Hampir setipa hari kita akan menerima panggilan telefon. Samada ianya daripada individu yang kita kenali atau tidak kenali.
Ada kalanya, apabila kita mengangkat telefon kita dipromosi pula dengan produk atau perkhidmatan yang kita tidak mahu dan ianya memakan masa dengan perbualan yang kita tidak mahu.
Masing-masing ada pengalaman sebegini. Lebih parah, ada yang pernah ditipu dengan panggilan telefon dan kerugian hampir ribuan ringgit.
Jadi antara langkah yang boleh diambil adalah dengan kita terlebih dahulu kenal nombor telefon yang muncul di skrin sebelum menjawab panggilan tersebut.
TrueCaller
Sudah hampir setahun lebih saya menggunakan aplikasi ini dan ianya amat membantu saya mengesan pemanggil yang membuat panggilan ke nombor telefon saya.
Mengapa saya memilih TrueCaller berbanding aplikasi lain? Ini kerana komuniti pengguna TrueCaller adalah antara yang terbesar (5.5 juta di Android) berbanding aplikasi lain yang hampir serupa.
Aplikasi sebegini bergantung sepenuhnya kepada nombor-nombor yang disumbangkan oleh komuniti penggunanya. Lebih banyak penggunanya lebih banyak maklumat yang disimpan dalam pangkalan data mereka.
Sebagai contoh, nombor yang dikategorikan sebagai SPAM oleh pengguna TrueCaller akan berwarna merah dan ada perkataan SPAM pada nombor tersebut (contoh pada video di atas).
Walau bagaimanapun, untuk mengaktifkan fungsi-fungsi TrueCaller ini, ianya perlu mendapatkan akses terhadap senarai nombor telefon sedia ada di dalam telefon anda.
Aplikasi ini akan membuat imbasan pada direktori nombor telefon anda dan memuat naik ke dalam pangkalan data TrueCaller.
Bagi sesetengah individu, hal ini tidak mengapa bagi mendapatkan fungsi untuk mengesan nombor telefon yang tidak dikenali dan menjadikan panggilan telefon anda lebih baik dan efektif.
Bagi sesetengah individu yang lain pula, ini akan menggugat privasi mereka. Jadi terserah kepada anda untuk membuat pilihan.
Untuk anda mengsesan siapa nombor telefon yang memanggil anda, ianya semudah dua langkah sahaja. Anda hanya perlu klik sahaja nombor telefon tersebut dan secara automatik aplikasi ini membuat carian siapa empunya nombor telefon itu. Oh ya, pastikan anda mempunyai akses kepada internet untuk carian ini.
Nama akan muncul sekiranya ada di dalam pangkalan data mereka. Namun pastikan anda terlebih dahulu membuat pemasangan aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda. Boleh klik sini.
TrueCaller bukan sahaja membuat tapisan panggilan terhadap SPAM, ianya juga membuat tapisan bagi masej yang masuk daripada nombor yang dikategorikan sebagai SPAM oleh komuniti pengguna TueCaller.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk memuat turun aplikasi ini, hanya perlu klik sahaja ke pautan di bawah. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda.
Muat Turun TrueCaller : Android
Muat Turun TrueCaller : Iphone
Kredit Gambar : Arkib CikguIK, TrueCaller, Pixabay