Mendapatkan perhatian dan tumpuan pelajar-pelajar di kelas memang suatu perkara yang mencabar daya kreativiti seorang pendidik. Jika digabungkan dengan teknologi dan kreativti, sudah pasti daya tarikan untuk pelajar fokus pada topik yang diajar lebih berkesan.
Baru-baru ini, Google ada memperkenalkan satu aplikasi untuk peranti Android, Chromebook dan Apple iaitu Toontastic.
Apa Itu Toontastic?
Toontastic adalah aplikasi yang membolehkan pelajar, guru atau sesiapa sahaja mencipta cerita menggunakan kartun dengan mudah. Kartun yang dihasilkan boleh diubahsuai mengikut keperluan jalan cerita.
Bukan itu sahaja, wajah kartun itu boleh diganti dengan wajah sendiri dan dilukis.
Bayangkan jika satu-satu cerita itu dimasukkan wajah pelajar di dalamnya. Sudah pasti akan membangkitkan semangat serta rasa teruja mereka.
Di bawah ini saya kongsikan paparan bagaimana ianya berfungsi di telefon atau tablet anda.
Cara Mendapatkan Toontastic
Pertama sekali, Toontastic ini adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk memuat turun ia. Dan yang menariknya lagi, setelah memasangnya, anda boleh menggunakan tanpa capaian internet.
Boleh muat turun di sini : https://toontastic.withgoogle.com/
Terdapat beberapa video yang telah dihasilkan oleh pelajar dan guru (luar negara) menggunakan Toontastic.
Antara video yang telah dihasilkan dalam contoh ini terdiri daripada beberapa kategori seperti pengembaraan, dokumentari, rancangan memasak dan pelbagai lagi. Jika anda mahu melihatnya klik sahaja di sini : Video Toontastic
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan idea dan alternatif lain untuk menarik minat pelajar-pelajar anda.
Kredit gambar : Toontastic, Arkib CikguIK
TERBAIK!. terima kasih ats perkongsian..
Sama-sama. Moga bermanfaat. 🙂