set soalan.
Sebaik-baiknya, pastikan komputer anda telah dipasang dengan perisian Word 2007 dan atau versi yang terbaharu. Ini kerana versi 2007 dan ke atas, soalan yang dijana dapat ditambah baik dan diolah.
Semudah ABC, hanya pilih atau taip satu ayat matematik serta bilangan soalan yang mahu dijana dan klik jana. Selepas itu, cetak untuk diberikan kepada pelajar mahupun anak.
Jika anda inginkan gabungan soalan, hanya jana beberapa kali dengan ayat matemaik yang berbeza.
Muat Turun Penjana Soalan Matematik
Anda boleh layari laman ini untuk memuat turun perisian Math Worksheet Generator.
Muat Turun : https://education.microsoft.com/GetTrained/math-worksheet-generator
Semoga perkongsian kali ini membantu anda dalam mendidik dengan lebih baik sama ada di rumah atau di sekolah.
Kredit gambar : Education Microsoft
Menarik. 😀
mohon share cikgu..terima kasih