Aplikasi Percuma Untuk Edit Gambar dan Foto

2
1206

Gambar lukisan, pemandangan, kartun, nombor dan pelbagai lagi jenis gambar atau foto sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ada antaranya sesuai dan ada kalanya tidak sesuai dan memerlukan editing untuk memenuhi keperluan sesi pengajaran tersebut atau kegunaan di sekolah.

 

 

Saya banyak menggunakan aplikasi-aplikasi editing gambar untuk kegunaan di dalam kelas dan di luar kelas. Namun begitu perlu ambil perhatian terhadap copyrigth  gambar tersebut sebelum membuat editing. Kaedah yang terbaik untuk gunakan gambar adalah dengan memohon kebenaran atau cari sahaja gambar yang boleh digunakan tanpa perlu kredit kembali kepada empunya gambar.

 

Perkongsian saya pada kali ini lebih fokus kepada aplikasi online yang boleh dibuka di komputer untuk membuat editing gambar atau foto. Ini antaranya.

 

Canva

 

 

Perisian Canva antara pilihan utama saya dalam membuat editing gambar secara atas talian. Penggunaan yang mudah dan tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi memudahkan pengggunanya untuk mengubah dan memasukkan perkataan pada gambar.

 

Templete juga disediakan untuk pengguna yang mahu membuat editing gambar mengikut kesesuaian masjlis. Hampir ratusan templete disedikan seperti muka hadapan buku, logo, dan pelbagai lagi.

 

Pautan ke Canva : https://www.canva.com/

 

Pixlr

 

 

Bagi pengguna yang lebih berkemahiran dan biasa dengan penggunaan Adobe Photoshop, Pixlr mungkin pilihan alternatif anda jika mahu membuat editing di komputer yang tidak mempunyai perisian tersebut.

 

Walaupun tiada pilihan untk menenutkan jenis template RBP atau CMYK, ianya memberi lebih kebebasan kepada pengguna untuk membuat editing gambar seperti mana yang mereka kehendaki. Penggunaan layer dikekalkan seperti Adobe Photoshop bagi memberi suasana yang hampir sama dengan Photoshop. Pendek kata saya boleh anggap ia sebagai Photoshop Emergency untuk saya.

 

Pautan ke Pixl : https://pixlr.com/editor/

 

FotoJet

 

 

Aplikasi ini hampir serupa dengan Canva dan Pixlr. Boleh dikatakan ianya memberikan pengguna pilihan untuk edit gambar atau foto, membuat reka bentuk sendiri atau membuat kolaj. Setiap pilihan akan memberikan paparan antara muka yang berbeza.

 

Jadi anda perlu membuat pilihan yang tepat sebelum memulakan kerja-kerja editing gambar.  Jika anda mahu menyusun gambar yang banyak dalam bentuk kolaj, hanya perlu klik pada pilihan Collage. Jika anda mahu membuat editing gambar seperti contras memasukkan perkataan di atas gambar dan sebagainya, boleh piliha Edit. Jika anda mahu menggunakan templete untuk membuat reka bentuk seperti Facebook Page Cover dan sebagainya, klik sahaja pilihan Design bahagain atas paparan antara muka.

 

Pautan ke FotoJet : https://www.fotojet.com/

 

Ini antara sebahagian aplikasi percuma yang boleh anda gunakan. Ada antaranya yang mengenakan yuran untuk akses ke fitur premiumnya namun begitu bagi saya fitur asas yang diberikan mereka sudah memadai bagi kegunaan biasa.

 

Mungkin ada aplikasi lain yang anda gunakan tidak saya senaraikan di atas. Jadi boleh la anda komen dan kongsi aplikasi tersebut di bawah untuk pengetahuan bersama. Walaupun artikel ini hanya fokus kepada aplikasi editing atas talian di komputer, anda juga boleh kongsikan perisian editing lain.  Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

 

Kredit Gambar : Arkib CikguIK, Pixabay

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.