Jika anda ada akaun Gmail, hampir sudah pasti anda akan mengenali pelayar web Chrome. Di Malaysia sahaja, penggunaan pelayar web Chrome ini mengatasi semua pelayar web yang lain. Ini berdasarkan data daripada statcounter.com

Apa Faktor Bertambahnya Penggunaan Chrome?
Banyak faktor yang mempengaruhi. Antaranya adalah kerana perisian Android menguasai lebih separuh daripada pasaran telefon pintar bukan sahaja di Malaysia, malah dunia. Jika sudah menggunakan Android, secara tidak langsung kita akan menggunakan pelayar web Chrome untuk melayari internet.

Ekosistem yang berasaskan Google juga akan memaksa kita menggunakan pelayar web Chrome kerana fungsi log masuk akaun Gmail yang sudah sebati dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Mana tidaknya, Google Classroom sudah mula diguna pakai di sekolah-sekolah untuk membantu memudahkan tugas guru.

Cara Tambah Pengguna di Chrome
Kenapa kena tambah pengguna di Chrome? Kalau log masuk sahaja bukan lebih mudah? Ya. Betul lebih mudah jika log masuk. Cuma di dalam satu pelayar web Chrome akan terdapat banyak akaun.
Apa yang saya hendak kongsikan di sini, sudah pasti akan memudahkan cikgu-cikgu atau pembaca lain mengurus akaun yang berbeza. Sebagai contoh, kita sudah ada satu akaun peribadi, kemudian dapat satu lagi akaun khas untuk mengurus Google Classroom.
Jadi apa yang saya buat, saya tambah pengguna baru untuk memudahkan urusan saya dan log masuk.

