Majlis Anugerah Kecemerlangan award ceremony stage with golden stars

Montaj perasmian sering menjadi elemen penting dalam sesuatu majlis, memukau penonton dengan visual menarik dan penceritaan kreatif. Kini, dengan Claude.ai, menghasilkan montaj perasmian menjadi lebih mudah, walaupun anda kurang mahir dalam bidang pengaturcaraan.

Hanya dengan beberapa prompt kreatif, anda boleh menghasilkan demo visual yang memukau dan menyesuaikannya mengikut keperluan majlis. Kemudian digabungkan pula dengan video kreatif menjadikan ia satu persembahan gimik yang menarik.

2015 Malaysian school calendar: Start and end dates for each term, including holidays.
Saya menggabungkan video yang menggunakan template sedia ada dari Canva.

Advertisement

Kenapa Claude.ai Pilihan Terbaik untuk Projek Sebegini

Claude.ai ialah alat kecerdasan buatan yang direka untuk menghasilkan teks kreatif, kod program, dan kini berpotensi membantu menghasilkan montaj atau visual demo dengan cepat. Ia bukan sekadar alat yang pintar, tetapi juga sangat mesra pengguna.

Anda tidak perlu menjadi pakar teknikal untuk menggunakannya, kerana antaramukanya ringkas dan prompt yang diberikan mudah difahami.