Kebiasaannya pada setiap hujung bulan, sesiapa sahaja yang bergelar kakitangan kerajaan atau yang bekerja dengan majikan akan mendapat gaji atas pekerjaan mereka.
Namum begitu, tidak semua yang mendapat gaji dapat menguruskan gaji mereka dengan baik. Adakalanya, dua minggu sebelum tarikh gaji yang seterusnya, duit mereka sudah habis digunakan. Hal ini berlaku kerana tiada perancangan dan memantau rekod perbelanjaan bulanan.
Sebagai solusi kepada masalah itu, saya kongsikan 3 aplikasi yang boleh membantu menyemak rekod perbelanjaan anda. Ini bertujuan untuk memastikan anda tahu tahap dan status kewangan semasa anda.
Goodbudget
Platform : Android dan IOS
Harga : Percuma
Bahasa pengantar : English
Aplikasi yang dibangunkan oleh Dayspring Technologies ini telah dimuat turun lebih 3 juta kali di Google Play. Antara kelebihan yang ada pada aplikasi Goodbudget ialah data yang telah kita masukkan seperti perbelanjaan, pendapatan dan lain-lain boleh dimuat turun dalam bentuk CSV file, QFX (untuk Quicken), dan OFX (Microsoft Money). Jadi ianya boleh diintegrasikan dalam pelbagai perisian lain.
Mint
Platform : Android dan IOS
Harga : Percuma
Bahasa pengantar : English
Apa yang menarik pada aplikasi Mint ini ada grafiknya. Segala perbelanjaan dan pendapatan ditunjukkan dalam bentuk carta pai, bar graf serta rekod prestasi pengurusan kewangan kita. Saya menggunakan perisian ini untuk merekod perbelanjaan harian.
Anda boleh melihat vidoe promo aplikasi ini sebelum memuat turunnya ke telefon pintar anda.
Muat Turun : Mint for Android, Mint for IOS,
Money Manager
Platform : Android dan IOS
Harga : Percuma / Berbayar
Bahasa pengantar : English
Money Manager antara perisian yang membolehkan anda menangkap dan menyimpan resit perbelanjaan anda. Lebih mudah untuk anda menyemak dan merekod perbelanjaan serte membuat kategorinya. Fitur-fitur yang ada pada aplikasi ini kebanyakannya sama dengan fitur-fitur aplikasi yang saya kongsikan di atas.
Muat Turun : Money Manager Android, Money Manager IOS
Apa yang penting, adalah kita tahu dan faham tujuan merekod perbelanjaan bulanan kita. Ini bertujuan memudahkan kita untuk merancang perbelanjaan untuk bulan-bulan seterusnya. Pepatah daripada orang-orang berjaya, sekiranya anda tidak merancang, maka anda merancang untuk gagal.
Semoga perkingsian kali ini memberikan manfaat kepada anda semua. Oh ya, nantikan kategori baru dalam blog CikguIK.com ini iaitu slot kewangan dan simpanan.
Kredit gambar : Arkib CikguIK,