Hand covered in math formulas and equations.

Musim peperiksaan ini, rata-rata banyak pendidik yang mencari soalan sama dari buku dan pelbagi sumber untuk diberikan kepada anak didik mereka. Ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka dalam topik yang telah dipelajari.

 

Ihzam Khairi signature

Advertisement

 

Dalam usaha para pendidik untuk mencari soalan-soalan yang sesuai, adakalanya kita terjumpa soalan yang sumbernya berbentuk gambar dan memerlukan kita untuk menaip semula. Ianya memakan masa  untuk kita menaip semula.

 

Tukar Gambar kepada Text

 

Apa yang saya maksudkan di sini ialah menukar soalan yang dapat dari internet tetapi berbentuk format gambar seperti jpeg, jpg, png dan sebagainya kepada format text. Contohnya, imbas kertas soalan pada mesin pengimbas dan ianya akan menjadi format gambar. Lebih mudah untuk tukarkannya kepada perkataan untuk diubahsuai dan sebagainya.

 

Ihzam Khairi signature

 

Terdapat beberapa laman sesawang yang membolehkan anda menukar format gambar kepada text dengan mudah. Hanya perlu muat naik gambar tersebut dan muat turun sebagai text atau perkataan.

 

Onlineocr.net

 

Onlineocr.net merupakan salah satu laman sesawang yang memberi kemudahan kepada anda untuk menukar format gambar kepada text. Namun, ianya terhad kepada 15 keping gambar bersaiz 5mb dan lebih kecil untuk setiap sejam proses menukar format.

 

Convert scanned PDF to Word document using OnlineOCR

 

Bukan itu sahaja, Onlineocr juga dapat menukar format pelbagai daripada pdf kepada Word dan Excel. Anda boleh layari Onlineocr.net di SINI.

 

Newocr.com

 

Sama seperti Onlineocr.net, masih lagi memberi kemudahan untuk menukar gambar kepada text. Newocr lebih baik kerana ianya memberi kemudahan ini tanpa batasan dan had.

 

Free online OCR software converts JPEG, PNG, GIF, BMP, TIFF, PDF, DjVu to text.

 

Ianya mempunyai kelebihan untuk membuat identifikasi bahasa dan apa yang menarik, Bahasa Malaysia (Malay) juga termasuk di dalam senarai mereka. Layari Newocr.com di SINI.

 

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, bozeman1701, Jaromír Chalabala

Advertisement