Melaksanakan tugasan yang benyak memang menjadi rutin sebagai seorang pendidik. Berbekalkan komputer riba atau komputer meja, kita menyiapkan tugasan seperti laporan, surat-menyurat, kertas kerja dan lain-lain lagi. Namun, kadangkala niat yang baik ini tergendala akibat daripada terputusnya bekalan elektrik.
Alangkah tertekannya dan perlu kita lakukan semula tugasan yang dibuat dari awal tadi sekiranya komputer yang kita gunakan tiada bekalan elektrik sokongan untuk menyimpan tugasan itu.
Hal ini dapat dielakkan dengan beberapa tetapan yang boleh kita tetapkan bagi menyelamatkan tugasan yang sedang kita siapkan.
Auto Recovery dan Auto Save
Auto Recovery dan Auto Save membolehkan kerja-kerja dan tugasan yang sedang anda lakukan disimpan seberapa kerap yang anda mahu. Sekurang-kurangnya, kerja dan tugasan yang anda lakukan dapat diselamatkan secara keseluruhan atau sebahagiannya sekiranya bekalan elektrik terputus.
Langkah-langkah tetapan.
Bagi pengguna yang menggunakan Office Word 2007
Office Word 2007
- Klik butang Microsoft Office
, kemudian klik Word Options.
- Klik Save.
- Pilih Save AutoRecover information every x minutes.
- Dalam pilihan minutes, nyatakan seberapa kerap anda mahu tugasan yang anda disimpan.
Bagi pengguna yang menggunakan Office Word 2010
Office Word 2010
- Klik menu File dan pilih Options.
- Klik Save.
- Pilih Save AutoRecover information every x minutes.
- Dalam pilihan minutes, nyatakan seberapa kerap anda mahu tugasan yang anda disimpan.
Tetapan untuk Office Power Point dan Excel juga sama mengikut variasi perisiana Office yang digunakan. Namun, nasihat saya, kerapkan menggunakan kekunci ringkas CTRL+S untuk menyimpan kerja dan tugasan yang anda lakukan. Ianya lebih terjamin.
Kredit gambar : micromartmag,
Info yg berguna.tq.
Terima kasih atas info yg berguna.
Jasamu dikenang
Terima kasih Cikgu.
Info yg sgt2 berguna…terima kasih krn sudi brkongsi…
Info yang sangat berguna. Terima kasih atas perkongsian ini. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa cikgu.
Terima kasih sudi berkongsi info
info yang sangat berguna. terima kasih cgu kerana sudi berkongsi ilmu
terima kasih byk2….info yg sgt berguna utk dimanfaatkan semua…