=Menu

Lindungi Kanak-Kanak dari Penyalahgunaan Internet

Penggunaan internet tanpa batasan dan pemantauan orang dewasa akan mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Kanak-kanak terutamanya lebih mudah terdedah kepada info-info tidak sihat di dalam ruang maya yang serba luas ini.

 

 

Sebagai seorang pendidik, seharusnya kita mengambil beberapa langkah yang sewajarnya untuk memberi didikan yang tepat dan panduan kepada kanak-kanak semasa mereka melayari internet.

 

Terdapat satu aplikasi ringkas yang mampu melindungi kanak-kanak daripada melayari laman web lucah, laman web yang mempunyai malware atau virus dan pelbagai lagi. Sangat ringan dan boleh digunakan di komputer riba serta peranti Android dan Apple.

 

K9 Web Protection Membantu Melayari Internet Secara Sihat

 

Perkataan K9 itu sendiri diambil daripada sejenis anjing polis yang dibela untuk melindungi dan membantu polis. Berbeza dengan K9 Web Protection ini yang dibina untuk tujuan melindungi internet anda.

 

k9 melindungi kanak-kanak

 

Antara kebaikan menggunakan perisian ini adalah :

  1. Percuma untuk kegunaan peribadi
  2. Menyekat lebih daripada 70 kategori laman web tidak sihat seperti laman web lucah, judi, dadah dan sebagainya.
  3. Mempunyai sekatan masa tertentu untuk melayari laman web tertentu.
  4. Menyekat kemasukan ke laman web tertentu dengan kata laluan.
  5. Menjana laporan ringkas untuk melihat penggunaan internet.
  6. Sesuai untuk Windows dan Mac serta telefon pintar Android dan Apple.

 

Cara Penggunaan Perisian K9

 

Hanya muat turun dari laman web rasminya dan isi maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan nombor siri. Setelah selesai, ‘install’ ke dalam komputer atau telefon pintar anda.

 

K9 Web Protection Quick Start Guide

 

Kemudian anda perlu membuat kata laluan tersendiri (nasihat saya kata laluan mestilah mempunyai nombor dan huruf) untuk memulakan konfigurasi K9 tersebut.

 

Manual kongfigurasi boleh dibuat turun di SINI

Muat turun perisian di SINI

Dapatkan nombor siri di SINI

 

Diharapkan perisian ini dapat membantu anda untuk memantau penggunaan internet insan kecil tersayang anda.

 

 

Kredit gambar : Intel Free Press

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

0 comments… add one

Leave a Comment