Person with cardboard box on head sits at messy computer desk, looking at screen showing slow computer message. Lajukan Komputer.

Apabila hendak menghidupkan komputer atau laptop anda, ada antara kita yang mengambil masa sehingga beberapa minit sebelum boleh menggunakannya. Ini berpunca daripada pelbagai perisian yang dimulakan ketika komputer dihidupkan.

 

CikgulK.com logo: Blog info pendidikan dan pengetahuan

Advertisement

 

Hal ini dapat diselesaikan dengan cara mematikan tetapan automatik perisisan tersebut. Terdapat beberapa perisian di internet yang boleh membantu anda membuat tetapan ini.

 

CCleaner

 

Dengan menggunakan perisian CCleaner ini, anda hanya perlu ‘disable’ perisian yang anda rasakan tidak perlu dimulakan ketika komputer anda dihidupkan.

Langkah Pertama.

Buka CCleaner dan klik pada pilihan Tools. Terdapat banyak pilihan yang terpapar. Klik pada Windows.

 

CCleaner startup program list; speed up a slow computer

 

Langkah Dua.

Piliha pada program yang anda rasakan tidak perlu dimulakan ketika komputer dihidupkan. Klik kanan pada tetikus anda dan pilih disable. Lakukan perkara yang sama untuk program-program lain.

 

CCleaner startup program list showing how to disable or delete entries to speed up a slow computer.

 

Pastikan hanya perisian bukan penting sahaja yang dinyahaktifkan. Anda boleh muat turun CCleaner di SINI.

 

System Configuration

 

Setiap komputer yang menjalankan sistem operasi Windows, terdapat satu tetapan yang boleh anda gunakan untuk mematikan perisian yang dimulakan ketika komputer dihidupkan. Taip ‘system configuration’ pada Start Menu anda dan klik.

Anda akan mendapat paparan seperti di bawah. (*berbeza mengikut variasi versi sistem operasi masing-masing)

 

System Configuration window showing startup options for troubleshooting slow computer performance.

 

Langkah Pertama.

Klik pada menu pilihan startup. Kemudian klik pada open task manager.

 

System Configuration window showing Startup tab; button to open Task Manager.

 

Langkah Kedua.

Pada tetingkap yang terpapar, anda dapat melihat ruangan Start-up impact. Terdapat status yang menunjukkan high, medium, none dan not measured. Anda boleh klik kanan pada tetikus dan pilih menu pilihan Disable pada perisian yang dirasakan tidak diperlukan anda.

 

Windows Task Manager showing startup programs; speed up a slow computer

 

Selain daripada faktor perisian yang bermula ketika komputer dihidupkan, terdapat juga faktor hardware yang menjadikan komputer lambat beroperasi. Cara yang terbaik adalah dengan menambah RAM dan menukar chipset. Namun, penukaran chipset dan RAM bergantung kepada komputer anda. Samada boleh atau tidak.

 

CikgulK.com: Education and teaching blog

 

Adakalanya, komputer menjadi lambat akibat daripada virus dan malware yang sudah menjangkiti sistem operasi komputer. Langkah yang terbaik untuk memulihkannya adalah dengan membuat scan secara atas talian atau membuat instalasi semua sistem operasi anda.

 

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membantu anda melajukan komputer anda. Ada pertanyaan? Jangan segan silu untuk komen di bawah.

 

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Mr. BoxheadRahulKool,

 

Advertisement