Students in a classroom, one student thoughtfully rests their chin on their hand. Blackboard shows Chinese characters.

Apabila selesai suatu topik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sudah menjadi kebiasaan untuk para guru memberikan kuiz. Kuiz ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang topik yang telah mereka pelajari.

 

Students in a classroom, one student thoughtfully rests their chin on their hand. Blackboard shows Chinese characters.

Advertisement

 

Terdapat pelbagai perisian yang dapat membantu warga pendidik untuk membuat dan membina kuiz ini. Di sini saya kongsikan beberapa perisian samada secara atas talian (internet) atau membuat pemasangan perisian ke dalam komputer.

 

Testmoz

 

Testmoz merupakan kemudahan membina kuiz secara atas talian (internet). Dibangunkan oleh pelajar dari Washington State University. Ianya adalah percuma, dan setiap soalan yang dibuat akan disimpan selama mana laman Testmoz masih lagi aktif.

 

Screenshot of a test creation page, showing fields for test name and password.

 

Apa yang perlu dilakukan hanya mendaftar dan bina soalan. Terdapat empat ciri soalan yang boleh dibina dengan Testmoz iaitu soalan betul atau salah, aneka pilihan jawapan, aneka respon jawapan dan isi tempat kosong.

 

Testmoz tidak meletakkan sebarang iklan pada lamannya dan apa yang saya lihat, paparannya kemas dan teratur. Mudah digunakan.

 

Klik sini untu ke Testmoz : https://testmoz.com/

 

 Hot Potatoes

 

Ini merupakan perisian yang kerap saya gunakan. Antara kelebihan Hot Potatoes ini, ianya dapat disimpan di dalam komputer dan boleh dimuat naik ke atas talian. Soalan yang hendak dibuat juga adalah tidak terbatas.

 

Hot Potatoes 6 software interface showing JCloze, JMatch, JQuiz, JCross, JMix, and The Masher quiz types.

 

Terdiri daripada pelbagai bentuk kuiz samada teka silangkata dan pelbagai lagi, ianya dilihat dapat membantu warga pendidik dalam memberikan kuiz dengan cara yang berbeza.

 

Perisian ini adalah percuma untuk seumur hidup dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk dimuat turun. Anda boleh memuat turun di sini : https://hotpot.uvic.ca/

 

Help Teaching

 

Laman sesawang ini memang penuh dengan pelbagai soalan dan dilihat sangat-sangat membantu para pendidik. Namun begitu, 90% adalah di dalam Bahasa Inggeris. Kemudahan yang disediakan ialah memilih soalan yang sedia ada untuk dijadikan sebagai satu kuiz atau membuat soalan sendiri.

 

Screenshot of online quiz creation software interface.

 

Laman ini menyediakan perkhidmatannya secara percuma dan berbayar. Bagi pengguna percuma, dibolehkan sehingga lima ujian atau kuiz sahaja dan sehingga sepuluh soalan sahaja.

 

Jika anda rasa ianya berbaloi, boleh melanggan dengan Help Teaching. Layari Help Teaching di sini : http://www.helpteaching.com/create.htm

 

Jika anda ada beberapa perisian lain yang ingin dikongsikan bersama, boleh komen di bawah. Moga artikel ini dapat membantu anda.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK,

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.